Butik Sulaman kami menyediakan pelbagai jenis khidmat tempahan berasaskan sulaman untuk kaum wanita yang inginkan tempahan yang eksklusif & kontemporari sejajar dengan perkembangan fesyen semasa. Di butik kami, anda akan berpeluang untuk menempah jahitan atau sulaman yang merangkumi:-
Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang dihasilkan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut sahaja. Kami memberikan anda 2 cara untuk menempah bersama kami iaitu menempah jahit baju pelbagai fesyen berserta sulaman ataupun menempah sulam untuk baju-baju yang telah dijahit.
Dalam erti kata lain, Butik Sulaman Sri Classic Collection memberikan segala perkhidmatan berasaskan jahitan dan apparel untuk anda. Jika anda inginkan sesuatu yang kelainan, vogue mahupun menyerlah untuk mana-mana aksesori tambahan di pakaian anda seperti sulaman kerawang, sulaman manik dan labuci, mahupun sulaman tangan, Butik Sulaman Sri Classic adalah pilihan yang tepat.
Kenapa Perlu Menempah
Bersama Butik Sulaman Kami?
Butik Sulaman Sri Classic berpegang kepada falsafah "Keaslian & Eksklusif" untuk setiap tempahan jahitan bersama kami.
"Keaslian" bermaksud segala hasil rekaan dan corak Butik Sulaman Sri Classic akan mengekalkan unsur-unsur tradisi dalam proses jahitan & sulaman seperti penggunaan mesin sulam ayak tradisional, corak-corak yang tidak diduplikasi, serta identiti sulaman kerawang tersendiri. Bahkan pihak Sri Classic juga memberi jaminan bahawa semua material dan bahan-bahan yang asli dan berkualiti sahaja akan digunakan untuk setiap aksesori tambahan dalam tempahan yang diberikan.
"Eksklusif" pula merujuk kepada segala tempahan rekaan dan corak yang dihasilkan dari Butik Sulaman Sri Classic adalah berbeza dan eksklusif untuk setiap pelanggan. Dalam erti kata lain, setiap pelanggan yang menempah bersama Butik Sri Classic, walaupun berpuluh puluh kali tempahan, corak dan rekaan setiap satu tempahan yang dihasilkan kami tetap berlainan. Ini kerana corak dan rekaan sulaman yang direka kami, tidak akan diduplikasi untuk tempahan pelanggan yang lain.
Setiap rekaan dan corak akan diilhamkan menerusi gabungan corak fabrik penempah dan juga sentuhan idea kreativiti penyulam Sri Classic. Ini kerana kami di Butik Sri Classic, mempunyai pakar rekacipta kami tersendiri yang hanya bertugas melakar, mereka dan menghasilkan corak-corak untuk setiap tempahan. Adakalanya, pakar rekacipta kami terpaksa menghasilkan hingga berhelai-helai rekaan corak untuk sepasang tempahan sahaja.
Antara Hasil Rekaan Corak
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Berikut adalah contoh-contoh Corak Sulaman Kerawang rekaan Butik Sulaman Sri Classic.
Motif Flora pelbagai jenis untuk semua jenis fabrik biasa mahupun fabrik songket, sari mahupun organza. Setiap corak sulaman dihasilkan secara eksklusif bagi memastikan satu design sulaman untuk satu tempahan baju sahaja.
Corak Sulaman Tangan pelbagai jenis hasil rekaan kreatif Butik Sulaman Sri Classic.
Setiap corak sulaman tangan yang dihasilkan mampu menyerlahkan fabrik pemakai untuk kelihatan lebih elegan dan yakin.
Butik Sulaman Sri Classic juga menyediakan tempahan sulam manik untuk para penggemar manik. Setiap tempahan manik dihasilkan mengikut selera dan kehendak pelanggan.
Pelanggan boleh memilih sama ada inginkan corak manik yang biasa, corak manik yang menyerlah, corak manik yang elegan tapi tidak berapa menyerlah dan sebagainya.
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang Ramadhan.
Bengkel sulaman sepanjang Ramadhan dijalankan di Akademi Latihan kami seperti biasa. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel sulaman kami sepanjang Ramadhan, boleh terus membuat temujanji bersama pihak kami.
Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!
Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.
Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.
Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!
Selendang Kerawang Eksklusif
Sempena Aidilfitri 2009 ini, Butik Sulaman Sri Classic mengeluarkan selendang kerawang eksklusif kepada anda yang berminat. Selendang eksklusif ini disulam tebal secara penuh dan juga diletakkan kristal-kristal swarovski yang mewah.
Ia amat sesuai untuk anda yang inginkan kelainan dan kelihatan hebat sempena Aidilfitri ini. Sila hubungi pihak kami untuk maklumat dan tempahan secara terus.
Untuk tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami di alamat yang tertera 24/7.
Sri Classic Collection,
Suite 23A, Jalan BBP1,
Taman Batu Berendam Putra,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
06-3374851 / 013-9854461
Butik Sulaman Sri Classic Collection menjanjikan kepada setiap pelanggan kami dengan:-
- Servis perkhidmatan berkualiti.
- Hanya produk & material berkualiti & original sahaja yang akan digunakan. Atau wang anda dikembalikan.
- Setiap corak yang dihasilkan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut sahaja. Pihak kami tidak akan menduplikasi corak dan design yang sedia ada melainkan atas permintaan pelanggan.
- Harga tempahan yang amat berpatutan mengikut corak yang diingini.
- Tempahan untuk pelbagai jenis fabrik, material mahupun untuk mana-mana majlis formal.
- Tempahan Sulaman diterima untuk semua jenis fesyen fabrik dari senipis kain sari hingga ke lain-lain fabrik.
- Tempahan Sulaman Kerawang anda siap dalam masa 30 HARI!
- Menggunakan teknik Sulaman Kerawang Ayak Tradisional yang berkualiti dengan motif yang lebih hidup dan pelbagai mengikut corak bunga fabrik anda. Kami tidak menjalankan perniagaan sulaman berkomputer.
- Jika anda menempah sulaman kerawang, anda berpeluang menambah nilai fabrik anda dengan aksesori tambahan seperti bunga baldu dan sebagainya atau dengan material lain seperti kristal dan sebagainya, mengikut kreativiti pihak kami.
- Tempahan Sulaman Manik & Labuci juga disediakan.
- Tempahan manik dan labuci siap dalam masa 7 HARI.
- Pelbagai jenis manik dari kristal hingga ke Swarovski juga boleh diletakkan di dalam pakaian anda.
- Jahitan manik kesemuanya menggunakan lebih dari 2 layer dan bukannya 1 layer sahaja atau satu warna sahaja.
Malahan, tidak cukup dengan itu, Butik Sulaman Sri Classic Collection juga merupakan Penaja Rasmi Jubah Sulaman Pakaian Pengacara Al-Hidayah TV3 2007.
Jika anda sudah bersedia, sila klik link yang tertera untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat tempahan sulam dan tempahan manik untuk pelbagai jenis baju seperti baju kurung dan kebaya moden, jubah Muslimah, tudung, mahupun sarung cadar untuk dekorasi dalaman rumah anda.
Keistimewaan
Butik Sulaman Sri Classic Kami
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.