Butik kami menerima tempahan sulam tangan untuk pelbagai jenis fesyen dan fabrik merangkumi:-

  • Pakaian untuk apa jua majlis;

  • Tudung atau hijab dari material kasa bawal, sifon, dan sebagainya (fabrik boleh diminta tetapi ia bergantung kepada kesediaan stok); serta

  • Hiasan Dalaman seperti cadar mahupun alas sofa.

  • Fabrik / kain ela yang tidak dijahit lagi.

Untuk tempahan di atas material-material lain, anda boleh merujuk terus kepada pihak kami secara terus.
Kenapa Perlu Menempah
Bersama Butik Sulaman Kami?
  • Hanya produk & material berkualiti & original sahaja yang akan digunakan. Ataupun pihak kami akan membayar balik wang tempahan anda kerana menggunakan material yang tidak ori dan berkualiti.

  • Setiap corak yang dihasilkan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut. Tiada duplikasi corak. Satu pelanggan satu corak berdasarkan motif fabrik yang ditempah anda.
Tempahan Sulam Tangan Eksklusif
Bersama Butik Sulaman Sri Classic Kami
Antara Hasil Rekaan Corak Sulam Tangan
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Keunikan Sulam Tangan
Sri Classic Kami

Berita Terkini

Butik Sulaman Sri Classic menyediakan tempahan sulaman tangan kepada anda yang gemar kepada hasil seni tangan yang lebih eksklusif dan elegan. Walaupun sulam tangan ini merupakan kemahiran kerajinan tangan klasik, namun ia masih gagah menghiasi fabrik pakaian wanita sehingga hari ini.

Kepakaran penyulam kami membolehkan anda menempah sulam tangan bersama kami untuk apa jua jenis fabrik serta fesyen. Jika berminat, anda hanya perlu membawa fabrik yang ingin disulam tangan terus kepada kami untuk tempahan. Anda juga boleh menghantar secara pos dengan menggunakan alamat yang tertera.

Sekiranya anda berminat untuk menghasilkan sulam tangan di atas fabrik tudung dan hijab anda, anda boleh menempah sekali bersama kami, fabrik-fabrik tudung yang diingini dari fabrik bawal kelantan hingga ke fabrik bawal akbar.

Malah, jika anda ingin kelihatan lebih anggun dan menyerlah memakai pakaian bersulam tangan, anda boleh menggabungkan pelbagai material kristal dan batu batan yang berkualiti seperti Mutiara Air Masin / Air Tawar; Kristal Swarovski; Amethyst; Amber; Smoky Quartz; Rose Quartz; Emerald; Hematite; Malachite; dan Lain-lain lagi di atas hasil sulam tangan anda. Anda pasti teruja dengan hasil gabungan material kristal dan sulam tangan ini.

Yang pasti, di Butik Sulaman Sri Classic, segala sentuhan rekacipta dan hasil sulam tangan kami adalah 100% daripada pihak kami sendiri yang terdiri daripada pewaris-pewaris generasi sulaman keluarga kami sejak turun temurun.


Kami sulamkan pelbagai motif,
Sulaman Kerawang untuk pelanggan;
Kami janjikan tempahan eksklusif,
Corak berbeza setiap sulaman.
Sulaman tangan ini lebih dikenali dengan nama sulam benang dan berasal dari Eropah. Pun begitu seni menjahit sulam ini mula popular di kalangan umum sejak abad ke-16. Malah, reka bentuk sulamannya berubah mengikut cita rasa masyarakat dalam mempelbagaikan rekaan, teknik dan cara aplikasinya sekitar abad ke-18 hingga abad ke-20.

Bagi perkembangannya di Rantau Asia Tenggara ini, ia dikatakan dibawa masuk oleh pedagang-pedagang dari negara China dan India. Malahan, jika dilihat di Indonesia, sulaman berbentuk motif mutiara telah popular di Daerah Jepang. Walau bagaimanapun, ia masih terhad untuk kegunaan di dalam istana dan juga di kalangan golongan bangsawan kerana sulaman ini dilihat sebagai simbol kemewahan.

Kemudian ia berkembang ke daerah lain seperti Sumatera, Jawa, Madura dan Bali. Namun, para penyulam masih membuatnya secara kecil-kecilan di kawasan-kawasan pedalaman, sehingga kini kita boleh dapati golongan penyulam di negara tersebut ada di daerah seperti Tasik Malaya, Cirebon, Indramayu, Kudus, Pamekasan, Padang, Bukit Tinggi dan Pekan Baru.

Walaupun sudah beratus tahun lamanya, sulam tangan merupakan satu seni kemahiran tangan tradisional dan klasik yang masih gah dan disukai di arena fesyen tanahair sehingga kini. Meskipun hasil sulaman menggunakan mesin membanjiri pasaran dengan begitu banyak sekali, namun hasil sentuhan sulam tangan masih digemari kerana dianggap lebih unik dan eksklusif.

Hasil rekaan sulam tangan yang menghiasi fabrik kelihatan lebih 'hidup' dan 'bermaya' dek gabungan kreatif tona warna benang yang digunakan. Dan kini, hasil rekaan sulaman tangan ini telah dipelbagaikan dengan menggabungkan beberapa teknik sulaman lain. Di samping itu, penggunaan material-material lain seperti kristal, manik dan batu-batan mula dilihat diadunkan dalam hasil seni sulaman tangan masa kini.
Fesyen Tempahan Sulam Tangan
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Jika anda penggemar Sulaman Kerawang Tradisional, Butik Sulaman Sri Classic adalah pilihan tepat anda. Ini kerana setiap dari hasil sulaman kerawang kami adalah cetusan kreatif penyulam kami, Dan anda dijanjikan dengan:-

  • Corak Sulaman Kerawang yang Eksklusif; iaitu satu corak sulaman kerawang untuk satu tempahan anda. Pihak kami akan menghasilkan pelbagai motif mengikut kesesuaian warna dan corak latar fabrik anda. Ini bertujuan untuk menjadikan hasil sulaman kerawang kami lebih hidup dan cantik.

  • Corak Sulaman Kerawang Terkini; di mana setiap tempahan adalah mengikut aliran fesyen dan trend semasa. Ia tidak tertumpu kepada hanya motif flora, sebaliknya merangkumi motif abstrak, geometri dan fauna yang disesuaikan dengan permintaan dan kehendak pelanggan.

  • Hasil Sulaman yang Berkualiti. Ini kerana setiap tempahan sulaman TIDAK AKAN disubkan kepada mana-mana individu lain selain daripada penyulam Butik Sulaman Sri Classic. Itu adalah jaminan pihak kami untuk mengekalkan kualiti dan kekemasan hasil perkhidmatan kami.

  • Untuk Semua Jenis Pakaian dan Fabrik (Termasuk Songket). Tidak kira apa jua material yang ingin anda sulam, Insya Allah pihak kami mampu melakukannya.

  • Harga Sulaman Termasuk aksesori yang kami letakkan seperti baldu, dan sebagainya; dan

  • Tempahan Dijamin siap 30 Hari;
Fakta Sulam Kerawang
Untuk memudahkan anda, kami sajikan penerangan dan kaedah tempahan bersama kami. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda juga boleh terus menghubungi kami.

Secara asasnya, tempahan sulam kerawang bersama kami boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:-

  • Menempah terus dengan datang ke premis Butik kami di Melaka.

  • Menempah dengan mengepos fabrik tempahan kepada kami dengan menggunakan alamat premis Butik kami di Melaka.

Pun begitu, anda digalakkan untuk menghubungi atau SMS atau eMel pihak kami terlebih dahulu untuk berbincang tentang jenis corak tempahan, jenis fabrik yang ingin disulam kerawang, jenis majlis yang ingin dikunjungi dan sebagainya sebelum mengepos fabrik tempahan anda.
Cara Tempahan Sulam

Secara asasnya, pihak Butik Sulaman Sri Classic kami mahukan setiap pelanggan dan penempah mempertimbangkan beberapa item dan butiran berikut sebelum  memilih jenis tempahan sulam yang dikehendaki meliputi:-

  • Pakej tempahan sulam kerawang di fabrik baju berserta tudung.

  • Pakej tempahan sulam kerawang di fabrik baju sahaja.

  • Pakej tempahan sulam kerawang di tudung sahaja.

  • Pakej tempahan sulam untuk dekorasi dalaman dan lain-lain.

Pun begitu, anda dinasihatkan untuk menghubungi atau SMS atau eMel pihak kami terlebih dahulu untuk berbincang tentang jenis corak tempahan, jenis fabrik yang ingin disulam, jenis majlis yang ingin dikunjungi dan sebagainya sebelum mengepos fabrik tempahan anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Jenis Tempahan Sulam
SOALAN : Adakah Butik Sulaman Kerawang Sri Classic menyediakan juga khidmat tempahan jahitan baju?
ADA! Cuma kami tidak menerima tempahan baju tanpa sulaman.

SOALAN : Jadi, bagaimana saya ingin menempah kerawang bersama Sri Classic?
Anda cuma perlu memberikan fabrik yang ingin disulam kepada kami sama ada fabrik yang telah siap dijahit mahupun siap digunting. Cuma pastikan anda memberitahu tukang jahit anda supaya melebihkan sedikit bahagian fabrik yang ingin disulam. Anda juga boleh mendapatkan kaedahnya dengan menghubungi kami terlebih dahulu.

SOALAN : Berapa lamakah jangka masa siap untuk setiap tempahan?
Paling lama 1 bulan dan paling cepat 1 minggu. Ini juga bergantung kepada material yang diingini oleh penempah. Di samping kesediaan membayar extra untuk menyiapkan tempahan dalam jangka masa pendek.

SOALAN : Bolehkah saya melakar mana-mana tempat untuk disulam oleh Sri Classic atau segala tempahan sulaman adalah standard dan bergantung kepada Sri Classic sahaja?
BOLEH! Dan kami amat menggalakkan agar anda melakarkan di atas kertas terlebih dahulu, mana-mana bahagian yang ingin disulam oleh pihak kami. Pihak kami akan menyulam berdasarkan permintaan anda dan bukannya mengikut kehendak kami. Pihak kami hanya memainkan peranan dalam melakar dan menyulam corak yang eksklusif untuk anda.

SOALAN : Bolehkah saya meminta Sri Classic meniru sulaman yang diingini saya?
BOLEH! Anda hanya perlu menghantar corak sulaman tersebut sama ada gambar yang telah siap di scan ataupun fabrik asal corak sulaman yang diingini bersama-sama fabrik tempahan anda kepada kami.

SOALAN : Saya mempunyai sehelai baju sulam yang digunakan sewaktu majlis pernikahan dahulu. Malangnya, sulamannya telah terkoyak. Bolehkah Sri Classic menyulam kembali sulaman yang terkoyak tersebut?
BOLEH! Cuma ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda. Sekiranya jangka hayat fabrik anda sudah lama, kemungkinan pihak kami tidak boleh memperbaikinya.

SOALAN : Saya berasal dari luar Malaysia, bolehkan saya menempah sulaman bersama Butik Sri Classic?
BOLEH! Bahkan ramai pelanggan kami datangnya dari luar Malaysia.

SOALAN : Saya ingin ke Majlis formal dalam masa 5 hari lagi. Bolehkan Sri Classic menyulam kerawang fabrik yang ingin dipakai saya pada hari tersebut.
BOLEH! Cuma pihak kami akan caj sedikit lebih ke atas tempahan sebegini.

SOALAN : Bolehkah Sri Classic menyulam satu persalinan untuk saya merangkumi, tudung hingga ke baju?
BAHKAN.

SOALAN : Bolehkan Sri Classic menyulam untuk saya tetapi saya inginkan sulaman kerawang yang menyerlah atau "vogue" daripada orang lain?
BAHKAN. Beritahu sahaja. Dan selalunya dalam design begini, pelanggan lebih gemar menambahkan material sampingan seperti berlian tampal, kristal swarovski atau batu-batan.

SOALAN : Adakah Sri Classic menyediakan brosur atau katalog untuk sulaman-sulaman kerawang yang diingini oleh pelanggan?
ADA. Tetapi ia hanya sebagai koleksi peribadi Sri Classic. Pihak kami hanya akan menontonkannya kepada mana-mana pelanggan yang datang terus  ke premis kami. Bahkan, terdapat pelbagai jenis sulaman kerawang pelanggan kami yang diletakkan di dalam bingkai-bingkai menghiasi Butik & Akademi Sulaman Sri Classic kami.

SOALAN : Adakah Sri Classic akan memuatkan brosur & katalog tersebut di dalam laman web untuk dilihat oleh pelanggan?
TIDAK. Seperti yang kami katakan tadi bahawa setiap rekaan corak sulaman kerawang kami adalah eksklusif untuk setiap pelanggan kami. Justeru, bagi menjamin kepercayaan para pelanggan kami, corak-corak & rekaan kami tidak akan disiarkan di dalam laman web kami. Adapun yang akan tersiar hanyalah rekaan-rekaan yang telah menjangkau usia berbulan lamanya. Itupun tidak kesemuanya.

SOALAN : Bolehkah saya menambah corak kerawang di fabrik sulaman saya yang sedia ada bersama Sri Classic?
BOLEH! Cuma seperti yang diperkatakan tadi, ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda.
Anda Tanya, Kami Jawab
Tentang Tempahan Sulaman Tangan Kami
Corak Sulaman Tangan pelbagai jenis hasil rekaan kreatif Butik Sulaman Sri Classic.

Setiap corak sulaman tangan yang dihasilkan mampu menyerlahkan fabrik pemakai untuk kelihatan lebih elegan dan yakin.
Hasil Rekaan Corak Sulam Tangan Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Sulaman tangan digabungkan dengan sulaman manik bagi menghasilkan corak sulam yang lebih kontemporari. Gabungan kedua-dua kemahiran ini menjadikan hasil sulaman lebih eksklusif dan terkini.

Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!
Lagi Hasil Rekaan Corak Sulam Tangan Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Lagi Hasil Rekaan Corak Sulam Tangan Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Sulaman tangan digabungkan dengan sulaman manik bagi menghasilkan corak sulam yang lebih kontemporari. Gabungan kedua-dua kemahiran ini menjadikan hasil sulaman lebih eksklusif dan terkini.

Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!
Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!

Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.

Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!





Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang Tahun 2010.

Bengkel sulaman sepanjang 2010 dijalankan di Akademi Latihan kami seperti biasa. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel sulaman kami sepanjang tahun ini, boleh terus membuat temujanji bersama pihak kami.




Online Courses Sulaman Manik

Pelajari Kemahiran sulaman manik dan labuci secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic Collection. Kini, jarak dan masa bukan lagi menjadi penghalang kepada anda untuk mempelajari serta menguasai kemahiran sulaman dan jahitan secara terus bersama kami.






butiksulaman
You need to upgrade your Flash Player or to allow javascript to enable Website menu.
Get Flash Player
Untuk tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami di alamat yang tertera 24/7.

Sri Classic Collection,
Suite 23A, Jalan BBP1,
Taman Batu Berendam Putra,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

06-3374851 / 013-9854461
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2010.