Video Tutorial Teknik Sulaman Biku
(untuk mainan DVD-ROM PC sahaja)
Video teknik sulaman biku ini mengajar anda satu persatu secara video untuk memahirkan diri anda dengan teknik jahitan sulaman biku. Sulam biku merupakan corak sulaman simple yang dihasilkan di tepi atau bordir fabrik pakaian. Pelajari teknik-teknik untuk menyulam biku dari proses mengubah suai mesin jahit portable, melukis motif hingga ke pelbagai teknik menyulam biku.
Dalam erti kata lain, video tutorial ini merupakan pakej lengkap untuk anda belajar teknik menyulam biku secara mudah dan jelas. Malahan setiap rakaman video yang dihasilkan adalah dalam resolusi HDV. Anda pasti dapat melihat betapa jelas dan telitinya setiap imej video yang ditonton untuk memudahkan proses pembelajaran anda.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Tutorial Teknik Sulaman Kerawang
(untuk mainan DVD-ROM PC sahaja)
Sekali lagi, untuk julung kalinya, Akademi Sulaman Sri Classic menerbitkan Video teknik sulaman kerawang untuk anda pelajari secara langkah demi langkah dari mereka dan melukis motif sulam anda hingga ke proses menyulam bunga dan membuat pelbagai jenis kerawang. Sulaman kerawang merupakan corak sulaman berbunga yang mempunyai pelbagai jenis kerawang seperti kerawang buih, sisik ikan, lelabah, kerawang paku pakis dan lain-lain.
Sekiranya anda ingin mempelajari teknik sulaman kerawang secara jelas dan terang, video tutorial ini merupakan rujukan utama anda. Ini kerana bukan sahaja setiap proses ditunjuk ajar di dalamnya malahan setiap proses dirakam dengan menggunakan video kamera beresolusi HDV.
Jika anda menonton sambil melakukannya bersama-sama, anda boleh memahirkan diri anda dalam masa sehari untuk semua teknik. Ini kerana setiap teknik di dalam video ini, diajar satu persatu dengan panduan dan arahan secara lisan oleh Puan Syahida bte Ramli sendiri iaitu pengasas dan pengajar Akademi Sulaman Sri Classic.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Tutorial Teknik Jahitan Manik & Labuci Volume 01
(untuk PC dan Pemain Cakera DVD sahaja)
Pelajari pelbagai teknik asas jahitan manik dan labuci bersama video tutorial ini. Biarpun anda tidak pernah memegang sebatang jarum sekalipun sebelum ini, biarpun anda tiada asas jahitan sekalipun, dan biarpun anda tidak pernah mengenal manik sebelum ini, namun dengan berpandukan tutorial jahitan manik ini, anda pasti mampu mempelajari serta memahirkan diri anda setelah menontonnya biarpun hanya dengan sekali tonton.
Mengapa? Ini kerana video tutorial sulaman manik & labuci kami ini memaparkan setiap langkah satu persatu secara detail dan terperinci serta diadun dengan kualiti HDV yang beresolusi tinggi untuk menghasilkan kesan visual yang lebih terang dan jelas.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Tutorial Teknik Jahitan Manik & Labuci Volume 02
(untuk PC dan Pemain Cakera DVD sahaja)
Mempelajari Teknik Sulaman Manik & Labuci tanpa rujukan secara visual langkah demi langkah adalah amat sukar sekali khususnya kepada anda yang tiada asas jahitan langsung sebelum ini. Sekiranya anda ingin mempelajari Teknik Sulaman Manik & Labuci secara praktikal dan mudah agar masalah-masalah di atas TIDAK MENJADI penghalang usaha dan minat anda, maka, video ini merupakan jalan penyelesaian khas untuk anda.
Dalam volume 02 ini, anda akan diajar dengan teknik jahitan manik & labuci yang digunakan untuk membentuk bunga dan corak yang lebih rumit.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Tutorial Teknik Gabungan Jahitan Manik & Labuci
(untuk PC dan Pemain Cakera DVD sahaja)
Teknik gabungan sulaman tangan dan jahitan manik merupakan satu teknik eksklusif yang diajar kepada anda untuk memberikan kelainan kepada hasil seni sulaman yang anda reka di fabrik anda. Malahan teknik gabungan sulaman tangan dan jahitan manik ini, memberikan nafas baru di dalam penghasilan seni sulaman klasik.
Sekali lagi, buat julung kalinya di Malaysia, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic menyajikan anda sebuah lagi terbitan berkualiti daripada kami untuk penggemar seni sulam tangan dan manik ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Tutorial Teknik Sulaman Tangan Volume 01
(untuk PC dan Pemain Cakera DVD sahaja)
Sulaman tangan klasik merupakan satu bentuk seni halus tangan yang tertua dan telah wujud sekitar 2000 tahun dahulu. Malahan seni sulaman tangan ini mempunyai nilai artistik dan kesenian yang tersendiri. Justeru, video teknik sulaman tangan ini mengajar anda teknik asas sulaman tangan agar anda dapat menjadikan bidang jahitan sebagai pendapatan sampingan anda.
Sekali lagi, buat julung kalinya di Malaysia, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic menyajikan anda sebuah lagi terbitan berkualiti daripada kami untuk penggemar seni sulam tangan ini.