CARA TEMPAHAN SULAMAN KERAWANG BERSAMA BUTIK SULAM SRI CLASSIC.
Untuk memudahkan anda, kami sajikan penerangan dan kaedah tempahan bersama kami. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda juga boleh terus menghubungi kami.
Pelbagai jenis khidmat tempahan berasaskan sulaman untuk kaum wanita yang inginkan tempahan yang eksklusif & kontemporari disediakan di butik kami. Di butik kami, khidmat tempahan sulam merangkumi:-
- Tempahan sulaman kerawang untuk semua jenis fabrik.
- Tempahan sulaman manik & labuci.
- Tempahan sulaman kerawang untuk hiasan dalaman / home decor.
- Tempahan sulaman benang / sulaman tangan.
Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang diberikan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut sahaja.
UNTUK TEMPAHAN SULAM DI FABRIK TUDUNG
Untuk Tempahan sulam kerawang di Fabrik Tudung.
- Pastikan anda sertakan contoh corak yang ingin dipadankan dengan tudung anda. Jika tidak, kami akan menggunakan kreativiti kami untuk mereka cipta corak yang sesuai.
- Pastikan anda memilih jenis material tudung serta warna yang dikehendaki seperti material kasa bawal, warna hitam.
- Anda juga boleh menghantar material tudung anda yang ingin disulam kepada kami.
UNTUK TEMPAHAN SULAM DI LEHER BAJU
Untuk tempahan sulam di leher baju anda,
- Pastikan anda tidak menjahit terlebih dahulu leher baju yang ingin disulam.
- Pastikan jangan ditebuk leher baju tersebut.
RATIONAL : Jika leher baju tersebut dijahit atau ditebuk terlebih dahulu,
- Ruangan untuk disulam menjadi kecil.
- Tidak boleh dimasukkan ke dalam ram / pemidang untik disulam.
- Jika dibuat juga, kain terpaksa ditarik dan hasilnya, leher baju anda akan jadi seperti "singlet pagoda".
UNTUK TEMPAHAN SULAM DI TANGAN DAN LABUH BAJU
Untuk tempahan sulam di tangan & labuh baju anda;
- Anda boleh menghantar baju yang telah siap.
- Anda juga boleh menghantar baju yang telah dikelim.
UNTUK TEMPAHAN SULAM DI FABRIK LAIN
Untuk tempahan sulaman kerawang bagi corak dekorasi dalaman atau fesyen-fesyen yang lain, anda boleh terus menghubungi pihak kami untuk mendapatkan khidmat bantuan dan penjelasan.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
JENIS FESYEN & FABRIK TEMPAHAN SULAM KERAWANG.
SriClassicCollection menyediakan pelbagai jenis tempahan sulaman kerawang untuk semua jenis fesyen dan material fabrik dari tempahan untuk:-
- Pakaian (Termasuk Songket) untuk apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keraian, perayaan, majlis-majlis formal mahupun pakaian ke pejabat;
- Tudung atau hijab dari material kasa bawal, sifon, dan sebagainya; serta
- Hiasan Dalaman seperti cadar mahupun alas sofa.
- Fabrik / kain ela yang tidak dijahit lagi.
Kesemua tempahan sulaman kami adalah berbentuk sulaman kerawang secara tradisional menggunakan mesin ayak atau mesin goyang. Kami tidak menjalankan perniagaan tempahan sulaman menggunakan mesin sulam komputer.