SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM KERAWANG ASAS
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan dalam masas 2 hari?
Boleh! Asalkan anda mempunyai minat. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin.
Soalan : Bolehkah saya menerima tempahan sejurus selepas mengikuti bengkel sulaman kerawang ini?
Boleh! Dan ramai bekas peserta kami sudahpun berjaya membuka butik-butik sendiri. Cuma anda hanya perlu keberanian sahaja. Sekiranya anda masih kurang yakin, lakukan praktis di rumah anda setiap hari untuk memahirkan lagi sulaman anda.
Cuma jika anda ingin menerima tempahan, pastikan mesin industri high speed atau mesin sulam goyang tradisional yang digunakan. Ini kerana kedua-dua mesin ini sememangnya tahan untuk diguna secara "heavy duty".
Soalan : Mengapa perlu praktis?
Ini kerana sulaman merupakan skil dan kemahiran yang menggunakan kudrat anda. Kami telah mengajar anda teknik, dan jika anda menggunakan teknik yang diajar dan dipraktiskan di rumah anda, InsyaAllah dalam tempoh 3 minggu sahaja anda akan lihat kemahiran sulaman anda semakin cantik dan kemas.
Soalan : Saya tidak tahu melukis. Jadi bagaimana saya ingin mempelbagaikan corak sulaman saya. Adakah bengkel sulaman kerawang ini mengajar teknik melukis corak?
Tidak! Teknik melukis corak hanya dijara dalam Kursus Sijil / Diploma Sulaman sahaja. Namun, jika anda berminat, anda boleh mendapatkan cara melukis corak sulaman yang bakal dikeluarkan pihak Sri Classic dalam bentuk DVD Video tutorial tidak lama lagi. Pun begitu, di dalam bengkel sulaman kerawang ini, anda akan diberikan 10 Corak kerawang percuma kepada anda untuk dimanfaatkan.
Soalan : Adakah yuran bengkel 2 hari ini termasuk penginapan?
Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.
Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman kerawang di Akademi Sulaman Sri Classic?
Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM50 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini sebelah malam selepas waktu bekerja?
Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka sahaja.
Soalan : Mesin jahit apa yang digunakan dalam bengkel sulaman kerawang ini?
Mesin jahit manual & portable.
Soalan : Saya mempunyai mesin sulam high speed industri. Adakah bengkel ini juga mengajar menggunakan mesin ini?
Tidak. Tapi saya akan menunjukkan anda cara untuk mengaplikasikan teknik yang anda pelajari dengan mesin manual kepada mesin sulam industri.
Soalan : Jika bengkel sulaman kerawang ini tidak mengajar menggunakan mesin sulam high speed industri, bagaimana saya ingin aplikasikannya di rumah?
Sebenarnya, jika anda mempelajari teknik sulaman menggunakan mesin manual, teknik menggunakan mesin sulam industri akan menjadi lebih mudah. Lagipun, seperti yang saya katakan tadi, anda akan diajar kaedah untuk mengaplikasikan teknik sulaman ini kepada mesin sulam industri anda.
Soalan : Boleh saya tahu, siapa tenaga pengajar bengkel sulaman kerawang ini?
Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri.
Soalan : Perlukah saya mengikuti bengkel-bengkel sulaman lain yang diajar di Akademi Sulaman Sri Classic?
Tidak perlu. Melainkan anda ingin mempelajari teknik sulaman yang lain seperti teknik sulaman atas angin, teknik sulaman home decor dan teknik sulaman eksklusif. Ini kerana setiap pakej bengkel, dirangka dan dibina secara unik untuk pakej tersendiri bagi kategori masing-masing supaya anda boleh memilih mana-mana bidang keusahawanan sulaman yang ingin dimanfaatkan oleh anda.
Pun begitu, sekiranya anda ingin mempelajari teknik-teknik untuk memperkemas atau memperhalusi sulaman anda, anda boleh menghubungi terus pihak kami untuk sebarang pertanyaan memandangkan pihak kami tidak menyediakan pakej khusus untuk pelajaran seperti ini.