BUTIK & AKADEMI SULAMAN

Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic Collection menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan berasaskan sulaman, manik dan seni kemahiran tangan yang merangkumi khidmat runding cara dan khidmat tempahan jahitan.

Untuk perkhidmatan runding cara, di bawah Akademi Sulaman Sri Classic, pelbagai jenis bengkel dan modul-modul kemahiran disediakan yang meliputi bengkel jahitan manik & labuci, bengkel sulaman kerawang, bengkel sulam tangan, bengkel ikatan tudung, dan bengkel keusahawanan.

Bagi perkhidmatan tempahan jahitan pula, di bawah Butik Sulaman Sri Classic, kami menerima tempahan jahitan dan sulaman pelbagai fesyen yang eksklusif untuk wanita. Ia meliputi tempahan jahitan manik, tempahan sulaman kerawang & tempahan sulam tangan.

Di samping itu, Sri Classic Collection menerusi eShopFesyen juga menjual beberapa jenis produk lain berasaskan jahitan sulaman seperti rujukan tutorial dan terbitan ilmiah berasaskan sulaman yang meliputi video, terbitan buku dan juga terbitan interaktif. Serta menjual alatan jahitan untuk sulaman manik, sulaman tangan manhupun sulaman kerawang.

Dan menjelang 2009 nanti, Sri Classic Collection akan melancarkan Gerbang eLearning yang pertama di Malaysia yang mengajar pelbagai kemahiran sulaman secara talian internet. Nantikan kemunculannya.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam  pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.

Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
KENALI KAMI

Sebelum Butik & Akademi Sulaman Sri Classic Collection ditubuhkan secara rasminya pada 2003, ia pada mulanya merupakan sebuah bisnes keluarga penyulam yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Apabila mendapati tentang potensi seni sulaman ini untuk menjadi satu bisnes komersial, Puan Syahida Bte Ramli yang merupakan guru dan penyulam yang mempunyai pengalaman dalam industri ini sejak dari bangku sekolah lagi, mula bergiat aktif dalam bidang sulaman ini secara serius 19 tahun lalu.

Maka, setelah tamat pengajian dalam Bachelor of Public Management (UUM), Puan Syahida bte Ramli telah mengasas dan menubuhkan Butik Sulaman Sri Classic Collection yang menawarkan khidmat tempahan sulaman, khidmat perundingan fesyen, dan khidmat jualan jubah serta produk fabrik sulaman di premis awal di Bandar Hilir, Melaka.

Berkat iltizam dan sokongan keluarga, beliau yang juga merupakan bekas pemimpin pelajar Universiti, nekad meneruskan bisnes sulaman ini dengan nafas dan idea yang baru serta berani. Alhamdulillah, berkat keizinan Allah, kini Sri Classic Collection telah berjaya membuka pusat latihan sulamannya sendiri yang eksklusif dan kondusif di Melaka. Pada 2008 ini, genaplah usia Sri Classic Collection menjangkau 5 tahun secara rasmi setelah 8 tahun beroperasi.

Dan bermula 2008, kini Pusat Latihan Sri Classic Collection bertukar menjadi sebuah Akademi Sulaman yang menawarkan kursus-kursus berkaitan sulaman untuk peringkat Sijil & Diploma serta bengkel-bengkel sulaman intensif yang diiktiraf Kerajaan.
Husna merupakan pelajar di KIPSAS Pahang di dalam jurusan bisnes yang meminati seni kemahiran jahitan sulaman manik ini. Beliau merupakan salah seorang peserta bengkel jahitan sulam manik kami yang tiada langsung asas jahitan.

Seawalnya beliau menyangka bahawa untuk menguasai kemahiran ini adalah sukar, tetapi setelah mempelajari bersama Pengasas kami sendiri iaitu Puan Syahida, sangkaan beliau ternyata meleset. Menguasai kemahiran jahitan sulaman manik ini tiada yang mustahil sekiranya anda mempelajari teknik jahitan manik dengan guru yang berpengalaman.
Malahan bengkel yang dikendalikan kami tidak terbatas hanya kepada golongan wanita sahaja. Sekiranya anda mempunyai minat di dalam seni sulaman kerawang ini, jantina bukan menjadi kayu pengukur dan penghalang untuk golongan adam mempelajari dan menguasainya. Buktinya, testimoni bekas peserta kami dari golongan adam ini yang sudah menjangkau umur 40-an, masih mampu dan berjaya menguasai teknik sulaman kerawang ini.
Pastikan anda dengar dengan teliti testimoni peserta kami ini, di mana En. Nizam  dan isterinya Puan Zairani yang sudah memiliki mesin sulaman hampir 7 tahun tetapi tidak pernah tahu mengggunakannya untuk menyulam (sampai dimasuki semut ketika memeriksa mesin sulamnya sebelum ke bengkel kami) kerana tiada seorang pun yang dapat menunjuk ajarnya secara jujur dan setulus hati untuk menyulam selama beliau membelinya.

Lantaran mempelajari teknik sulaman kerawang bersama Akademi Sulaman Sri Classic, telah berjaya memberikan kepuasan kepadanya kerana kini, beliau mampu menyulam kerawang dan kekecewaan membeli mesin sulam tersebut 7 tahun dahulu telah dapat ditebus kembali.

Tahniah dan syabas En. Nizam!

Adakah anda mengalami masalah yang sama?

Adakah mesin sulam yang dibeli anda sudah bertahun tidak pernah digunakan?
Atau anda tidak tahu menggunakannya langsung?

Adakah sudah banyak bengkel yang dihadiri anda tetapi anda masih tidak mampu menguasai kemahiran sulaman yang diajarkan?

Adakah anda benar-benar pasti pengajar sulaman tersebut benar-benar diiktiraf dan mahir dalam bidang sulaman yang diajar?
Puan Hanifa merupakan peserta Bengkel Jahitan Manik Akademi Sulaman Sri Classic Collection di Ipoh. Ketika selesai menghadiri bengkel jahitan manik kami, beliau berkongsi dengan semua peserta yang hadir bahawa sebenarnya beliau telah mengikuti lebih 4 bengkel jahit manik daripada 4 orang guru yang berbeza sebelum ini.

Tetapi apabila menghadiri bengkel jahit manik anjuran pihak kami, beliau mengatakan bahawa bengkel bersama kami inilah yang lain daripada yang lain dan seolah-olah beliau tidak pernah mengikut mana-mana bengkel sebelum ini, benar-benar membuatkan beliau mengetahui teknik jahitan manik, dan faham kaedah menjahit manik secara terperinci.
Cik Norasyikin dari Ampang juga merupakan peserta Bengkel Jahitan Manik Asas Akademi Sulaman Sri Classic Collection kami di Melaka. Beliau juga pernah mengikuti bengkel jahit manik sebelum ini dengan guru manik yang lain. Namun apabila menghadiri bengkel kami, beliau mengatakan bahawa bengkel kendalian kami benar-benar membuatkan beliau faham dan lain daripada yang lain, seolah-olah beliau tidak pernah menghadiri bengkel jahit manik sebelum ini.

Untuk membuktikan keberkesanan bengkel kami, beliau mengambil Pakej Bengkel Jahitan Manik Lanjutan selepas itu. Tidak cukup dengan itu, rentetan daripada kemahiran yang dikuasainya bersama kami, hasil kerja tangan manik beliau sudah pun ditempah pakai oleh VVIP di Anugerah Berita Harian di Genting 2008 dahulu.

Jika anda merupakan individu yang ingin mempelajari kemahiran seni sulaman ini secara praktikal dan mudah difahami...

Jika anda merupakan peminat sulam yang langsung tiada asas jahitan...

jika anda benar-benar ingin mempelajari kemahiran ini untuk dijadikan sumber pendapatan anda secara sambilan mahupun secara serius...

Jika anda inginkan kaedah pembelajaran yang "tiada tekanan" dan "santai"...

Jika anda ingin belajar di tempat yang kondusif dan selesa...

Jika anda ingin belajar di bengkel yang tiada mengenakan caj tambahan...

Jika anda ingin belajar di bengkel yang menjanjikan pelaburan anda adalah berbaloi...

Jika anda ingin belajar bersama guru sulaman yang berpengalaman dan bukannya staf atau kakitangannya...
Di sinilah kami menjanjikan yang terbaik untuk anda. Setiap sen pelaburan yang anda tanam, akan kami pastikan ia merupakan satu bentuk pelaburan yang berbaloi. Malahan pihak kami tidak mengenakan apa-apa caj tambahan ketika anda datang belajar bersama kami. Yuran yang dikenakan adalah termasuk peralatan, modul, sijil serta makan minum anda ketika bengkel.

Justeru, Akademi Sulaman Sri Classic Collection mengalu-alukan pendaftaran anda di dalam mana-mana bengkel sulaman anjuran kami. Anda akan diajar sendiri oleh pengasas Akademi Sulaman kami sendiri iaitu Puan Syahida bte Ramli.

Jumpa Anda Di Sana!!

Gambar bersama barisan panel dan penyelaras Kursus Sulaman SKM Tahap 3 dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, di Bangi Selangor.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Pengunjung Hingga Kini
Unique Visitors Hingga Kini
Malahan atas keyakinan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Akademi Sulaman Sri Classic dilantik menjadi perunding untuk sesi-sesi latihan perundingan keusahawanan dan jahitan manik di sekitar Johor bermula November 2008.
Gambar bersama Puan Rosmawati Binti Hj Mohamad, Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor dan barisan para peserta bengkel jahitan manik dan labuci.
Akademi Sulaman Sri Classic juga telah menerima kunjungan para pensyarah Kolej Fesyen & Apparel dari Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor yang ingin menimba ilmu kepakaran sulaman kerawang bersama Puan Syahida sendiri di Akademi kami di Melaka selama 3 hari pada 21-23 November 2008.
BERITA TERKINI
PENGIKTIRAFAN

Kepakaran Pengasas kami, Puan Syahida bte Ramli di dalam bidang sulaman terbukti apabila, Jabatan Pembangunan Kemahiran melantik beliau sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia berkuatkuasa 29 Oktober 2008.
Barisan para Peserta Bengkel Jahitan Manik & Labuci di Parlimen Sri Gading, Kluang Johor.
Gambar bersama Peserta Bengkel Jahitan Manik & Labuci di Parlimen Batu Pahat, Johor.
Gambar bersama Peserta Bengkel Jahitan Manik & Labuci di Parlimen Pontian, Johor.
Gambar bersama Peserta Bengkel Jahitan Manik & Labuci Asas di Parlimen Semberung, Johor.
Gambar Peserta Bengkel Kemahiran Sulaman Kerawang Intensif di premis Akademi Sulaman Sri Classic. Terdapat sejumlah 9 orang pensyarah dari Kolej Fesyen & Apparel dari Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor.
TESTIMONI PESERTA BENGKEL

Untuk memberikan penjelasan tentang keberkesanan program latihan kelolaan pihak kami, beberapa testimoni peserta bengkel sulaman terdahulu kami diambil & dipapar secara video. Setiap rakaman video ini dipaparkan tanpa dilakukan sebarang edit bagi memastikan ketulenan dan ketelusan testimoni bekas para peserta bengkel kami. Anda dengar, tonton dan nilaikan sendiri tentang segala komen yang diberikan oleh bekas peserta kami.
TESTIMONI PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI BENGKEL ANJURAN LAIN

Bukan itu sahaja, ramai yang hadir di dalam sesi bengkel sulaman bersama Akademi Sulaman kami, juga merupakan peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkel sulam sebelum ini anjuran pihak lain. Paparan video di bawah merungkaikan segalanya.






Tidak cukup dengan itu, Akademi Sulaman Sri Classic juga dijemput oleh beberapa agensi kerajaan lain untuk memberikan khidmat perundingan kemahiran berasaskan sulaman manik & labuci.
Bengkel Sulaman Manik & Labuci Asas bersama peserta dari Selangor dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor. Bengkel dijalankan di Shah Alam, Selangor.
Bengkel Sulaman Manik & Labuci Asas bersama peserta dari beberapa persatuan dan NGO wanita di Johor yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Johor.