SOALAN LAZIM TENTANG TEMPAHAN SULAM KERAWANG BERSAMA SRI CLASSIC COLLECTION
SOALAN : Adakah Butik Sulaman Kerawang Sri Classic menyediakan juga khidmat tempahan jahitan baju?
YA! Cuma buat masa sekarang khidmat tempahan jahitan baju tidak diterima buat sementara waktu.
SOALAN : Jadi, bagaimana saya ingin menempah kerawang bersama Sri Classic?
Anda cuma perlu memberikan fabrik yang ingin disulam kepada kami sama ada fabrik yang telah siap dijahit mahupun siap digunting. Cuma pastikan anda memberitahu tukang jahit anda supaya melebihkan sedikit bahagian fabrik yang ingin disulam. Anda juga boleh mendapatkan kaedahnya dengan menghubungi kami terlebih dahulu.
SOALAN : Berapa lamakah jangka masa siap untuk setiap tempahan?
Paling lama 1 bulan dan paling cepat 1 minggu. Ini juga bergantung kepada material yang diingini oleh penempah.
SOALAN : Bolehkah saya melakar mana-mana tempat untuk disulam oleh Sri Classic atau segala tempahan sulaman adalah standard dan bergantung kepada Sri Classic sahaja?
BOLEH! Dan kami amat menggalakkan agar anda melakarkan di atas kertas terlebih dahulu, mana-mana bahagian yang ingin disulam oleh pihak kami. Pihak kami akan menyulam berdasarkan permintaan anda dan bukannya mengikut kehendak kami. Pihak kami hanya memainkan peranan dalam melakar dan menyulam corak yang eksklusif untuk anda.
SOALAN : Bolehkah saya meminta Sri Classic meniru sulaman yang diingini saya?
BOLEH! Anda hanya perlu menghantar corak sulaman tersebut sama ada gambar yang telah siap di scan ataupun fabrik asal bersama-sama fabrik tempahan anda kepada kami.
SOALAN : Saya mempunyai sehelai baju sulam yang digunakan sewaktu majlis pernikahan dahulu. Malangnya, sulamannya telah terkoyak. Bolehkah Sri Classic menyulam kembali sulaman yang terkoyak tersebut?
BOLEH! Cuma ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda. Sekiranya jangka hayat fabrik anda sudah lama, kemungkinan pihak kami tidak boleh memperbaikinya.
SOALAN : Saya berasal dari luar Malaysia, bolehkan saya menempah sulaman bersama Butik Sri Classic?
BOLEH! Bahkan ramai pelanggan kami datangnya dari luar Malaysia.
SOALAN : Saya ingin ke Majlis formal dalam masa 5 hari lagi. Bolehkan Sri Classic menyulam kerawang fabrik yang ingin dipakai saya pada hari tersebut.
BOLEH! Cuma pihak kami akan caj sedikit lebih ke atas tempahan sebegini.
SOALAN : Bolehkah Sri Classic menyulam satu persalinan untuk saya merangkumi, tudung hingga ke baju?
BAHKAN.
SOALAN : Bolehkan Sri Classic menyulam untuk saya tetapi saya inginkan sulaman kerawang yang menyerlah atau "vogue" daripada orang lain?
BAHKAN. Beritahu sahaja.
SOALAN : Adakah Sri Classic menyediakan brosur atau katalog untuk sulaman-sulaman kerawang yang diingini oleh pelanggan?
ADA. Tetapi ia hanya sebagai koleksi peribadi Sri Classic. Pihak kami hanya akan menontonkannya kepada mana-mana pelanggan yang datang terus ke premis kami. Bahkan, terdapat pelbagai jenis sulaman kerawang pelanggan kami yang diletakkan di dalam bingkai-bingkai menghiasi Butik & Akademi Sulaman Sri Classic kami.
SOALAN : Adakah Sri Classic akan memuatkan brosur & katalog tersebut di dalam laman web untuk dilihat oleh pelanggan?
TIDAK. Seperti yang kami katakan tadi bahawa setiap rekaan corak sulaman kerawang kami adalah eksklusif untuk setiap pelanggan kami. Justeru, bagi menjamin kepercayaan para pelanggan kami, corak-corak & rekaan kami tidak akan disiarkan di dalam laman web kami. Adapun yang akan tersiar hanyalah rekaan-rekaan yang telah menjangkau usia berbulan lamanya. Itupun tidak kesemuanya.
SOALAN : Bolehkah saya menambah corak kerawang di fabrik sulaman saya yang sedia ada bersama Sri Classic?
BOLEH! Cuma seperti yang diperkatakan tadi, ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda.