Pengunjung Hingga Kini
Unique Visitors Hingga Kini
Pelbagai jenis khidmat tempahan berasaskan sulaman untuk kaum wanita yang inginkan tempahan yang eksklusif & kontemporari disediakan di butik kami. Di butik kami, khidmat tempahan sulam merangkumi:-


Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang diberikan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk  pelanggan tersebut sahaja. Kami memberikan anda 2 cara untuk menempah bersama kami iaitu menempah jahit baju pelbagai fesyen berserta sulaman ataupun menempah sulam untuk baju-baju yang telah dijahit.

Dalam erti kata lain, Butik Sulaman Sri Classic Collection memberikan segala perkhidmatan berasaskan jahitan dan apparel untuk anda. Jika anda inginkan sesuatu yang kelainan, vogue mahupun menyerlah untuk mana-mana aksesori tambahan di pakaian anda seperti sulaman kerawang, sulaman manik, mahupun sulaman tangan, Butik Sri Classic adalah pilihan yang tepat.
Butik Sulaman Sri Classic berpegang kepada falsafah "Keaslian & Eksklusif" untuk setiap tempahan jahitan bersama kami.

"Keaslian" bermaksud segala hasil rekaan dan corak Butik Sulaman Sri Classic akan mengekalkan unsur-unsur tradisi dalam proses jahitan & sulaman seperti penggunaan mesin sulam ayak tradisional, corak-corak yang tidak diduplikasi, serta identiti sulaman kerawang tersendiri. Bahkan pihak Sri Classic juga memberi jaminan bahawa semua material dan bahan-bahan yang asli dan berkualiti sahaja akan digunakan untuk setiap aksesori tambahan dalam tempahan yang diberikan.

"Eksklusif" pula merujuk kepada segala tempahan rekaan dan corak yang dihasilkan dari Butik Sulaman Sri Classic adalah berbeza dan eksklusif untuk setiap pelanggan. Dalam erti kata lain, setiap pelanggan yang menempah bersama Butik Sri Classic, walaupun berpuluh puluh kali tempahan, corak dan rekaan setiap satu tempahan yang dihasilkan kami tetap berlainan. Ini kerana corak dan rekaan sulaman yang direka kami, tidak akan diduplikasi untuk tempahan pelanggan yang lain.

Setiap rekaan dan corak akan diilhamkan menerusi gabungan corak fabrik penempah dan juga sentuhan idea kreativiti penyulam Sri Classic. Ini kerana kami di Butik Sri Classic, mempunyai pakar rekacipta kami tersendiri yang hanya bertugas melakar, mereka dan menghasilkan corak-corak untuk setiap tempahan. Adakalanya, pakar rekacipta kami terpaksa menghasilkan hingga berhelai-helai rekaan corak untuk sepasang tempahan sahaja.
Butik Sulaman Sri Classic Collection menjanjikan kepada setiap pelanggan kami dengan:-

  • Layanan mesra.
  • Servis perkhidmatan berkualiti.
  • Hanya produk & material berkualiti & original sahaja yang akan digunakan.
  • Setiap corak yang dihasilkan eksklusif hanya untuk pelanggan tersebut.
  • Harga tempahan yang amat berpatutan mengikut corak yang diingini.
  • Tempahan untuk pelbagai jenis fabrik, material mahupun majlis-majlis.
  • Tempahan Sulaman diterima untuk semua jenis Fabrik dari senipis kain sari hingga ke lain-lain fabrik.
  • Tempahan Sulaman Kerawang anda siap dalam masa 30 HARI!
  • Semua corak sulaman adalah eksklusif mengikut corak bunga fabrik anda.
  • Menggunakan teknik Sulaman Kerawang Ayak Tradisional yang berkualiti dengan motif yang lebih hidup dna pelbagai mengikut corak bunga fabrik anda.
  • Harga Tempahan Sulaman Kerawang adalah termasuk aksesori yang diletakkan di atas sulaman seperti baldu dan sebagainya mengikut kreativiti pihak kami. NO EXTRA CHARGE!!
  • Tempahan Sulaman Manik & Labuci juga disediakan.
  • Tempahan manik dan labuci siap dalam masa 7 HARI.
  • Pelbagai jenis manik dari kristal hingga ke Swarovski juga boleh diletakkan di dalam pakaian anda.
  • Jahitan manik kesemuanya menggunakan lebih dari 2 layer dan bukannya 1 layer sahaja atau satu warna sahaja.

Malahan, tidak cukup dengan itu, Butik Sulaman Sri Classic Collection juga merupakan Penaja Rasmi Jubah Sulaman Pakaian Pengacara Al-Hidayah TV3 2007.

Jika anda sudah bersedia, sila klik link yang tertera untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat tempahan sulam dan tempahan manik untuk pelbagai jenis baju seperti baju kurung dan kebaya moden, jubah Muslimah, tudung, mahupun sarung cadar untuk dekorasi dalaman rumah anda.
Soalan : Ada tak cawangan lain Butik Sri Classic selain dari Melaka?
ADA! Dan akan dibuka di Shah Alam dan Skudai dalam waktu terdekat. Di negeri lain pula, masih dalam perancangan. Insya-Allah..

Soalan : Siapa penjahit dan penyulam Butik Sri Classic?
Penjahit & penyulam Butik Sri Classic adalah dari kalangan anggota keluarga. Ini kerana bisnes sulaman ini telah dilakukan oleh ahli keluarga kami sejak turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Cuma kewujudan Sri Classic Collection ini adalah sebagai wadah untuk memperkembangkan lagi bisnes keluarga penyulam dan penjahit kami.

Soalan : Maknanya segala tempahan di Butik Sri Classic tidak akan di'sub'kan?
TAK DER. Bagi menjamin kualiti dan keaslian sulaman dan jahitan turun temurun kami.

Soalan : Macammana nak berurusan dengan Butik Sri Classic sekiranya saya ingin menempah atau berurusniaga?
Segala pertanyaan boleh dilakukan melalui telefon, emel atau datang terus ke premis induk mahupun cawangan kami.

Soalan : Baju ready-made ader dijual di Butik Sri Classic tak?
TAK DER buat masa sekarang.

Soalan : Bila agaknya nak mula menjual baju ready-made?
Kami tengah di dalam proses mengemaskini beberapa perkara berkaitan sistem operasi dan pengeluaran kami. Insya-Allah jika tiada aral melintang, beberapa konsep busana Muslimah terbaru akan diperkenalkan oleh Butik Sri Classic.

Soalan : Konsep baru? Macam mana tu?
Konsep busana yang tidak terfikir lagi oleh orang ramai setakat nie... Tapi kena tunggulah yer. Rahsia!..

Soalan : Apakah kelainan Butik Sri Classic dengan butik-butik yang ada di luar sana?
Kami tidak boleh dan tidak akan membandingkan bisnes kami dengan mana-mana butik yang terdapat di luar sana. Apa yang penting adalah setiap butik jahitan mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Bagi kami di Butik Sri Classic, kekuatan kami adalah rekaan eksklusif serta mempunyai kesemua pakej tempahan dari menjahit hingga ke tambahan-tambahan aksesori seperti sulaman. Malahan, pakej home decor, pakej sulaman manik untuk kasut, dan beg juga disediakan oleh pihak kami. Pendek kata pakej jahitan dan sulaman pelbagai terdapat di Butik Sri Classic.

Soalan : Bolehkah sekiranya sesebuah agensi atau institusi ingin Butik Sri Classic menyiapkan tempahan baju atau uniform untuk staff?
BOLEH! Ini kerana butik kami merupakan butik yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk perkhidmatan pembekal dan penyediaan tektil dan apparel. Jadi tiada masalah dari segi prosiding. Tambahan pula, Butik Sri Classic pernah menyiapkan beberapa projek uniform bersulam untuk beberapa institusi dan agensi kerajaam yang inginkan kelainan cita rasa.
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang MEI 2009

Atas permintaan ramai, Bengkel Sulaman diteruskan kembali untuk sesi jelajah Malaysia 2009 di lokasi anda sepanjang bulan  MEI 2009.

Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut. Atau dapatkan majalah Harmoni setiap keluaran untuk maklumat lanjut bengkel.


Tahniah kepada Sri Classic Collection

Kini bermula April 2009, Sri Classic Collection merupakan Panel Perunding MARA yang telah dilantik oleh MARA secara rasmi. Satu lagi pencapaian Sri Classic yang membolehkan para peserta bengkel mengorak langkah sebagai usahawan.

Usahawan boleh mendapat khidmat perundingan perniagaan dari kami dari segi perundingan pemasaran, perundingan kewangan, perundingan pengurusan perniagaan dan lain-lain perundingan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.