KHIDMAT TEMPAHAN JAHITAN MANIK

Butik Sulaman Sri Classic Collection menyediakan khidmat tempahan jahitan sulaman manik & labuci untuk baju pelbagai fesyen.

Ini bermakna, di Butik Sulaman Sri Classic Collection, anda bukan sahaja boleh menempah pakaian anda, tetapi juga tempahan untuk aksesori tambahan fabrik anda seperti tempahan manik & labuci. Anda hanya perlu membawa fabrik anda terus kepada kami untuk menempah fesyen sulaman manik anda.

Atau jika anda berada luar dari premis kami, anda hanya perlu menelefon kami untuk mendapatkan butiran serta maklumat lengkap tentang kaedah tempahan.















JENIS MATERIAL YANG DIGUNA PAKAI.


Sri Classic Collection menyediakan pelbagai jenis tempahan manik yang menggunakan pelbagai material yang berkualiti dan original seperti Manik; Labuci; Mutiara Air Masin / Air Tawar; Kristal; Swarovski; Amethyst; Amber; Smoky Quartz; Rose Quartz; Emerald; Hematite; Malachite; dan Lain-lain

Kesemua material ini adalah di atas permintaan dan citarasa anda untuk dipadankan di fabrik pakaian anda. Juga tertakluk kepada stok yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, ramai di antara penempah kami lebih gemar memadankan manik dengan mutiara dan kristal swarzvoski untuk tampak lebih anggun & bergaya.

Jahitan sulaman manik Pn Syahida memang kemas dan cantik. Sampai belakang kain pun tak nampak benang-benang yang berserabut."
- Kak Nora, Pegawai


"Material yang diguna oleh Sri Classic semuanya yang ori dan tulen. Takder campur-campur material yang tak berkualiti."
- Mazleena, Perlis


"Kemas dan cantik!!"
- Kak Yam, Perak


"Saya memang dah lama menjadi pelanggan tetap Sri Classic, tapi terputus hubungan seketika lepas transfer ke JB. Ingatkan boleh cari penjahit ganti, rupa-rupanya tangan Puan Syida jugak yang sesuai dengan citarasa saya nie."
- Nab, Akauntan

Pelbagai jenis khidmat tempahan berasaskan sulaman untuk kaum wanita yang inginkan tempahan yang eksklusif & kontemporari disediakan di butik kami. Di butik kami, khidmat tempahan sulam merangkumi:-

  • Tempahan sulaman kerawang untuk semua jenis fabrik.

  • Tempahan sulaman manik & labuci.

  • Tempahan sulaman kerawang untuk hiasan dalaman / home decor.

  • Tempahan sulaman benang / sulaman tangan.

Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang diberikan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk  pelanggan tersebut sahaja.



KEISTIMEWAAN TEMPAHAN BERSAMA KAMI

Tak kenal, maka tak cinta. Mengenal tentang perkhidmatan dan kelebihan tempahan manik yang disediakan kami,  adalah satu kemestian sebelum anda menempah bersama kami.

  • Kami memberikan perkhidmatan 3 dalam satu iaitu menjahit pakaian berfesyen, menyulam kerawang dan menjahit manik. Anda tidak perlu kemana-mana lagi kerana semua pakej jahitan  berkualiti terdapat di sini!

  • Corak Manik adalah mengikut kreativiti kami. Hasilnya anda akan mendapat corak manik yang pastinya eksklusif.

  • Semua jahitan manik direka dan dijahit sendiri oleh pengasas dan pengajar kami iaitu Syahida bte Ramli. Kami TIDAK MEMBERIKAN SUB KEPADA MANA-MANA INDIVIDU bagi mengekalkan keaslian dan kualiti jahitan kami!

  • Di Sri Classic, kami mempunyai 2 Kualiti jahitan manik yang "totally" berbeza dengan teknik jahitan manik di butik-butik ternama. (Kepada Peserta Bengkel dan Pelanggan Setia Kami, Anda Pasti mengetahui rahsianya!)

  • Setiap jahitan manik kami digabungkan dengan pelbagai material yang berkualiti.

  • Tempahan Dijamin siap 1 minggu bagi yang ingin material-material seperti mutiara dan sebagainya.
SOALAN LAZIM TENTANG TEMPAHAN SULAMAN MANIK BERSAMA SRI CLASSIC COLLECTION

Soalan : Adakah Butik Sulaman Sri Classic ini menyediakan sekali  khidmat tempahan jahitan baju?

YA! Cuma buat masa sekarang khidmat tempahan jahitan baju tidak diterima buat sementara waktu.

Soalan : Jadi, bagaimana saya ingin menempah manik bersama Sri Classic?

Anda cuma perlu memberikan fabrik yang ingin dijahit manik kepada kami. Sama anda datang terus ke premis Butik kami di Melaka mahupun di cawangan-cawangan kami ataupun anda boleh juga menghantar tempahan anda melalui pos.

Soalan : Berapa lamakah jangka masa siap untuk setiap tempahan?

Paling lama 2 minggu dan paling cepat 5 hari. Ini juga bergantung kepada availabiliti material yang diingini oleh penempah.

Soalan : Adakah tempahan manik di Butik Sri Classic ini juga termasuk tempahan untuk material yang lain seperti kraf, aksesori wanita dsbgnya?

BAHKAN!

Soalan : Material jenis apakah yang digunakan oleh Sri Classic dalam setiap tempahan jahitan manik?

Material yang original sahaja. Sebab itulah jika anda menempah bersama kami, anda tidak perlu takut untuk membasuh fabrik manik anda dengan washing machine.

Soalan : Tak tertanggal ke manik tersebut? Macammana tu?

TAK! Ini kerana bukan sahaja material yang digunakan original tetapi kaedah & teknik jahitan manik kami juga berbeza dari mana-mana tempahan manik yang ada di pasaran.

Soalan : Berbeza? Maksudnya?

Antara salah satu perbezaannya atau boleh kami katakan keunikannya ialah, lapisan benang di bawah fabrik tempahan pelanggan tidak akan kelihatan. Dalam erti kata lain, kami tidak menyulam manik yang hanya nampak cantik di luar permukaan fabrik tetapi juga cantik di bahagian dalam fabrik. Cuba anda lihat dan tengok sendiri tempahan-tenpahan manik anda terdahulu. Pusing dan lihat di bahagian belakang fabrik yang dijahit manik. Adakah ia kelihatan seperti segumpalan benang yang berserabut? Jika ya, Maksudnya, anda perlu menempah bersama kami untuk ketahui kelainan dan keunikan dalam setiap tempahan manik kami.

Soalan : Apa lagi keistimewaan jahitan manik Sri Classic? Boleh ceritakan?

BOLEH! Tapi kesemuanya akan diberitahu hanya kepada para peserta bengkel sulaman manik & labuci kami sahaja.

Soalan : Ok! Ada tips tak nak ketahui sama ada tempahan manik baju saya adalah berbaloi?

ADA. Pertama tengok belakang fabrik yang disulam manik. Kalau berserabut tetap tak berkualiti walaupun permukaannya cantik. Mengapa? Cuba anda lihat jahitan biasa di baju anda Ada tak benang yang berserabut atau bergumpal? Tak ader kan! JAdi kenapa perlu memakai pakaian yang bermanik dan di belakangnya dijahit dengan begitu berserabut sekali.

Kedua. Cuba gunakan hujung kuku anda dan kerik atau kikis manik terebut. Kalau tertanggal, sahlah anda dah kena tipu dengan si penjahit manik yang menggunakan material yang tidak ori.
MAKLUMAT CARA TEMPAHAN BERSAMA KAMI

Ingin mengetahui tentang proses tempahan sulaman kerawang kami? Ingin mengetahui fesyen mahupun jenis sulaman kerawang tempahan kami?

Hubungi kami hari ini!

Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape