Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance (19-21 DISEMBER / 26-28 DISEMBER)
Atas permintaan, Akademi Sulaman Sri Classic akan mengadakan 4 bengkel jahitan sulaman yang berbeza berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulam Tangan di Kota Bharu pada 19 Disember, di Johor Baharu pada 20 Disember, & di Kuala Lumpur pada 21 Disember. Di Kedah pada 26 Disember, di Ipoh pada 27 Disember & di Shah Alam pada 28 Disember 2008. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Produk Interaktif TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, 50 corak sulam kerawang motif flora & 20 corak sulam biku Edisi 1 & 2 untuk anda gunakan di dalam hasil sulaman anda. Serta nantikan kemunculan eBook Terbaru Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
RUNDING CARA SRI CLASSIC COLLECTION
Sri Classic Collection juga menyediakan khidmat perundingan untuk mana-mana individu mahupun agensi berkanun dan swasta yang berminat dalam bidang:-
- Teknopreneur & Laman Web.
Sri Classic Collection akan bekerjasama dengan Smart Formula Consultant dalam membentuk modul yang diminta. Malahan Sri Classic Collection juga berdaftar dan mempunyai lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
RUNDING CARA FESYEN & BUSANA
Sri Classic Collection telah menghadiri pelbagai jemputan untuk membincangkan tentang fesyen & busana khususnya berkaitan seni sulaman. Selain daripada bengkel dan seminar anjuran Sri Classic Collection sendiri, terdapat juga bengkel-bengkel jemputan daripada pihak-pihak luar.
Terkini, Akademi Sulaman Sri Classic Collection telah dijemput Malaysian Institute of Interactive Media untuk menghadiri satu "talk show" berkaitan sulaman di Cyberjaya.
RUNDING CARA IMEJ & PENAMPILAN DIRI
Sejak bermulanya segmen "Teknik Ikatan Tudung" di dalam Rancangan Hawa Di RTM TV1 (Setiap Jumaat Jam 11pg), SriClassicCollection telah mendapat banyak pelawaan daripada institusi-institusi dan agensi-agensi tertentu untuk memberikan Bengkel Teknik Ikatan Tudung kepada para peserta mereka. Jemputan demi jemputan diterima sehinggalah ke hari ini.
....Di Sebalik Tadbir Besama Krew & Penerbit HAWA di Premis Sri Classic Collection
....Bersama Peserta MAITREX di Malacca International Trade Centre, Ayer Keroh, Melaka
Malah pada 10-12 September 2006, Sri Classic Collection telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Melaka & Dunia Melayu Dunia Islam apabila dijemput sebagai penceramah untuk "Bengkel Teknik Ikatan Tudung - Eksekutif, Riadah dan Santai" (10 September 2006) selama sehari dari jam 9.00pg hingga 5.00ptg kepada para pengunjung Expo Antarabangsa sempena Expo MAITREX Ke-3 2006 di Malacca International Trade Centre, Ayer Keroh, Melaka (MITC).
....Di Bengkel Teknik Ikatan Tudung di Auditorium, Masjid Al 'Azim Melaka.
RUNDING CARA KEUSAHAWANAN & MOTIVASI
Pelbagai khidmat runding cara berkaitan keusahawanan, skills, motivasi telah diberikan oleh Sri Classic Collection di bawah pimpinan motivator En. Md. Raffae Md. Saleh. Seminar yang diberikan melibatkan pelbagai golongan sasar sama ada pelajar, usahawan, korporat dan golongan professional.
Newsletter
RUNDING CARA TEKNOPRENEUR & LAMAN WEB
Malahan, Sri Classic bersama Smart Formula Consultant juga menyediakan khidmat pembinaan laman web kepada individu, korporat mahupun badan-badan berkanun. Berikut adalah di antara cebisan laman web yang pernah dibina oleh Sri Classic.
Newsletter
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.