Sitemap Laman Web Sri Classic Collection
epintas Lalu Akademi Jahitan ...
Bergambar bersama para peserta Kursus Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman di Grand Continental Hotel, Melaka
Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!
Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.
Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.
Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan DISEMBER 2009.
4 jenis bengkel sulaman yang berbeza akan diadakan di Kota Bharu, Shah Alam dan Johor Bahru pada bulan DISEMBER 2009 ini. Peralatan, Modul, Makan Minum dan Sijil Penyertaan yang diiktiraf akan diberikan kepada setiap peserta. Bengkel sulaman diajar secara intensif oen to one basis bersama pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Adakah anda kekeringan idea untuk menghasilkan corak kerawang yang cantik dan indah?
Adakah anda sukar mengembangkan idea mewujudkan motif sulaman kerawang?
Adakah anda ingin mencari idea baru dalam menghasilkan rekaan kerawang anda?
Jika itulah yang anda ingini, jangan lupa miliki Himpunan Corak Sulaman Kerawang ini secara terus bersama kami. Ia menampilkan lakaran asal corak sulaman kerawang dan hasil sebenar corak sulaman kerawang untuk anda nilai dan lakukannya sendiri.
Mengapa tunggu lagi? Lakukan tempahan anda dan muat turun Himpunan Corak Sulaman Kerawang ini secara automatik di dalam komputer anda!
Himpunan Corak Sulaman Kerawang!
Anda tidak tahu menentukan mesin jahit manakah yang paling sesuai untuk menyulam.
Akibat terpengaruh dengan pelbagai cadangan, anda kini memiliki koleksi mesin jahit yang tiada satu pun daripadanya anda dapat gunakan untuk menyulam dengan sempurna.
Anda pernah belajar namun masih tidak mampu untuk menyulam dengan sempurna.
Adakah anda berminat untuk mempelajari sulaman tetapi menghadapi situasi seperti di bawah:-
Jika diberi pilihan, adakah anda ingin mengetahui secara asas teknik menyulam menggunakan mesin jahit yang sudah sedia anda miliki? Maka, jika jawapannya YA! Milikilah Buku Digital Interaktif ini untuk proses menyelami kemahiran sulaman secara asas bersama kami. Malah snda akan diajar mengguna dan menyelaras ketiga-tiga jenis mesin iaitu mesin jahit mudah alih, mesin jahit domestik dan mesin sulam industri.
Mari Belajar Sulaman Mesin!
Sri Classic Collection kini membuka ruang perkhidmatannya dengan menawarkan pakej pembelajaran kemahiran jahitan eksklusif kepada Agensi-Agensi yang berminat. Pakej jahitan eksklusif ini termasuk kemahiran jahitan langsir dan hiasan dalaman pelbagai konsep, jahitan pakaian wanita eksklusif seperti jubah moden dan kot, serta jahitan telekung Muslimah.
Pakej kemahiran jahitan eksklusif ini hanya dibuka kepada mana-mana Agensi dan Persatuan yang berminat untuk mendapatkan khidmat runding cara daripada kami. Kursus ini hanya dibuka kepada penyertaan secara berkelompok ataupun berkumpulan.
==================================================
Bengkel Sulam Riben
===================================================
epintas Lalu Online Courses Sulaman di MariBelajarSulam.com ...
Seperti yang telah diwar-warkan, Sri Classic Collection akan membuka talian pembelajaran secara online untuk anda yang ingin mempelajari kemahiran sulaman secara terus bersama Akademi Sulaman kami. Untuk permulaan, pihak kami akan menawarkan 3 kemahiran sulaman iaitu Sulaman Manik, Sulaman Tangan Benang, dan Sulaman Riben.
Pembelajaran secara Online ini akan dibuka dengan rasminya pada bulan Januari 2010 tidak lama lagi. Dan Courses yang lain akan menyusuli dalam bulan berikutnya. Dengan terbinanya gerbang pembelajaran secara online, anda mampu mempelajari kemahiran sulaman ini secara terus bersama kami, biarpun anda berada di luar dari Malaysia.
Rebutlah peluang ini untuk anda mempelajari kemahiran yang sedia ada secara video, audio, bahan rujukan, material sokongan lain, interaktif presentasi, langkah-langkah berfoto, kuiz dan pelbagai bentuk medium pembelajaran untuk setiap kemahiran yang dipilih.
Anda juga berpeluang berinteraksi secara live video bersama Puan Syahida sendiri. Pamerkan hasil kerja anda dan Puan Syahida akan menilainya secara live.
epintas Lalu MariBelajarSulam.Com ...
MariBelajarSulam.Com juga menempatkan pelbagai jenis hasil terbitan berkualiti daripada kami yang merangkumi kemahiran-kemahiran berasaskan jahitan dan sulaman untuk anda miliki dan kuasai. Dari terbitan berbentuk video hinggalah ke terbitan berbentuk eBook, anda boleh memilikinya dengan hanya memuat turun setiap tempahan yang dilakukan.
Proses Online Courses Sulaman
Himpunan Corak Sulaman Kerawang - Lakaran Asal, Kaedah Menyulam & Hasil Corak Sebenar - Update Setiap Bulan
eBook Kemahiran Sulaman - Muka Surat Berwarna Penuh, Gambar Dalam Resolusi Tinggi, Langkah Demi Langkah, Tips dan Banyak Lagi...
Video Tutorial Kemahiran Sulaman - Rakaman Studio, Resolusi Video HDDV, Audio 5.1 , Langkah Demi Langkah, Jelas dan Terperinci, dan banyak lagi...