Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Profail Koporat

Misi dan Visi

Sri Classic Collection ditubuhkan di atas MISI dan landasan berikut:-

  1. Membangun strategi-strategi baru sesuai dengan arus permodenan dalam bidang latihan berasaskan fesyen & busana.
  2. Fokus ke atas butik dan latihan berasaskan sulaman.
  3. Menerokai dan membangunkan nilai fesyen & sulaman ke arah global sejajar dengan konsep infopreneur.
  4. Membangunkan sumber manusia melalui latihan.
  5. Membangunkan industri sulaman di Malaysia.

Top Butiran Syarikat

Berikut adalah butiran ringkas Sri Classic Collection:-

  1. Nama Syarikat : Sri Classic Collection
  2. Tarikh Beroperasi : 2002
  3. Bidang : Butik, akademi latihan berasaskan sulaman, dan runding cara serta pembekal produk berasaskan fesyen dan apparel.
  4. No. Pendaftaran : CA0097077-V
  5. No. Kementerian Kewangan : 357-02098665
  6. Status Perniagaan : Bumiputera
  7. Induk : Suite 23 A, Jalan BBP1, Taman Batu Berendam Putra, Batu Berendam, 75350 Melaka.
  8. Cawangan 1 : Skudai, Johor (Training Centre sahaja)
  9. Bank : Maybank Bhd, Melaka Main / CIMB, Batu Berendam, Melaka..

Top Lembaga Pengarah

Berikut adalah butiran lembagan pengarah Sri Classic Collection:-

  1. Nama : Syahida bte Ramli
  2. Jawatan : Pengasas, CEO & Perunding Sri Classic Collection
  3. Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (UUM)
  4. Pengalaman : Penyulam kerawang lebih 19 tahun. Manakala sulaman tangan & manik lebih 25 tahun. Merupakan pewaris bisnes sulaman keluarga. Sebelum bergiat di dalam bidang sulaman secara aktif dan professional, beliau sudahpun menjadi guru sulaman sejak 10 tahun lalu.

  1. Nama : Md. Raffae bin Md. Saleh
  2. Jawatan : Pengurus Besar & Perunding Sri Classic Collection
  3. Akademik : Ijazah Sarjana Undang-Undang (UKM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (UIAM)
  4. Pengalaman : Pengasas E Skills Training & Consultancy, Perunding Motivasi Smart Formula Consultant, Bekas Pensyarah Undang Undang Universiti, Bekas Penolong Pengarah Biro Tatanegara, Peguambela & Peguam Cara. Beliau juga pernah muncul sebagai perantara kedua rancangan Forum Perdana Ehwal Islam TV1, dan juga pengacara untuk beberapa rancangan terbitan RTM JAKIM.