SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM KERAWANG EKSKLUSIF
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan dalam masas 2 hari?
Boleh! Asalkan anda mempunyai minat. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin.
Soalan : Adakah sulaman eksklusif ini berbeza dengan sulaman kerawang biasa, maksud saya sulaman baba & nyonya?
Ya! Sulaman baba & nyonya mempunyai nilainya tersendiri kerana ia dibuat dengan menggunakan gabungan benang-benang yang pelbagai warna. namun, sulaman eksklusif ini, menggabungkan elemen aksesori seperti baldu dan teknik sulaman itu sendiri bagi menjadikan fabrik sulaman lebih mewah. Di sini kedua-dua sulam eksklusif dan baba nyonya menggunakan teknik yang berbeza. Dan sekiranya ia digabungkan, ia akan menghasilkan sulaman yang lebih unik dan eksklusif.
Soalan : Bolehkah saya terus mempelajari sulaman eksklusif ini tanpa mempelajari terlebih dahulu sulaman kerawang asas?
Boleh! Kerana dengan mempelajari sulaman eksklusif ini, anda juga didedahkan dengan teknik sulaman asas secara tidak langsung.
Soalan : Sekiranya saya ingin mempelajari pakej yang memerlukan penginapan, adakah penginapan akan disediakan oleh pihak Akademi Sri Classic?
Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.
Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman kerawang di Akademi Sulaman Sri Classic?
Boleh! Cuma lakukan temu janji & deposit RM100 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini sebelah malam selepas waktu bekerja?
Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka sahaja.
Soalan : Mesin jahit apa yang digunakan dalam bengkel sulaman kerawang ini?
Mesin sulam industri high speed & mesin jahit manual.
Soalan : Saya mempunyai mesin sulam high speed industri. Adakah bengkel ini juga mengajar menggunakan mesin ini?
Ya!
Soalan : Siapa tenaga pengajar bengkel sulaman kerawang ini?
Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri.
Soalan : Perlukah saya mengikuti bengkel-bengkel sulaman lain yang diajar di Akademi Sulaman Sri Classic?
Tidak perlu. Melainkan anda ingin mempelajari teknik sulaman yang lain seperti teknik sulaman atas angin, dan teknik sulaman home decor . Ini kerana setiap pakej bengkel, dirangka dan dibina secara unik untuk pakej tersendiri bagi kategori masing-masing supaya anda boleh memilih mana-mana bidang keusahawanan sulaman yang ingin dimanfaatkan oleh anda.