Tunggu!!
Muat Turun "Soal Jawab Eksklusif : Menjadi Usahawan Jahitan"
- SECARA PERCUMA!!
Di dalamnya, anda akan mengetahui:-
- Kaedah praktikal untuk anda mengorak langkah mencebukan diri dalam bidang keusahawanan jahitan.
- Meningkatkan nilai komersial perkhidmatan jahitan anda!
- Langkah untuk memahirkan diri dalam kemahiran sulaman!
- Mengatasi kesukaran menghasilkan design dan corak sulaman yang indah!
- Mengapa anda perlu beralih dari tukang jahit di rumah kepada usahawan jahitan di butik!
Dan banyak lagi yang akan anda ketahui...
Dapatkannya secara PERCUMA dengan mengisi ruangan di bawah dan pihak kami akan menghantar repot di atas ke dalam emel anda dengan segera!
Akademi Sulaman Sri Classic yang menawar & menyediakan pelbagai jenis kursus persijilan, bengkel latihan secara bersepadu dan intensif, bengkel secara inkubator keusahawanan dan bengkel-bengkel secara mingguan untuk kemahiran di dalam seni sulaman yang merangkumi:-
Malah, atas permintaan ramai, khususnya daripada beberapa agensi yang pernah berurusan dengan kami, kini Akademi Sulaman Sri Classic turut menawar & menyediakan bengkel latihan intensif kemahiran di dalam seni jahitan eksklusif seperti berikut:-
Kesemua bengkel jahitan eksklusif ini membolehkan para peserta menambah nilai produk-produk dan kemahiran jahitan yang mereka miliki. Ini kerana dalam arus permodenan dan globalisasi ini, setiap daripada usahawan perlu mencari konsep dan kelainan dalam produk dan perkhidmatan mereka sekiranya ingin kekal bersaing bersama dengan pesaing-pesaing lain dalam industri mereka.
Malahan, ramai di kalangan wanita hari merupakan wanita professional yang berkarier. Pastinya, setiap daripada mereka inginkan kelainan dan sanggup berbelanja untuk kelihatan anggun dan bergaya. Justeru, bengkel jahitan eksklusif ini diperkenalkan oleh Akademi Sulaman Sri Classic untuk memberikan kemahiran baru kepada anda.
Falsafah Akademi Sulaman Sri Classic cukup mudah iaitu 'Belajar Sampai Pandai!'. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:-
- Peserta akan mempelajari setiap modul / teknik / gerak kerja yang diberikan di dalam semua latihan, kursus & bengkel hingga memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.
- Tiada had masa untuk pulang bagi setiap sesi. Ia bergantung kepada pemahaman mahupun kepuasan para pelajar itu sendiri. Anda berhak menghabis & mempelajari segala modul yang diajar di dalam sesi tersebut walaupun terpaksa belajar sampai pandai hingga ke larut malam.
- Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan mencuba sedaya upaya untuk mengajar anda sehingga anda faham, tahu dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.
- Pihak Akademi Sulaman Sri Classic ingin melahirkan setiap peserta bengkel & kursus kami sebagai seorang usahawan yang praktikal & berani untuk memulakan perniagaan sejurus selepas tamat sesi.
- Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan memantau setiap peserta kami secara face to face, seorang demi seorang, untuk memastikan bahawa tiada ruang alasan untuk anda mengetahui segala ilmu yang diberikan walaupun anda tidak mempunyai asas jahitan sebelum ini.
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Pengiktirafan Kepakaran
Dalam Kemahiran Seni Sulaman
Akademi Sulaman Sri Classic, memberikan anda peluang untuk menceburkan diri dan menjadikan bidang seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan dan kerjaya anda di masa hadapan. Setiap bengkel yang dikendalikan akan menjurus kepada konsep keusahawanan praktikal yang memberikan fokus kepada bentuk-bentuk latihan yang mempunyai nilai pasaran yang baik dan cerah di masa hadapan.
Dalam erti kata lain, anda pasti boleh menjadikan bidang sulaman ini sebagai kerjaya keusahawanan anda sejurus selepas anda mengikuti mana-mana bengkel yang dianjurkan kami. Hingga Jun 2009, pihak Akademi Sulaman kami sudah melahirkan sehingga 796 orang penyulam manik dan 157 orang penyulam kerawang sejak bermulanya pusat latihan kami pada pertengahan 2007 dahulu. Angak ini tidak termasuk, para peserta bersama agensi dan penganjur-penganjur lain. Rata-rata ramai di antara mereka yang sudah menjadikan seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan mereka walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengenal jarum, manik apatah lagi untuk menjahit.
Bengkel jahitan telekung bersulam di Johor pada 9-10 April 2009.
Bengkel jahitan manik asas bersama golongan asnaf Negeri Melaka di bawah Kerajaan Negeri Melaka pada 7 - 8 Mac 2009.
Demo sulaman kerawang ayak di Danga Mall Johor pada 8 April 2009 bersempena Program Wanita dan Kecantikan 2009. Turut sama ialah YB Adam Sumiru, Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjung Puteri, Puan Rosmawati Mohamad, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Puan Anis Abdul Fatah, Pegawai MARA Negeri Johor.
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan OGOS 2009.
4 jenis bengkel sulaman yang berbeza akan diadakan di Kota Bharu, Shah Alam dan Johor Bahru pada bulan Ogos 2009 ini. Peralatan, Modul, Makan Minum dan Sijil Penyertaan yang diiktiraf akan diberikan kepada setiap peserta. Bengkel sulaman diajar secara intensif oen to one basis bersama pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.
Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!
Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.
Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.
Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Kota Tinggi, Johor
Bengkel Sulaman Tangan dan Manik Parlimen Kuala Krau, Pahang
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSMA, Melaka
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Batu Pahat, Johor
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Pontian, Johor
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Pej Kesihatan Johor Bahru
Bengkel Sulaman Tangan Parlimen Temerloh, Pahang
Akademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan program inkubator kemahiran sulaman kepada mana-mana agensi dan badan berkanun yang ingin melatih dan memberikan kemahiran berasaskan sulaman kepada golongan sasar di bawah tajaan mereka. Program Inkubator Usahawan Sulaman ini dijalankan secara kelompok tidak melebihi 20 orang dalam sesuatu masa dan kumpulan mengikut tahap dan jangka masa modul yang diingini.
Gambar barisan para peserta Program Inkubator Kemahiran Sulaman dari Johor Bahru. Program Kemahiran Sulaman ini merupakan program kelolaan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang telah dijalankan untuk tempoh waktu sebulan bersama Akademi Sulaman Sri Classic.
Dalam Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini, setiap peserta akan dipantau, diselia dan ditunjuk ajar secara praktikal berserta dengan modul latih tubi untuk setiap kemahiran sulaman yang diikuti. Malahan, setiap peserta akan diajar teknik-teknik keusahawanan bermula dari merangka, mengurus dan menyelia tadbir perniagaan dan akaun mereka. Tidak cukup dengan itu, setiap peserta akan didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenar. Teknik-teknik pemasaran praktikal juga akan didedahkan kepada para peserta bermula dari merangka konsep bisnes hingga kepada membina branding bisnes sulaman sendiri. Pembiayaan pinjaman perniagaan turut disediakan kepada mana-mana peserta di akhir program inkubator ini.
Akademi Sulaman Sri Classic menjemput agensi dan badan berkanun yang berminat dengan khidmat konsultasi kami untuk Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini untuk terus menghubungi pihak kami.
Inkubator Kemahiran Sulaman
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.
Untuk tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami di alamat yang tertera 24/7.
Sri Classic Collection,
Suite 23A, Jalan BBP1,
Taman Batu Berendam Putra,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
06-3374851 / 013-9854461