eBook - Langkah Mudah Mempelajari Sulam Kerawang.
eBook ini merungkai beberapa teknik asas untuk mempelajari kemahiran sulam kerawang. Bukan itu sahaja, anda akan disajikan dengan gambar dan beberapa visual langkah-langkah mudah untuk mempelajari tekni sulam kerawang.
Persoalannya, adakah benar sukarnya untuk mempelajari teknik sulaman? Inilah merupakan tanggapan awal yang selalu didengar dari orang ramai. Mereka mengatakan untuk mempelajari seni sulaman ini, anda perlu mempunyai asas jahitan. Jika tiada asas jahitan, berkemungkinan sia-sia sahajalah anda mengikuti kursus atau bengkel sulaman. Benarkah sebegini sukar belajar sulam atau sebenarnya itu hanya tanggapan "eskapisme" seseorang?
Malahan, ada juga mengatakan bahawa anda perlu mempunyai mesin khas untuk menyulam, secanggih mesin berkomputer. Ada juga yang menyuruh anda membeli pelbagai jenis mesin yang canggih dengan harga mencecah ribuan ringgit, namun anda masih tidak boleh menguasai dan tidak tahu kemahiran seni sulaman ini. Benarkah sememangnya sukar belajar sulam atau mereka yang menyuruh anda membeli itu dan ini sebenarnya hanya ingin menjual produk mereka?
Jika, anda benar-benar ingin mempelajari sulam kerawang, eBook ini membongkar langkah mudah untuk anda mengikutinya. Mengapa tunggu lagi? Dapatkannya hari ini!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009.
Produk Interaktif TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, 50 corak sulam kerawang motif flora & 20 corak sulam biku Edisi 1 & 2 untuk anda gunakan di dalam hasil sulaman anda. Serta nantikan kemunculan eBook Terbaru Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!