BENGKEL SULAMAN TANGAN SRI CLASSIC
Bersama Akademi Sulam Sri Classic Collection, anda akan mempelajari pelbagai jenis teknik dan kemahiran yang menjurus kepada seni sulaman kerawang menggunakan mesin portable, mesin jahit manual, dan mesin sulam industri.
Malahan setiap bengkel sulam yang dikendalikan menggunakan modul dan kaedah yang dicipta, dirangka dan dibentuk sendiri oleh pengasas Sri Classic Collection iaitu Puan Syahida bte Ramli yang mempunyai pengalaman luas selama 19 tahun di dalam bidang sulaman kerawang ini.
Bahkan bagi menjamin keberkesanan modul dan bengkel yang dikendalikan oleh Akademi Sulam Sri Classic Collection, setiap bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Kerana itulah setiap bengkel akan dikendalikan dalam kelompok yang kecil.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
Butiran Umum Bengkel Sulam Tangan 1 Hari.
- Pelajari teknik sulam tangan.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan menyulam tangan seperti kain, pemidang, benang crosstich, jarum, dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
BENGKEL SULAM TANGAN - 2 HARI
Butiran Umum Bengkel Sulam Tangan 2 Hari.
- Pelajari Teknik sulam tangan.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan menyulam tangan seperti kain, pemidang, benang crosstich, jarum, dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
BENGKEL GABUNGAN SULAM TANGAN & JAHITAN MANIK
Butiran Umum Bengkel Gabungan Manik & Sulam Tangan.
- Pelajari Teknik Jahitan manik bukannya corak jahitan manik.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan menyulam tangan klasik seperti kain, pemidang, benang crosstich, jarum, manik-manik, dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
BAGAIMANA CARA PENGENDALIAN BENGKEL KAMI?
Setiap bengkel sulam yang dikendalikan oleh pihak kami akan diajar dalam bentuk praktikal dan latih tubi. Setiap daripada anda yang mengikuti bengkel kami akan membuat dan mengulangi segala apa yang dipelajarinya sehingga anda boleh menguasainya. Ini bermakna, pihak kami akan mengajar dan memantau anda sehingga anda boleh melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, anda akan memperbetul dan mengulangi semula teknik tersebut sehingga anda faham dan menguasainya.
Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.
Sila rujuk video testimoni bekas-bekas pelajar akademi kami untuk pembuktian & kepastian tentang keberkesanan bengkel anjuran kami. Anda dengar, lihat dan nilaikan sendiri.
KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL
Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.
Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!
JENIS-JENIS BENGKEL SULAMAN TANGAN INTENSIF (1 ATAU 2 HARI)
Akademi Sulam Sri Classic Collection menawarkan beberapa pakej kursus & latihan secara intensif untuk kemahiran sulaman tangan kepada anda seperti berikut:-
BENGKEL SULAM TANGAN - 1 HARI
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
TENAGA PENGAJAR YANG DIIKTIRAF
Pengasas dan pengurus besar Akademi Sulaman Sri Classic iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan tenaga pengajar bagi Akademi Sulaman kami, merupakan pakar sulaman yang telah diiktiraf dan dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Justeru, dengan perlantikan ini, maka anda tidak perlu risau untuk mempelajari seni kemahiran sulaman kerawang ini daripada seorang pakar dan moderator yang berpengalaman lebih dari 19 tahun.
Malahan, kepakaran beliau dalam kemahiran sulaman tangan ini juga diberi sokongan dan pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka. Ini kerana, beliau bersama Akademi Sulaman Sri Classic telah berusaha untuk memartabatkan seni kemahiran tradisional ini di peringkat glokal.