BENGKEL SULAM KERAWANG ATAS BENANG

Teknik sulaman atas angin atau atas benang amat sukar dilakukan biarpun anda seorang penyulam yang berpengalaman. Ini kerana teknik sulaman atas angin ini hanya boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin jahit manual dan bukannya mesin jahit sulam high speed industri.

Malahan hasil sulaman kerawang atas benang ini lebih cantik dan halus serta mampu menjadikan harga tempahan jauh lebih mahal berbanding dengan sulaman kerawang biasa. Kenapa? Ini kerana sulaman kerawang atas angin ini memerlukan ketelitian dan teknik yang betul untuk menghasilkannya.

Justeru, jika anda inginkan kelainan untuk penghasilan sulaman kerawang anda, teknik sulaman kerawang atas angin atau atas benang ini, amat sesuai untuk anda. Lantaran teknik sulaman atas benang hanya boleh dipelajari anda di Akademi Sulaman Sri Classic Collection. Sulaman atas benang ini merupakan sulaman ayak tradisional. Ini kerana sulaman ini menggunakan mesin domestik atau mesin manual sahaja.

Sulaman ini diperbuat begitu halus dan mempunyai nilai seninya yang tersendiri dan kelihatan unik. Malahan, sekiranya anda tidak benar-benar mahir dalam menentukan corak sulaman ini, barangkali anda tidak dapat membezakan yang mana satu hasil sulaman atas benang ini merupakan permukaan atas atau bawah sulaman. Ini kerana hasil sulaman atas benang ini kelihatan sama di permukaan atas dan di bawahnya. Oleh itu, di sinilah terletaknya keunikan sulaman atas benang. Di mana tiada perbezaan di antara kedua-dua permukaan atas dan bawah.

Selain itu, ia dipanggil sulaman atas benang ekoran daripada cara pembuatannya yang menggunakan gabungan benang berjalan tanpa adanya fabrik yang mengikatnya. Benang-benang kemudiannya, digabungkan di atas ruang kosong dalam fabrik bagi mendapatkan corak kerawang atau sulaman yang dikehendaki oleh pelanggan.
SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL SULAM KERAWANG ATAS BENANG

Soalan : Adakah Sulaman atas angin atau sulaman atas benang ini mudah dipelajari?

Ya! Asalkan anda mempunyai minat. Dan sukar dipelajari bagi mereka yang kurang berminat. Ini kerana teknik sulaman ini memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi pada si penyulam.

Soalan : Bolehkah saya terus mempelajari teknik sulaman atas benang ini walaupun tiada asas dalam bidang sulaman?

Boleh!

Soalan : Adakah yuran bengkel 2 hari ini termasuk penginapan?

Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel anda akan disediakan secara percuma.

Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman kerawang di Akademi Sulaman Sri Classic?

Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM50 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.

Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel sulaman kerawang ini sebelah malam selepas waktu bekerja?

Boleh! Tetapi ia hanya untuk latihan di Pusat Latihan induk kami di Melaka sahaja.

Soalan :  Mesin jahit apa yang digunakan dalam bengkel sulaman kerawang ini?

Mesin jahit manual sahaja. Ini kerana seni sulaman atas benang ini, hanya boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin jahit manual dan bukannya mesin sulam industri mahupun mesin sulam portable.

Soalan:  Siapa tenaga pengajar bengkel sulaman kerawang ini?

Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri.

Soalan :  Perlukah saya mengikuti bengkel-bengkel sulaman lain yang diajar di Akademi Sulaman Sri Classic?

Tidak perlu. Melainkan anda ingin mempelajari teknik sulaman yang lain seperti teknik sulaman kerawang, teknik sulaman home decor dan teknik sulaman eksklusif. Ini kerana setiap pakej bengkel, dirangka dan dibina secara unik untuk pakej tersendiri bagi kategori masing-masing supaya anda boleh memilih mana-mana bidang keusahawanan sulaman yang ingin dimanfaatkan oleh anda.

Soalan :  Bagaimanakah sulaman atas benang yang berkualiti dihasilkan?

Sulaman yang dihasilkan akan nampak sama bagi kedua-dua belah permukaan atas & bawah fabrik. Manakala penggunaan gunting akan diguna pakai berbanding penggunaan solder dalam menghasilkan kerawang.

Soalan :  Katanya pengajaran di dalam bengkel ini diajar sehingga pandai, maksudnya?

Jika dibandingkan dengan modul kami yang terdahulu, pihak kami mengajar setiap peserta dari jam 9 pg hingga 5 ptg. Tetapi apabila Pusat Latihan Sri Classic dinaik taraf menjadi Akademi Sulaman Sri Classic, pihak kami akan mengajar setiap peserta yang hadir sehingga boleh menguasai setiap teknik walaupun terpaksa menamatkan bengkel pada waktu malam. Kerana itulah, jumlah pengambilan peserta dalam satu sesi dikurang menjadi 5 orang sahaja.
BENGKEL SULAMAN KERAWANG ATAS BENANG

  • Belajar hingga pandai.

  • Sesi bermula 9pg.

  • Menggunakan mesin jahit manual sahaja.

  • Teknik sulaman ayak / goyang.

  • Sijil Penyertaan disediakan.

  • 2 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.

  • Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.

  • 5 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.

  • NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan menyulam seperti kain, pemidang, benang dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.

  • PERCUMA : 5 Corak Kerawang. Royalty Free License.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
KAEDAH PENGAJARAN KAMI

  • Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa.

  • Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 5 orang sahaja.

  • Seorang peserta akan menggunakan sebuah mesin. Tiada perkongsian mesin sulam.

  • Diajar secara santai dan praktikal.

  • Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif.

  • Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami.

  • Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan.

  • Diajar oleh pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu, Puan Syahida bte Ramli, guru sulaman kerawang yang mempunyai pengalaman lebih 19 tahun di dalam bidang sulaman.



MESIN APA YANG DIGUNAKAN?

Dalam bengkel sulaman kerawang asas, kami menggunakan mesin manual atau mesin portable untuk mengajar setiap peserta yang hadir di bengkel kami.
KENAPA?

Tujuannya:-

  • Sulaman atas benang ini merupakan teknik sulaman atau bordir yang berasal dari Indonesia yang menggunakan kaedah yang lain daripada teknik sulaman dari Thailand. Jika di Thailand, mesin sulam industri digunakan, tetapi di Indonesia mesin manual digunakan.

  • Teknik sulam atas benang ini hanya sesuai menggunakan mesin manual dan mesin portable sahaja.

  • Teknik sulam atas benang ini lebih tertumpu kepada kemahiran kawalan ayak anda.

  • Anda mampu menyulam dengan menggunakan mesin jahit manual ataupun mesin sulam portable milik anda apabila pulang ke rumah selepas bengkel.

  • Mesin jahit manual boleh didapati di kedai-kedai dengan harga yang sangat murah. Malah jika anda baru berjinak-jinak dengan seni sulaman, anda boleh memahirkan diri anda kemudiannya dengan membeli mesin sulaman manual second hand dalam lingkungan harga tidak melebihi RM500. Manakala mesin sulam portable pula boleh didapati dalam lingkungan harga bermula dari RM1,300 dan ke atas.

  • Mesin manual yang lebih lama keluarannya, tidak mudah rosak malah lebih digemari oleh penyulam yang ingin menghasilkan sulaman yang lebih halus.




Pun begitu, bengkel sulam eksklusif ini hanya akan diadakan di pusat latihan kami iaitu di Akademi Sulaman Sri Classic Collection, Melaka. Ini memandangkan bengkel sulam eksklusif ini memerlukan penggunaan mesin yang lebih besar yang mustahil untuk diangkut dan dibawa keluar dari premis latihan kami.

KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL

Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.

Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!




Jika anda ingin menempah secara eksklusif dan mengikuti bengkel-bengkel sulaman daripada Akademi kami hari ini, silalah membuat tempahan anda sekarang juga dengan menghubungi talian dan alamat tertera...

Main:
Sri Classic Collection
(Butik & Akademi Sulaman)
Suite 23A, Tingkat Atas, Jalan BBP 1,
Taman Bt. Berendam Putra,
75350 Bt. Berendam,
Melaka.

(Berhampiran Menara Pertam, Sederet Pizza Hut & di atas AXIS Eyewear)

Sila Rujuk Lokasi Butik & Akademi Sulaman untuk peta lengkap

Tel : 013-9854461 / 06-3374851 (Puan Syahida Bte Ramli)
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam  pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.

Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
Berita Terkini