BENGKEL SULAM KERAWANG HOME DECOR

Sulaman Home Decor ini lebih bersifat klasik kerana setiap benda yang bersulam, mempunyai keunikan dan nilainya tersendiri walaupun digunakan untuk kelengkapan di rumah.

Dalam sulaman home decor ini, pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan mendedahkan anda di dalam membuat sulaman untuk alas meja, alas kerusi, tudung saji, dan pelbagai aksesori untuk langsir dan sebagainya. Pendek kata, pelbagai teknik sulaman akan digunakan di dalam menghasilkan sulaman home decor ini supaya ia bersesuaian dengan kegunaan kelengkapan rumah.

Dalam sulaman home decor ini, ada sesetengahnya, hanya menitikberatkan sulaman di dasar atau di badan-badan kain sahaja. Sebagai contohnya, jika dilihat di sarung-sarung bantal, di permukaannya dibuat dengan sulaman bunga besar atau kecil tetapi di bahagian tepi sarung tersebut dibuat sulaman kerawang dengan menggunakan kain yang lebih jarang seperti kain organza, lace, dan sebagainya.

Selain itu, kita dapat lihat di kaki-kaki kain langsir disulam dengan menggunakan corak bunga lalang menaik bagi menyerikan lagi sulaman kain langsir agar nampak mewah. Pun begitu, jika dilihat dalam situasi kini, kebanyakan sulaman yang dibuat untuk home decor adalah sulaman berkomputer. Namun ia akan lebih mewah dan elegan sekiranya dibuat dengan menggunakan mesin yang dikendalikan secara manual. Ini kerana motif penghasilan corak sulaman secara manual lebih hidup dan tidak statik.

Apa yang penting ialah pelbagai teknik sulaman, sama ada sulaman biku, sulaman kerawang, sulaman atas angin dan sulaman tangan boleh digunakan untuk menghasilkan sulaman home decor. Cumanya corak sulam dan motif yang dihasilkan mestilah berpadanan dengan kegunaan untuk dekorasi dalaman anda.
SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM KERAWANG HOME DECOR

Soalan : Sekiranya saya belajar sulaman home decor ini, apakah material yang akan diberikan?

Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan menyedia dan mengajar anda di kain-kain yang kecil seperti alas meja mahupun alas kerusi. Namun, corak dan teknik yang diajar boleh diaplikasikan untuk sulaman home decor lain seperti langsir dan cadar yang lain.

Soalan  : Saya tidak tahu melukis. Jadi bagaimana saya ingin mempelbagaikan corak sulaman saya. Adakah bengkel sulaman  home decor ini mengajar teknik melukis corak?

Tidak! Tetapi anda boleh menggunakan kaedah tekap daripada corak-corak yang sedia ada ke dalam mana-mana material yang ingin disulam.

Soalan  : Adakah yuran bengkel 2 hari ini termasuk penginapan?

Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.

Soalan  : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman kerawang di Akademi Sulaman Sri Classic?

Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM50 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.

Soalan  : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini sebelah malam selepas waktu bekerja?

Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka sahaja.

Soalan  :  Mesin jahit apa yang digunakan dalam bengkel sulaman kerawang ini?

Mesin jahit manual & portable & high speed.

Soalan :  Saya mempunyai mesin sulam high speed industri. Adakah bengkel ini juga mengajar menggunakan mesin ini?

Ya!

Soalan  :  Siapa tenaga pengajar bengkel sulaman kerawang ini?

Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri.

Soalan  :  Perlukah saya mengikuti bengkel-bengkel sulaman lain yang diajar di Akademi Sulaman Sri Classic?

Tidak perlu. Melainkan anda ingin mempelajari teknik sulaman yang lain seperti teknik sulaman atas angin, teknik sulaman kerawang dan teknik sulaman eksklusif. Ini kerana setiap pakej bengkel, dirangka dan dibina secara unik untuk pakej tersendiri bagi kategori maisng-masing supaya anda boleh memilih mana-mana bidang keusahawanan sulaman yang ingin dimanfaatkan oleh anda.
BENGKEL SULAMAN KERAWANG HOME DECOR

  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Menggunakan mesin jahit manual, mesin sulam
       portable & mesin sulam industri high speed seperti juki.

  • Teknik sulaman ayak / goyang.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 5 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan menyulam seperti kain, pemidang, benang dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.

  • PERCUMA : 5 Corak Kerawang. Royalty Free License.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
KAEDAH PENGAJARAN KAMI

  • Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa.

  • Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 5 orang sahaja.

  • Seorang peserta akan menggunakan sebuah mesin. Tiada perkongsian mesin sulam.

  • Diajar secara santai dan praktikal.

  • Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif.

  • Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami.

  • Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan.

  • Diajar oleh pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu, Puan Syahida bte Ramli, guru sulaman kerawang yang mempunyai pengalaman lebih 19 tahun di dalam bidang sulaman.



MESIN APA YANG DIGUNAKAN?

Dalam bengkel sulaman kerawang asas, kami menggunakan mesin manual atau mesin portable atau mesin sulam industri untuk mengajar setiap peserta yang hadir di bengkel kami.
BELAJAR SAMPAI PANDAI...

Falsafah Akademi Sulaman Sri Classic cukup mudah iaitu 'Belajar Sampai Pandai!'. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:-

  • Peserta akan mempelajari setiap modul / teknik / gerak kerja yang diberikan di dalam semua latihan, kursus & bengkel hingga memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.

  • Tiada had masa untuk pulang bagi setiap sesi. Ia bergantung kepada pemahaman mahupun kepuasan para pelajar itu sendiri. Anda berhak menghabis & mempelajari segala modul yang diajar di dalam sesi tersebut walaupun terpaksa belajar sampai pandai hingga ke larut malam.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan mencuba sedaya upaya untuk mengajar anda sehingga anda faham, tahu dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic ingin melahirkan setiap peserta bengkel & kursus kami sebagai seorang usahawan yang praktikal & berani untuk memulakan perniagaan sejurus selepas tamat sesi.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan memantau setiap peserta kami secara face to face, seorang demi seorang, untuk memastikan bahawa tiada ruang alasan untuk anda mengetahui segala ilmu yang diberikan walaupun anda tidak mempunyai asas jahitan sebelum ini.

Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!




KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL

Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.

Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!




Jika anda ingin menempah secara eksklusif dan mengikuti bengkel-bengkel sulaman daripada Akademi kami hari ini, silalah membuat tempahan anda sekarang juga dengan menghubungi talian dan alamat tertera...

Main:
Sri Classic Collection
(Butik & Akademi Sulaman)
Suite 23A, Tingkat Atas, Jalan BBP 1,
Taman Bt. Berendam Putra,
75350 Bt. Berendam,
Melaka.

(Berhampiran Menara Pertam, Sederet Pizza Hut & di atas AXIS Eyewear)

Sila Rujuk Lokasi Butik & Akademi Sulaman untuk peta lengkap

Tel : 013-9854461 / 06-3374851 (Puan Syahida Bte Ramli)
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam  pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.

Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
Berita Terkini