Husna merupakan pelajar di KIPSAS Pahang di dalam jurusan bisnes yang meminati seni kemahiran jahitan sulaman manik ini. Beliau merupakan salah seorang peserta bengkel jahitan sulam manik kami yang tiada langsung asas jahitan.

Seawalnya beliau menyangka bahawa untuk menguasai kemahiran ini adalah sukar, tetapi setelah mempelajari bersama Pengasas kami sendiri iaitu Puan Syahida, sangkaan beliau ternyata meleset. Menguasai kemahiran jahitan sulaman manik ini tiada yang mustahil sekiranya anda mempelajari teknik jahitan manik dengan guru yang berpengalaman.
Pastikan anda dengar dengan teliti testimoni peserta kami ini, di mana En. Nizam  dan isterinya Puan Zairani yang sudah memiliki mesin sulaman hampir 7 tahun tetapi tidak pernah tahu mengggunakannya untuk menyulam (sampai dimasuki semut ketika memeriksa mesin sulamnya sebelum ke bengkel kami) kerana tiada seorang pun yang dapat menunjuk ajarnya secara jujur dan setulus hati untuk menyulam selama beliau membelinya.

Lantaran mempelajari teknik sulaman kerawang bersama Akademi Sulaman Sri Classic, telah berjaya memberikan kepuasan kepadanya kerana kini, beliau mampu menyulam kerawang dan kekecewaan membeli mesin sulam tersebut 7 tahun dahulu telah dapat ditebus kembali.

Tahniah dan syabas En. Nizam!
Puan Hanifa merupakan peserta Bengkel Jahitan Manik Akademi Sulaman Sri Classic Collection di Ipoh. Ketika selesai menghadiri bengkel jahitan manik kami, beliau berkongsi dengan semua peserta yang hadir bahawa sebenarnya beliau telah mengikuti lebih 4 bengkel jahit manik daripada 4 orang guru yang berbeza sebelum ini.

Tetapi apabila menghadiri bengkel jahit manik anjuran pihak kami, beliau mengatakan bahawa bengkel bersama kami inilah yang lain daripada yang lain dan seolah-olah beliau tidak pernah mengikut mana-mana bengkel sebelum ini, benar-benar membuatkan beliau mengetahui teknik jahitan manik, dan faham kaedah menjahit manik secara terperinci.
Puan Anne merupakan peserta Bengkel Manik Asas dan Lanjutan Akademi Sulaman Sri Classic Collection dari Sarawak. Beliau mengunjungi premis kami di Melaka sebanyak 2 kali semata-mata untuk belajar jahitan manik bersama-sama Puan Syahida sendiri.

Malahan, beliau sungguh berpuas hati apabila mendapat peluang mengambil tempahan untuk produk-produk andaman berasaskan manik di sekitar Sarawak sejurus selepas menghadiri bengkel manik asas kami di Melaka. Apabila melihat potensi manik di kawasan beliau cukup tinggi, maka beliau sekali lagi datang mengunjungi Puan Syahida secara temujanji untuk mempelajari teknik manik lanjutan pula.

Untuk beliau, pihak Akademi Sulaman Sri Classic Collection mengucapkan selamat maju jaya!