BENGKEL SULAM MANIK & LABUCI SRI CLASSIC

Di Akademi Sulaman Sri Classic Collection ini, anda berpeluang mempelajari teknik sulaman  manik secara intensif  sampai pandai' selama 1 atau 2 hari.

Puan Syahida Ramli merupakan guru sulaman berpengalaman selama lebih 19 tahun dalam bidang sulaman ini, akan mengajar anda secara pemantauan seorang demi seorang bagi memastikan anda pandai dan menyulam manik dalam tempoh sesi pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga merupakan panel NOSS persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, yang diiktiraf sebagai pakar sulaman.

Ekspo Perdagangan Dunia Melayu Dunia Islam Ke-3 merupakan ekspo tahunan antarabangsa yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam anjuran Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, sebuah agensi Kerajaan Negeri Melaka di bawah naungan YAB Ketua Menteri Melaka. Ekspo yang diadakan pada kali ketiga ini telah diadakan pada 10 hingga 12 September 2006 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Sri Classic Collection telah dijemput bagi menjayakan slot Bengkel Jahitan Manik & Labuci kepada para pengunjung.
SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM MANIK & LABUCI

Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman manik & labuci ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan sebelum ini?

Boleh! Walaupun anda tidak pernah memegang jarum sekalipun sebelum ini. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin.

Soalan : Bolehkah saya menerima tempahan sejurus selepas mengikuti bengkel sulaman manik ini?

Boleh! Dan ramai bekas peserta kami sudahpun berjaya membuka butik-butik sendiri. Jika anda benar-benar berkeinginan untuk menceburi bidang sulaman manik secara komited, kami mencadangkan agar anda mengikuti bengkel sulaman manik 2 hari.

Soalan : Apakah bezanya bengkel sulaman manik sehari & 2 hari yang dianjurkan Akademi Sulaman Sri Classic?

Di dalam bengkel sehari, anda akan diajar 9 teknik jahitan manik, manakala dalam bengkel 2 hari pula, anda akan diajar 20 teknik jahitan manik beserta dengan beberapa teknik gabungan manik bunga timbul dll. Malahan pelbagai gabunga corak hasil daripada setiap teknik turut akan diajar untuk bengkel 2 hari.

Soalan : Adakah yuran bengkel 2 hari ini termasuk penginapan?

Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.

Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman manik di Akademi Sulaman Sri Classic?

Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM100 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.

Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman manik ini sebelah malam selepas waktu bekerja?

Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka dan cawangan kami di Ampang, Selangor sahaja.

Soalan:  Siapa tenaga pengajar bengkel sulaman manik ini?

Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri dan juga Pengurus serta Mentor Bertauliah Akademi Sulaman Sri Classic di cawangan kami.

Soalan:  Saya berada luar dari Melaka. Apakah alternatif terbaik untuk saya pelajari teknik sulaman manik ini?

Anda boleh membeli DVD Video Tutorial Teknik Sulaman Manik Volume 01 & 02 kami secara online.

Soalan :  Katanya pengajaran di dalam bengkel ini diajar sehingga pandai, maksudnya?

Jika dibandingkan dengan modul kami yang terdahulu, pihak kami mengajar setiap peserta dari jam 9 pg hingga 5 ptg. Tetapi apabila Pusat Latihan Sri Classic dinaik taraf menjadi Akademi Sulaman Sri Classic, pihak kami akan mengajar setiap peserta yang hadir sehingga boleh menguasai setiap teknik walaupun terpaksa menamatkan bengkel pada waktu malam. Pihak kami tidak akan melepaskan anda pulang sehingga anda pandai membuat & mengingat kesemua teknik yang diajarkan.
BENGKEL JAHITAN MANIK ASAS - 10 TEKNIK


  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Pelajari Teknik Jahitan manik bukannya corak jahitan manik.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang,  jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL

Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.

Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!




Jika anda ingin menempah secara eksklusif dan mengikuti bengkel-bengkel sulaman daripada Akademi kami hari ini, silalah membuat tempahan anda sekarang juga dengan menghubungi talian dan alamat tertera...

Main:
Sri Classic Collection
(Butik & Akademi Sulaman)
Suite 23A, Tingkat Atas, Jalan BBP 1,
Taman Bt. Berendam Putra,
75350 Bt. Berendam,
Melaka.

(Berhampiran Menara Pertam, Sederet Pizza Hut & di atas AXIS Eyewear)

Sila Rujuk Lokasi Butik & Akademi Sulaman untuk peta lengkap

Tel : 013-9854461 / 06-3374851 (Puan Syahida Bte Ramli)
"Sesiapa yang takder asas jahitan manik pun boleh belajar dengan Puan Syahida... sebab sangat mudah! Lepas tu dia pantau sorang-sorang pulak..."
Latnah - Pegawai Tadbir

"Mudah difahami ... best..!!! Puan Syahida ajar TEKNIK bukan Corak. Sebab tu berbaloi pergi.."

Noraini - Tailor
"Walaupun takder asas, saya tetap boleh menyulam manik. Mula-mula tak konfiden jugak...
Tapi lepas datang ke Bengkel Puan Syahida nie, baru tahu memang senang nak menyulam manik kalau tahu tekniknya. Dan .. memang betullah belajar Teknik sulaman manik nie bukan boleh 2 atau 3 jam. "

Norasiah - Tukang Masak

"Simple dan mudah difahami!.."
Rohana - UTEM


APA KATA MEREKA?
"Rekomen 100%. Terima kasih Sri Classic! "

Syafinaz - Kakitangan Kerajaan

"Tak rugi saya datang dari jauh ke Melaka... Segala apa yang diajar oleh Puan Syahida memang jujur dan telus. Apa yang dijanjikan 20 teknik, diajar 20 teknik. Barulah saya tahu nak menyulam manik nie memang kena belajar teknik daripada guru yang mahir."

Rosmina - Kakitangan Kerajaan

"Alhamdulillah... tak sia-sia saya belajar teknik jahitan manik nie. Walaupun saya tak ader asas jahitan, tapi dalam sehari saya dah boleh buat jahitan manik saya sendiri. "

Juliana - Guru Tuisyen
MENGAPA PERLU BELAJAR MANIK BERSAMA KAMI?

  • Bengkel dikendalikan dalam bentuk praktikal.

  • Belajar sampai pandai.

  • Sesi akan dikendalikan dalam suasana santai di antara pengajar dan pelajar.

  • Jumlah peserta dalam sesuatu waktu adalah kecil dan terhad. Bukan dalam kelompok yang ramai seperti kelas-kelas bengkel biasa.

  • Sesi dijalankan dalam kaedah 2 hala komunikasi. Di mana para peserta akan mempraktikkannya terus sambil diperbetulkan oleh pengajar. Secara Face to Face.

  • Kami mengajar TEKNIK bukannya CORAK jahitan manik.

  • Yuran termasuk semua peralatan jahitan. Tiada Yuran Tambahan Selepas anda mendaftar bersama kami!

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • Anda juga boleh mengikuti Bengkel kami secara temujanji. Bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri  bengkel-bengkel Formal anjuran kami dengan modul dan yuran yang sama.

  • Makan minum peserta disediakan.

Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
KAEDAH SESI PENGAJARAN KAMI

  • Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa.

  • Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 5 orang sahaja.

  • Seorang peserta akan menggunakan sebuah mesin. Tiada perkongsian mesin sulam.

  • Diajar secara santai dan praktikal.

  • Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif.

  • Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami.

  • Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan.


PELAJARI TEKNIK SULAMAN MANIK & BUKANNYA CORAK SULAM MANIK.


Pastikan anda mengikuti bengkel-bengkel yang mengajar anda teknik sulaman manik. Memastikan perbezaan antara kedua-dua bengkel ini amat penting supaya anda tidak membayar untuk mempelajari satu atau dua sahaja teknik sulaman manik dan selebihnya merupakan corak sulaman manik. Justeru, bagi memudahkan anda mengetahui perbezaan antara kedua-dua bengkel ini, pihak kami telah menggariskan beberapa panduan asas.

Berikut adalah sedikit panduan kepada anda tentang perbezaan di antara bengkel yang mengajar anda teknik dan bengkel yang mengajar anda corak. Manfaatkan panduan ini untuk kebaikan bersama.

Belajar TEKNIK Sulaman Manik


Belajar CORAK Sulaman Manik

Mengajar menggunakan Pelbagai Teknik Jahitan seperti jahitan asas, tali air, bulatan mutiara, jelujur asas dan lain-lain yang boleh dikembangkan menjadi pelbagai corak mengikut kreativiti individu.


Corak yang biasa digunakan adalah corak dengan menggunakan teknik beriring, teknik bertindih dan teknik asas sahaja.


Berubah-rubah mengikut kreativiti peserta. Setiap corak yang dihasilkan adalah unik dan berbeza.


Statik dan hanya berubah mengikut warna manik sahaja yang menambahkan kelainan pada cara mengajar.


Belajar Teknik bermaksud Belajar Teknik Jahitan berbeza untuk membuat corak.

Belajar Corak bermakna Belajar Teknik Jahitan yang sama untuk membuat corak.


Menggunakan modul khas untuk memperjelaskan kepada peserta secara terperinci tentang perbezaan manik, kristal, mutiara dan labuci, agar setiap yang belajar dapat mengaplikasikannya di dalam perniagaan mereka.


Tidak memberi info yang tepat tentang perbezaan manik yang berkualiti, mutiara, labuci dan kristal yang digunakan.


Lebih singkat masa yang digunakan kerana mempelbagaikan teknik jahitan agar lebih cepat dan dapat dihasilkan dengan lebih cantik dan berkualiti.


Penguasaan corak jahitan yang terhad menyebabkan penggunaan masa yang panjang dalam menyiapkan sesuatu jahitan baju khususnya pembentukan corak V pada lengan baju.


Mempelajari Teknik Sulaman Manik tidak boleh dalam masa yang singkat. Ini kerana jika anda benar-benar ingin menguasai mana-mana teknik sulaman manik, contohnya untuk 10 teknik memerlukan sehingga setengah hari. Sekiranya anda mempelajari lebih dari 10 Teknik untuk jangka masa yang singkat, berhati-hati kemungkinan anda hanya mempelajari 1 @ 2 sahaja teknik sulaman manik, dan selebihnya adalah corak manik. Atau kemungkinan kelas yang dijalankan terlalu pantas dan laju.



BENGKEL JAHITAN MANIK ASAS - 20 TEKNIK


  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Pelajari Teknik Jahitan manik
       bukannya corak jahitan manik.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang,  jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.

  • PERCUMA : Perisian Colour Wheel = Padanan Tona Warna.
"Sebagai seorang tukang jahit, upah menjahit sehelai tidaklah semahal upah menjahit manik dan labuci.  Kini apabila saya mampu menjahit manik dan labuci sendiri, saya mampu mendapat keuntungan lebih sedikit untuk sehelai baju."
- Maimunah, Tampin.

..........................................................................................................................................................................................

"Kalau jahitan baju ditambah dengan jahitan-jahitan aksesori lain seperti manik, labuci & sulam, pelanggan pun tak akan cari orang lain. Maknanya tempah kat kiter jer semua boleh!"
- Zawiyah, Mersing.

..........................................................................................................................................................................................

"Saya memang tak reti nak jahit baju tapi bila try bengkel labuci nie... terus minat nak terima tempahan labuci. Seronoknya biler semua kawan kilang tempah kat saya pulak.."
- Nik Zaleha, Operator Kilang.

..........................................................................................................................................................................................

"Kakak memang dah ader asas labuci cuma tak begitu serius untuk buat bisnes... tapi bila ikut kursus kat Sri Classic nie, terus berkobar-kobar nak buat bisnes jahitan labuci secara serius. Mana taknya, pengajar dah beri banyak tips dan jalan kepada kakak ketika mengikuti bengkelnya."
- Kak Mah, Jasin, Melaka.
KAEDAH PENGAJARAN KAMI

  • Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa. STRESS FREE!

  • Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 10 orang sahaja.

  • Diajar secara santai dan praktikal.

  • Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif.

  • Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami.

  • Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan.

  • Diajar oleh pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu, Puan Syahida bte Ramli, guru sulaman kerawang yang mempunyai pengalaman lebih 19 tahun di dalam bidang sulaman.

  • Anda juga digalakkan untuk membawa mana-mana fabrik pakaian anda untuk mendapatkan konsultansi daripada kami tentang corak yang sesuai secara PERCUMA.

  • Jika anda adalah bekas peserta kami, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk mendapatkan pandangan daripada kami secara PERCUMA.
PERUNDING KEMAHIRAN MANIK PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI JOHOR

Akademi Sulaman Sri Classic juga telah diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, apabila secara rasminya kami dilantik mengendalikan bengkel-bengkel kemahiran sulaman manik asas di beberapa Parlimen Negeri Johor. Di antara parlimen yang terlibat adalah Parlimen Kluang, Parlimen Sri Gading, Parlimen Pontian, dan Parlimen Semberung.

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor juga tidak ketinggalan menganjurkan bengkel manik untuk beberapa bakal usanita di bawah bimbingan mereka.
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Kluang Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen  Batu Pahat Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Pontian Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Parlimen Semberung Johor
Sesi bengkel jahitan manik dan labuci asas bersama peserta dari Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
Dalam erti kata lain, setiap sesi bengkel manik yang dijalankan, akan dipantau dan dikendalikan sendiri oleh Puan Syahida Ramli. Malahan, setiap peserta yang hadir akan dipastikan menguasai teknik yang diajar sebelum melangkah ke teknik yang lain.