Inkubator Kemahiran Sulaman merupakan satu bentuk program bersepadu yang membimbing anda untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang sulaman. Dalam program Inkubator Kemahiran Sulaman ini, anda bukan sahaja akan mempelajari kemahiran berasaskan sulaman secara bersepadu bahkan anda akan dibentuk untuk berfikir, bertindak dan bekerja sebagai seorang usahawan.
Lagi Tentang Inkubator Kami
Akademi Sulaman Sri Classic juga akan memainkan peranan sebagai mentor kepada proses pembentukan anda sebagai usahawan sulaman. Segala bentuk pengurusan, perakaunan dan pemasaran akan ditunjuk ajar kepada anda selama anda berada di bawah pihak kami sebagai mentee.
Malahan, pihak kami juga akan cuba sedaya upaya mendapatkan pinjaman perniagaan anda secara mikro atau pinjaman perniagaan tanpa penjamin daripada beberapa agensi kerajaan untuk anda memulakan bisnes sebagai usahawan sulaman.

Keunikan Program Inkubator Sulaman Kami?
Program Inkubator Kemahiran Sulaman kami mempunyai beberapa keunikan dan keistimewaannya tersendiri:-
- AAnda tidak perlu mempunyai asas jahitan atau sulaman untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini. Asalkan anda mempunyai minat.
- Segala bentuk kemahiran sulaman yang dipilih akan diajar secara bersepadu bagi memastikan anda benar-benar mahir dengan kemahiran tersebut. Dalam erti kata lain, anda akan keluar sebagai seorang penyulam yang mahir.
- Setiap bengkel sulaman yang dikendalikan oleh pihak kami akan diajar dalam bentuk praktikal dan latih tubi. Setiap daripada anda yang mengikuti bengkel kami akan membuat dan mengulangi segala apa yang dipelajarinya sehingga anda boleh menguasainya.
- Menjadikan anda seorang usahawan sulaman yang mampu bersaing dan menonjolkan diri dalam industri fesyen tanahair.
- Anda akan diajar, diselia dan dipantau sendiri oleh Puan Syahida bte Ramli.
- Pihak Akademi Sulaman akan bertindak sebagai mentor kepada anda selepas anda selesai mengikuti program inkubator keusahawanan sulaman selama 3 bulan.
- Anda berpeluang mendapat pinjaman perniagaan secara mikro atau tanpa penjamin sehingga RM50,000 daripada beberapa agensi kerajaan.
- Khidmat runding cara dan nasihat daripada pihak kami berkaitan dengan kemahiran anda adalah seumur hidup.
- Modul-modul minda dan paradigma keusahawanan akan diberikan kepada anda sepanjang program. Ia sebagai langkah pembentukan usahawan yang berjiwa besar.

Perbezaan Program Inkubator & Bengkel Kemahiran Sulaman
| Inkubator Kemahiran Sulaman | Bengkel Kemahiran Sulaman |
|---|---|
| Berlangsung selama 7 atau 14 hari mengikut pakej kemahiran inkubator yang dipilih. | Berlangsung selama 1 atau 2 hari. |
| Belajar dari peringkat asas hingga ke lanjutan serta proses penghasilan kualiti rekaan. | Belajar teknik asas atau lanjutan sahaja. |
| Modul kemahiran keusahawanan diselitkan di dalam program | Tiada modul kemahiran keusahawanan. |
| Peserta dipantau oleh Akademi Sulaman dalam program Mentor Mentee selepas bengkel. | Tiada proses pantauan dari Akademi Sulaman. |
| Khidmat nasihat berkaitan dengan kemahiran sulaman adalah seumur hidup. | Khidmat nasihat berkaitan dengan kemahiran sulaman adalah seumur hidup. |
| Peserta akan menjadi penyulam yang mahir selepas tamat bengkel. | Peserta perlu membuat latihan untuk menjadi mahir kerana semua teknik asas telah diberikan. |
| Pendedahan kepada dunia keusahawanan. | Tiada |
| Membina jati diri dan minda seorang usahawan yang cekal dan tabah. | Tiada |
| Peluang-peluang pemasaran. | Tiada |
| Berpeluang memohon pinjaman perniagaan daripada beberapa agensi sehingga RM50,000 tanpa penjamin. | Tiada |















Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran. Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.