BENGKEL SULAM TANGAN / BENANG SRI CLASSIC
Pelajari teknik sulaman tangan secara intensif 'sampai pandai' selama 1 atau 2 hari bersama Akademi Sulaman Sri Classic.
Puan Syahida Ramli guru sulaman berpengalaman selama lebih 19 tahun dalam bidang sulaman ini, akan mengajar anda secara pemantauan seorang demi seorang bagi memastikan anda pandai dan menyulam manik dalam tempoh sesi pembelajaran.
Sulaman tangan mempunyai bidang atau skop yang sangat luas. Ini kerana sulaman riben, sulaman silang pangkah, patch work, dan sulaman manik tergolong di dalam kategori sulaman tangan. Dengan erti kata lain, sulaman yang diperbuat daripada tangan akan tergolong di dalam sulaman tangan.
Dengan ini, skop yang akan diajar di Akademi Sri Classic adalah tertumpu kepada sulaman yang menggunakan benang. Terdapat sesetengah tempat, ia dikenali dengan sulaman reben. Sulaman ini amat popular di kalangan masyarakat Inggeris tetapi di Asia, ia lebih popular di Vietnam & Indonesia.
Namun, cara panggilan bagi sulaman ini adalah berbeza. Ada yang memanggilnya sulaman pintalan, sulaman bunga timbul, dan sebagainya. Apa yang penting ialah ia diperbuat daripada tangan. Pelbagai teknik seperti teknik simpulan french knot, jahitan bilion, jahitan lilitan cincin dan sebagainya akan diajar di dalam bengkel sulaman tangan ini.
Malahan, dalam membuat lubang-lubang pada sulaman ini, teknik penarikan benang pada fabrik akan dilakukan. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sulaman tangan itu sendiri mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri tanpa perlu bergantung dengan jenis sulaman kerawang yang biasa dilihat di pasaran.
SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM TANGAN
Soalan : Boleh pandai ke jika belajar sulaman tangan ini dalam masa sehari?
Boleh! Ini kerana di Akademi Sulaman Sri Classic, anda akan diselia dan diajar seorang demi seorang.
Soalan : Adakah diajar cara jahitan atau bagaimana?
Pihak kami akan mengajar teknik menjahit dengan menyediakan sekali contoh-contoh corak yang terkini yang menjadi trend dan ikon masa kini.
Soalan : Adakah yuran bengkel 2 hari ini termasuk penginapan?
Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.
Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman tangan di Akademi Sulaman Sri Classic?
Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM50 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman tangan ini sebelah malam selepas waktu bekerja?
Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka sahaja.
Soalan : Siapa tenaga pengajar bengkel sulaman manik ini?
Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri.
BENGKEL SULAM TANGAN - 1 HARI
- Pelajari Teknik Sulaman Tangan dan bukannya corak
sulaman tangan.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang, jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL
Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.
Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!
Jika anda ingin menempah secara eksklusif dan mengikuti bengkel-bengkel sulaman daripada Akademi kami hari ini, silalah membuat tempahan anda sekarang juga dengan menghubungi talian dan alamat tertera...
Main:
Sri Classic Collection
(Butik & Akademi Sulaman)
Suite 23A, Tingkat Atas, Jalan BBP 1,
Taman Bt. Berendam Putra,
75350 Bt. Berendam,
Melaka.
(Berhampiran Menara Pertam, Sederet Pizza Hut & di atas AXIS Eyewear)
Tel : 013-9854461 / 06-3374851 (Puan Syahida Bte Ramli)
MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR SULAM TANGAN BERSAMA KAMI?
- Bengkel dikendalikan dalam bentuk praktikal.
- Konsep bengkel kami adalah Belajar sampai pandai, di mana anda akan mempelajari setiap teknik sehingga anda dapat menguasainya.
- Sesi akan dikendalikan dalam suasana santai di antara pengajar dan pelajar.
- Jumlah peserta dalam sesuatu waktu adalah kecil dan terhad. Bukan dalam kelompok yang ramai seperti kelas-kelas bengkel biasa.
- Sesi dijalankan dalam kaedah 3 hala komunikasi. Di mana para peserta akan mempraktikkannya terus sambil diperbetulkan oleh pengajar. Secara Face to Face.
- Kami mengajar TEKNIK bukannya CORAK sulaman tangan. Di mana anda lebih mudah menggunakan teknik yang diajar untuk mencipta corak dan rekaan sulaman tangan anda sendiri.
- Yuran termasuk semua peralatan jahitan. Tiada Yuran Tambahan Selepas anda mendaftar bersama kami!
- Sijil Penyertaan disediakan.
- Anda juga boleh mengikuti Bengkel kami secara temujanji. Bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri bengkel-bengkel Formal anjuran kami dengan modul dan yuran yang sama.
- Makan minum peserta disediakan.
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
BENGKEL SULAM TANGAN - 2 HARI
- Pelajari Teknik Sulaman Tangan dan bukannya corak
sulaman tangan.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang, jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
- PERCUMA : Perisian Colour Wheel = Padanan Tona Warna.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!