BENGKEL JAHITAN MANIK & LABUCI ADVANCE (TEKNIK TERKINI & EKSKLUSIF) SRI CLASSIC
Sekiranya anda ingin mengetahui teknik-teknik terbaru dan terkini yang semakin digemari oleh pereka fesyen tempatan, bengkel jahitan manik advance kami menyediakan modul tersebut untuk anda.
Malahan di dalam bengkel jahitan manik advance ini, anda belajar pelbagai jenis teknik terkini dan lebih eksklusif yang menghimpunkan rekaan flora semulajadi seperti Bunga Americana, Bunga Floribund, Bunga China Doll, Bunga Teluki, Bunga Cinderella, Fire Tree dan sebagainya. Yang pasti, bengkel jahitan manik advance kami mampu mencetuskan idea baru kepada anda dalam dunia fesyen dan busana. Malahan, setiap rekaan anda pastinya akan lebih kelihatan kontemporari dan eksklusif.
Dengan idea teknik jahitan manik & labuci advance ini, anda pasti akan dapat memeriahkan lagi hasil jahitan manik di fabrik anda.
Uniknya, setiap modul manik advance yang direka kami, tidak memerlukan anda menguasai teknik asas manik terlebih dahulu. Sekiranya anda sudah menguasai teknik asas manik, teknik manik advance kami akan menjadikannya satu kelebihan.
SOALAN LAZIM BERKAITAN BENGKEL JAHIT MANIK ADVANCE
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel jahitan manik & labuci advance ini di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan sebelum ini?
Boleh! Walaupun anda tidak pernah memegang jarum sekalipun sebelum ini. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin. Ini kerana bengkel advance ini merupakan teknik-teknik terkini dan kontemporari.
Soalan : Adakah saya perlu mengikuti bengkel manik asas terlebih dahulu sebelum mengikuti bengkel manik advance? Kenapa?
Tidak Perlu! Ini kerana di dalam bengkel manik advance ini, pihak kami mengajar anda teknik jahitan manik terkini dan bukannya rekaan corak jahitan manik terkini. Justeru, anda tidak perlu bimbang tentang kemahiran jahitan manik yang anda miliki sebelum ini. Tetapi pihak kami amat menggalakkan anda mengikuti bengkel jahitan manik asas anjuran kami untuk mengetahui teknik-teknik asas jahitan manik yang membolehkan anda 'membaca' mana-mana rekaan manik yang anda lihat di majalah, butik atau fabrik pakaian.
Soalan : Apakah bezanya bengkel jahitan manik advance & bengkel jahitan manik asas yang dianjurkan Akademi Sulaman Sri Classic?
Di dalam bengkel manik advance, anda akan belajar teknik-teknik terkini yang kini semakin popular di kalangan pereka fesyen terkenal tempatan. Anda juga berpeluang menambah kemahiran anda ke tahap yang lebih tinggi untuk memberikan kelainan dan sentuhan yang lebih kreatif di dalam setiap rekaan manik anda. Manakala di dalam bengkel manik asas pula, anda akan belajar teknik-teknik asas jahitan manik dari awal hingga ke teknik penghasilan bunga yang simple.
Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel sulaman manik di Akademi Sulaman Sri Classic?
Boleh! Cuma lakukan temujanji & deposit RM100 sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang diminta. Ini bagi mengelakkan pertindanan jadual program yang telah dirancang pihak kami.
Soalan: Siapa tenaga pengajar bengkel jahitan manik advance ini?
Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Sulaman Sri Classic sendiri dan juga Pengurus serta Mentor Bertauliah Akademi Sulaman Sri Classic di cawangan kami.
BENGKEL JAHITAN MANIK ADVANCE - 15 TEKNIK TERKINI
- Pelajari Teknik Jahitan manik terkini serta eksklusif dan bukannya corak jahitan manik.
- Sijil Penyertaan disediakan.
- 1 kali makan & minum disediakan untuk setiap sesi.
- Setiap hari dari Isnin - Ahad secara temujanji mahupun bengkel anjuran rasmi Sri Classic.
- 10 Peserta Setiap Sesi bagi menjamin kualiti & keberkesanan pembelajaran.
- NO HIDDEN CHARGE! Semua yuran pembayaran termasuk modul, makan, peralatan manik seperti kain, pemidang, benang, jarum, manik dan sebagainya untuk diguna pakai dan dibawa pulang.
Web Concept & Design by Sri Classic Consultant . All Rights Reserved 2008.
KINI KAMI SEDIA MENERIMA PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT UNTUK SEMUA JENIS TEMPAHAN DAN BENGKEL
Nikmati kemudahan pembayaran secara kad kredit atau bankcard untuk mana-mana pembelian, tempahan, mahupun pembayaran bengkel latihan kami secara mudah & pantas bersama kami. Malahan, jika anda pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar bengkel-bengkel kami secara EzyPay yang menawarkan pelan pembayaran 0% interest-free secara ansuran.
Mengapa tunggu lagi? Kunjungi premis kami hari ini!
Jika anda ingin menempah secara eksklusif dan mengikuti bengkel-bengkel sulaman daripada Akademi kami hari ini, silalah membuat tempahan anda sekarang juga dengan menghubungi talian dan alamat tertera...
Main:
Sri Classic Collection
(Butik & Akademi Sulaman)
Suite 23A, Tingkat Atas, Jalan BBP 1,
Taman Bt. Berendam Putra,
75350 Bt. Berendam,
Melaka.
(Berhampiran Menara Pertam, Sederet Pizza Hut & di atas AXIS Eyewear)
Tel : 013-9854461 / 06-3374851 (Puan Syahida Bte Ramli)
PERBANDINGAN BENGKEL MANIK ASAS & MANIK ADVANCE KAMI.
Bagi anda yang baru mengenali Akademi Sulaman Sri Classic, segmen ini ditulis untuk memberikan info kepada anda tentang kedua-dua bengkel jahitan manik anjuran pihak kami.
Manfaatkan panduan ini untuk kebaikan bersama.
Bengkel Sulaman Manik, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan (17,18,24 Januari 09/ 7-8 Februari 09) di Shah Alam, K.Lumpur, J.Bharu & Miri Sarawak.
Bengkel Sulaman kelolaan Akademi Sulaman Sri Classic diteruskan kembali untuk sesi 2009 yang merngkumi 4 bengkel jahitan sulaman berbeza & akan berjalan serentak iaitu Bengkel Jahitan Manik Asas & Jahitan Manik Advance, Bengkel Sulam Kerawang & Sulaman Tangan di Shah Alam pada 17 Januari 2009, di K.Lumpur pada 18 Januari 2009, & di J.Bharu pada 24 Januari 2009. Di Miri Srawak pada 7-8 Februari 2009. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Produk TERBARU Terbitan Akademi Sulaman Sri Classic
Dapatkan terbitan terbaru kami, Langkah Mudah Menguasai Sulaman Kerawang!
Contoh gambar flora Americana
Contoh gambar flora Ros Floribund
Testimonial Peserta Manik Advance dari Sibu, Sarawak.
16 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENGIKUTI BENGKEL MANIK ADVANCE KAMI?
Anda perlu mengikuti teknik manik advance kami kerana:-
- Teknik manik advance kami bukan merupakan sambungan kepada teknik-teknik asas.
- Teknik manik advance kami menunjuk ajar rekaan flora yang lebih kompleks dan menyerlah.
- Teknik manik advance kami merupakan teknik terkini yang semakin digemari di kalangan pereka-pereka fesyen tempatan.
- Teknik manik advance kami tidak memerlukan anda menguasai teknik asas manik terlebih dahulu.
TESTIMONI PESERTA BENGKEL MANIK ADVANCE
Untuk memberikan penjelasan tentang keberkesanan bengkel-bengkel manik anjuran Akademi kami, video testimoni di bawah akan menceritakan segalanya.
Puan Anne dari Sibu Sarawak, merupakan bekas peserta Bengkel Asas Manik Akademi kami yang tiada asas jahitan langsung. Kini, beliau amat berpuas hati dengan ilmu yang dipelajarinya sendiri daripada Puan Syahida, Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic kerana sudah menjalankan bisnes tempahan maniknya sendiri. Malahan, beliau sanggup datang ke premis kami di Melaka untuk mendalami kemahiran sulaman manik ini dalam sesi manik advance secara temujanji. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau.