Butik kami menerima tempahan sulam untuk pelbagai jenis fesyen dan fabrik merangkumi:-

  • Pakaian (Termasuk Songket) untuk apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keraian, perayaan, majlis-majlis formal mahupun pakaian ke pejabat;

  • Tudung atau hijab dari material kasa bawal, sifon, dan sebagainya; serta

  • Hiasan Dalaman seperti cadar mahupun alas sofa.

  • Fabrik / kain ela yang tidak dijahit lagi.

Kesemua tempahan sulaman kami adalah berbentuk sulaman kerawang secara tradisional menggunakan mesin ayak atau mesin goyang. Kami tidak menjalankan perniagaan tempahan sulaman menggunakan mesin sulam komputer.
Kenapa Perlu Menempah
Bersama Butik Sulaman Kami?
  • Hanya produk & material berkualiti & original sahaja yang akan digunakan. Ataupun pihak kami akan membayar balik wang tempahan anda kerana menggunakan material yang tidak ori dan berkualiti.

  • Setiap corak yang dihasilkan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut. Tiada duplikasi corak. Satu pelanggan satu corak berdasarkan motif fabrik yang ditempah anda.
Tempahan Sulam Kerawang Eksklusif
Bersama Butik Sulaman Sri Classic Kami
Antara Hasil Rekaan Corak Kerawang
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Berikut adalah contoh-contoh Corak Sulaman Kerawang rekaan Butik Sulaman Sri Classic.

Motif Flora pelbagai jenis untuk semua jenis fabrik biasa mahupun fabrik songket, sari mahupun organza. Setiap corak sulaman dihasilkan secara eksklusif bagi memastikan satu design sulaman untuk satu tempahan baju sahaja.





Keunikan Sulaman Kerawang
Sri Classic Kami
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang Ramadhan.

Bengkel sulaman sepanjang Ramadhan dijalankan di Akademi Latihan kami seperti biasa. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel sulaman kami sepanjang Ramadhan, boleh terus membuat temujanji bersama pihak kami.




Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!

Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.

Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!






Berita Terkini

Jika anda penggemar seni sulaman kerawang, pihak kami menyediakan perkhidmatan tempahan jahitan sulaman kerawang secara eksklusif untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang diingini.

Kepakaran kami dalam menyulam membolehkan anda menempah sulaman bersama kami dari selembut-lembut material fabrik seperti sari dan organza hingga ke sekasar-kasar fabrik seperti songket. Ini bermakna, di Butik Sulaman Sri Classic Collection, Anda hanya perlu membawa fabrik anda terus kepada kami untuk menempah sulaman kerawang bersama kami. Anda juga boleh menghantar terus kepada kami fabrik yang ingin disulam secara pos dengan menggunakan alamat yang tertera.

Malah, setiap pelanggan yang menempah sulam bersama kami, akan mendapat corak-corak kerawang yang eksklusif serta terkini, di mana setiap corak dan rekaan tempahan pelanggan kami, akan dilukis dan dicipta secara kreativiti oleh "Team Reka Cipta" kami yang ditugaskan khas untuk tugasan ini. Kemudian, langkah menyulamnya pula, adalah dari "Team Sulaman" kami yang berpengalaman lebih puluhan tahun dalam bidang ini.

Di Butik Sulaman Sri Classic, segala sentuhan rekacipta dan sulaman kerawang kami adalah 100% daripada pihak kami sendiri yang terdiri daripada pewaris-pewaris generasi sulaman kerawang keluarga kami sejak turun temurun.
Kami sulamkan pelbagai motif,
Sulaman Kerawang untuk pelanggan;
Kami janjikan tempahan eksklusif,
Corak berbeza setiap sulaman.
Sulaman kerawang amat digemari dari dahulu hingga sekarang. Malah, bagi peminat sulam, mereka sanggup menempahnya hingga ke negara jiran seperti Thailand & Indonesia (lebih dikenali dengan bordir) bagi mendapatkan sulaman yang cantik untuk pakaian mereka.

Bagi penggemar seni sulam, mereka tidak meminati sulaman yang dibuat dengan komputer. Bukannya tidak mengikut aliran teknologi, tetapi apa yang penting di sini ialah, sulaman yang dibuat secara manual lebih mempunyai nilai eksklusifnya berbanding dengan sulaman komputer yang lebih terhad dengan corak di dalam cipnya sahaja.

Analogi yang boleh dibuat, adalah seperti penggemar batik. Mereka tetap inginkan batik yang dilukis dengan tangan berbanding batik yang dihasilkan dengan komputer ataupun batik blok walaupun terpaksa membayar hingga ratusan dan ribuan ringgit. Adakah mereka merupakan pembazir? Tidak! Kerana bagi mereka nilai yang dicipta oleh pelukis batik tangan itu lebih tinggi berbanding motif yang sama dihasilkan oleh komputer atau teknologi terkini.

Selain itu, terdapat kenunikan tersendiri bagi sulaman yang dihasilkan daripada mesin manual atau sulam ayak. Sebagai contohnya, motif yang dihasilkan sentiasa berbeza antara satu sama lain walaupun dihasilkan oleh penyulam yang sama. Namun, ada juga penyulam yang menggunakan mesin sulam berkomputer berpendapat bahawa mesin komputer sekarang lebih canggih dan dapat menghasilkan sulaman yang menyerupai sulaman manual. Tetapi sulaman komputer tetap tidak boleh menghasilkan motif selain daripada apa yang direkodkan di dalam USB atau Cipnya sahaja. Berbanding dengan penyulam mesin manual yang sentiasa boleh menukar motif yang dihasilkan bila-bila masa bagi mendapatkan sulaman kerawang yang lebih eksklusif, tidak statik dan lebih hidup.

Itulah keunikan sulaman kerawang yang dihasilkan secara manual oleh penyulam yang mahir.
Fesyen Tempahan Sulam Kerawang
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Jika anda penggemar Sulaman Kerawang Tradisional, Butik Sulaman Sri Classic adalah pilihan tepat anda. Ini kerana setiap dari hasil sulaman kerawang kami adalah cetusan kreatif penyulam kami, Dan anda dijanjikan dengan:-

  • Corak Sulaman Kerawang yang Eksklusif; iaitu satu corak sulaman kerawang untuk satu tempahan anda. Pihak kami akan menghasilkan pelbagai motif mengikut kesesuaian warna dan corak latar fabrik anda. Ini bertujuan untuk menjadikan hasil sulaman kerawang kami lebih hidup dan cantik.

  • Corak Sulaman Kerawang Terkini; di mana setiap tempahan adalah mengikut aliran fesyen dan trend semasa. Ia tidak tertumpu kepada hanya motif flora, sebaliknya merangkumi motif abstrak, geometri dan fauna yang disesuaikan dengan permintaan dan kehendak pelanggan.

  • Hasil Sulaman yang Berkualiti. Ini kerana setiap tempahan sulaman TIDAK AKAN disubkan kepada mana-mana individu lain selain daripada penyulam Butik Sulaman Sri Classic. Itu adalah jaminan pihak kami untuk mengekalkan kualiti dan kekemasan hasil perkhidmatan kami.

  • Untuk Semua Jenis Pakaian dan Fabrik (Termasuk Songket). Tidak kira apa jua material yang ingin anda sulam, Insya Allah pihak kami mampu melakukannya.

  • Harga Sulaman Termasuk aksesori yang kami letakkan seperti baldu, dan sebagainya; dan

  • Tempahan Dijamin siap 30 Hari;
Fakta Sulam Kerawang
Untuk memudahkan anda, kami sajikan penerangan dan kaedah tempahan bersama kami. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda juga boleh terus menghubungi kami.

Secara asasnya, tempahan sulam kerawang bersama kami boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:-

  • Menempah terus dengan datang ke premis Butik kami di Melaka.

  • Menempah dengan mengepos fabrik tempahan kepada kami dengan menggunakan alamat premis Butik kami di Melaka.

Pun begitu, anda digalakkan untuk menghubungi atau SMS atau eMel pihak kami terlebih dahulu untuk berbincang tentang jenis corak tempahan, jenis fabrik yang ingin disulam kerawang, jenis majlis yang ingin dikunjungi dan sebagainya sebelum mengepos fabrik tempahan anda.
Cara Tempahan Sulam

Secara asasnya, pihak Butik Sulaman Sri Classic kami mahukan setiap pelanggan dan penempah mempertimbangkan beberapa item dan butiran berikut sebelum  memilih jenis tempahan sulam yang dikehendaki meliputi:-

  • Pakej tempahan sulam kerawang di fabrik baju berserta tudung.

  • Pakej tempahan sulam kerawang di fabrik baju sahaja.

  • Pakej tempahan sulam kerawang di tudung sahaja.

  • Pakej tempahan sulam untuk dekorasi dalaman dan lain-lain.

Pun begitu, anda dinasihatkan untuk menghubungi atau SMS atau eMel pihak kami terlebih dahulu untuk berbincang tentang jenis corak tempahan, jenis fabrik yang ingin disulam, jenis majlis yang ingin dikunjungi dan sebagainya sebelum mengepos fabrik tempahan anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Jenis Tempahan Sulam
SOALAN : Adakah Butik Sulaman Kerawang Sri Classic menyediakan juga khidmat tempahan jahitan baju?
ADA! Cuma kami tidak menerima tempahan baju tanpa sulaman.

SOALAN : Jadi, bagaimana saya ingin menempah kerawang bersama Sri Classic?
Anda cuma perlu memberikan fabrik yang ingin disulam kepada kami sama ada fabrik yang telah siap dijahit mahupun siap digunting. Cuma pastikan anda memberitahu tukang jahit anda supaya melebihkan sedikit bahagian fabrik yang ingin disulam. Anda juga boleh mendapatkan kaedahnya dengan menghubungi kami terlebih dahulu.

SOALAN : Berapa lamakah jangka masa siap untuk setiap tempahan?
Paling lama 1 bulan dan paling cepat 1 minggu. Ini juga bergantung kepada material yang diingini oleh penempah. Di samping kesediaan membayar extra untuk menyiapkan tempahan dalam jangka masa pendek.

SOALAN : Bolehkah saya melakar mana-mana tempat untuk disulam oleh Sri Classic atau segala tempahan sulaman adalah standard dan bergantung kepada Sri Classic sahaja?
BOLEH! Dan kami amat menggalakkan agar anda melakarkan di atas kertas terlebih dahulu, mana-mana bahagian yang ingin disulam oleh pihak kami. Pihak kami akan menyulam berdasarkan permintaan anda dan bukannya mengikut kehendak kami. Pihak kami hanya memainkan peranan dalam melakar dan menyulam corak yang eksklusif untuk anda.

SOALAN : Bolehkah saya meminta Sri Classic meniru sulaman yang diingini saya?
BOLEH! Anda hanya perlu menghantar corak sulaman tersebut sama ada gambar yang telah siap di scan ataupun fabrik asal corak sulaman yang diingini bersama-sama fabrik tempahan anda kepada kami.

SOALAN : Saya mempunyai sehelai baju sulam yang digunakan sewaktu majlis pernikahan dahulu. Malangnya, sulamannya telah terkoyak. Bolehkah Sri Classic menyulam kembali sulaman yang terkoyak tersebut?
BOLEH! Cuma ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda. Sekiranya jangka hayat fabrik anda sudah lama, kemungkinan pihak kami tidak boleh memperbaikinya.

SOALAN : Saya berasal dari luar Malaysia, bolehkan saya menempah sulaman bersama Butik Sri Classic?
BOLEH! Bahkan ramai pelanggan kami datangnya dari luar Malaysia.

SOALAN : Saya ingin ke Majlis formal dalam masa 5 hari lagi. Bolehkan Sri Classic menyulam kerawang fabrik yang ingin dipakai saya pada hari tersebut.
BOLEH! Cuma pihak kami akan caj sedikit lebih ke atas tempahan sebegini.

SOALAN : Bolehkah Sri Classic menyulam satu persalinan untuk saya merangkumi, tudung hingga ke baju?
BAHKAN.

SOALAN : Bolehkan Sri Classic menyulam untuk saya tetapi saya inginkan sulaman kerawang yang menyerlah atau "vogue" daripada orang lain?
BAHKAN. Beritahu sahaja. Dan selalunya dalam design begini, pelanggan lebih gemar menambahkan material sampingan seperti berlian tampal, kristal swarovski atau batu-batan.

SOALAN : Adakah Sri Classic menyediakan brosur atau katalog untuk sulaman-sulaman kerawang yang diingini oleh pelanggan?
ADA. Tetapi ia hanya sebagai koleksi peribadi Sri Classic. Pihak kami hanya akan menontonkannya kepada mana-mana pelanggan yang datang terus  ke premis kami. Bahkan, terdapat pelbagai jenis sulaman kerawang pelanggan kami yang diletakkan di dalam bingkai-bingkai menghiasi Butik & Akademi Sulaman Sri Classic kami.

SOALAN : Adakah Sri Classic akan memuatkan brosur & katalog tersebut di dalam laman web untuk dilihat oleh pelanggan?
TIDAK. Seperti yang kami katakan tadi bahawa setiap rekaan corak sulaman kerawang kami adalah eksklusif untuk setiap pelanggan kami. Justeru, bagi menjamin kepercayaan para pelanggan kami, corak-corak & rekaan kami tidak akan disiarkan di dalam laman web kami. Adapun yang akan tersiar hanyalah rekaan-rekaan yang telah menjangkau usia berbulan lamanya. Itupun tidak kesemuanya.

SOALAN : Bolehkah saya menambah corak kerawang di fabrik sulaman saya yang sedia ada bersama Sri Classic?
BOLEH! Cuma seperti yang diperkatakan tadi, ia bergantung kepada kualiti & jangka hayat fabrik anda.
Anda Tanya, Kami Jawab
Tentang Tempahan Sulaman Kerawang Kami
Hasil Rekaan Corak Sulam Kerawang Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Lagi Hasil Rekaan Corak Sulam Kerawang Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Corak kerawang buih, paku pakis dan cincin diadun dengan sulaman bunga baldu tebal. Sesuai untuk anda yang ingin kelihatan cantik ketika di pejabat dan urusan rasmi.

Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!
Sulaman tebal yang bermotif flora diadunkan bersama corak kerawang buih dan daun. Rekaan sesuai untuk anda yang ingin kelihatan cantik tetapi tidak mahu terlalu vogue atau menonjol.

Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!
Lagi Hasil Rekaan Corak Sulam Kerawang Eksklusif
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Penggunaan kristal swarovski di atas hasil corak kerawang, menjadikan fabrik pemakai lebih anggun dan berseri-seri. Hasil corak sulam kerawang menjadi lebih eksklusif dan elegan. Sesuai untuk anda yang ingin kelihatan lebih berani dan yakin.

Anda teruja? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama kami hari ini!!
Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!

Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.

Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!





Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang Ramadhan.

Bengkel sulaman sepanjang Ramadhan dijalankan di Akademi Latihan kami seperti biasa. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel sulaman kami sepanjang Ramadhan, boleh terus membuat temujanji bersama pihak kami.




Selendang Kerawang Eksklusif

Sempena Aidilfitri 2009 ini, Butik Sulaman Sri Classic mengeluarkan selendang kerawang eksklusif kepada anda yang berminat. Selendang eksklusif ini disulam tebal secara penuh dan juga diletakkan kristal-kristal swarovski yang mewah.

Ia amat sesuai untuk anda yang inginkan kelainan dan kelihatan hebat sempena Aidilfitri ini. Sila hubungi pihak kami untuk maklumat dan tempahan secara terus.





butiksulaman
You need to upgrade your Flash Player or to allow javascript to enable Website menu.
Get Flash Player
Untuk tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami di alamat yang tertera 24/7.

Sri Classic Collection,
Suite 23A, Jalan BBP1,
Taman Batu Berendam Putra,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

06-3374851 / 013-9854461
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.