BENGKEL JAHITAN SULAM MANIK SRI CLASSIC

Pelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik bersama Akademi Sulam Sri Classic Collection hari ini, sama ada secara temujanji atau berkumpulan. Bersama kami, anda akan mempelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik dan bukannya corak. Ini kerana dengan mempelajari teknik jahitan manik, anda boleh mengaplikasikannya untuk menghasilkan pelbagai jenis corak manik.

Jadi, kepada anda yang ingin mempelajari seni jahitan manik ini, pastikan anda memilih dan bertanya terlebih dahulu kepada guru yang mengajar anda dan pastikan anda benar-benar akan diajar teknik menjahit manik dan bukannya membuat corak semata-mata.

Untuk makluman anda, setiap bengkel manik yang dikendalikan oleh kami, menggunakan modul dan kaedah yang dicipta, dirangka dan dibentuk sendiri oleh pengasas Sri Classic Collection iaitu Puan Syahida bte Ramli yang mempunyai pengalaman luas sejak di bangku sekolah lagi di dalam bidang jahitan manik ini.

Malahan setiap bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Segala modul dan manual yang diberikan merupakan hasil ciptaan Akademi kami sendiri. Kerana itulah, hasil jahitan manik peserta kami akan lebih eksklusif, tiada jahitan benang yang berserabut di belakang fabrik, hasil jahitan manik kami boleh dimasukkan di dalam mesin basuh tanap risau akan tertanggal, dan pelbagai jenis lagi rahsia dan keunikan jahitan manik Sri Classic akan diberi tunjuk ajar secara praktikal kepada anda.

Ini kerana matlamat akhir bengkel kami ialah, kami mahu anda menjadi usahawan dan bukannya sekadar hobi semata-mata.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam  pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.

Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
Butiran Umum Bengkel Manik 10 Teknik.

  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Pelajari Teknik Jahitan manik bukannya corak jahitan manik.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang,  jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
BAGAIMANA CARA PENGENDALIAN BENGKEL KAMI?


Setiap bengkel sulam yang dikendalikan oleh pihak kami akan diajar dalam bentuk praktikal dan latih tubi. Setiap daripada anda yang mengikuti bengkel kami akan membuat dan mengulangi segala apa yang dipelajarinya sehingga anda boleh menguasainya. Ini bermakna, pihak kami akan mengajar dan memantau anda sehingga anda boleh melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, anda akan memperbetul dan mengulangi semula teknik tersebut sehingga anda faham dan menguasainya.

Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.








Sila rujuk video testimoni bekas-bekas pelajar akademi kami untuk pembuktian & kepastian tentang keberkesanan bengkel anjuran kami. Anda dengar, lihat dan nilaikan sendiri.










KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL

Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.

Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!





JENIS-JENIS BENGKEL SULAMAN MANIK INTENSIF (1 ATAU 2 HARI)

Bengkel Intensif SulamanManik Sri Classic Collection menawarkan beberapa pakej kursus & latihan secara intensif kepada anda seperti berikut:-


BENGKEL JAHITAN MANIK ASAS - 1O TEKNIK
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
BENGKEL JAHITAN MANIK - LANJUTAN (TEKNIK TERKINI)

Butiran Umum Bengkel Manik Lanjutan.

  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Pelajari Teknik Jahitan manik bukannya corak jahitan manik.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang,  jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.

  • PERCUMA : Perisian Colour Wheel = Padanan Tona Warna.
BENGKEL JAHITAN MANIK ASAS - 20 TEKNIK

Butiran Umum Bengkel Manik 20 Teknik.

  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Pelajari Teknik Jahitan manik bukannya corak jahitan manik.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang,  jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.

  • PERCUMA : Perisian Colour Wheel = Padanan Tona Warna.

Berita Terkini

TENAGA PENGAJAR YANG DIIKTIRAF


Pengasas dan pengurus besar Akademi Sulaman Sri Classic iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan tenaga pengajar bagi Akademi Sulaman kami, merupakan pakar sulaman yang telah diiktiraf dan dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Justeru, dengan perlantikan ini, maka anda tidak perlu risau untuk mempelajari seni kemahiran sulaman kerawang ini daripada seorang pakar dan moderator yang berpengalaman lebih dari 19 tahun.

Tidak cukup dengan itu, penglibatan Akademi Sulaman Sri Classic di dalam seni kemahiran tangan ini semakin diiktiraf apabila pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor telah mengambil khidmat runding cara kami untuk menunjuk ajar teknik kemahiran sulaman manik dan labuci di Parlimen Johor bermula November 2008.
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Kluang Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen  Batu Pahat Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Pontian Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Semberung Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor


Adakah anda merupakan institusi atau badan-badan swasta atau orang perseorangan yang berminat untuk menguasai teknik kemahiran tangan yang semakin popular ini?

Adakah anda benar-benar ingin menjadikan kemahiran ini sebagai bidang keusahawanan anda?

Adakah sudah banyak bengkel yang dihadiri anda tetapi anda masih tidak mampu menguasai kemahiran sulaman  manik yang diajarkan atau anda masih tidak tahu untuk membaca corak yang anda lihat di pasaran?

Adakah anda benar-benar pasti pengajar manik tersebut benar-benar diiktiraf dan mahir dalam bidang sulaman yang diajar?
Maka, mengapa tunggu lagi, lakukan temujanji anda bersama Akademi Sulaman Sri Classic Hari ini untuk bengkel-bengkel kemahiran manik pilihan anda!

"Jangan tunggu lama-lama, nanti tempahan manik diambil orang"