Pengiktirafan Kepakaran
Dalam Kemahiran Seni Sulaman
  • PANEL NOSS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA : Kepakaran Pengasas kami, Puan Syahida bte Ramli di dalam bidang sulaman terbukti apabila, Jabatan Pembangunan Kemahiran melantik beliau sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dalm bidang jahitan dan sulaman yang berdaftar berkuatkuasa 29 Oktober 2008.

  • PANEL PAKAR RUNDING KEMAHIRAN SULAMAN DAN AKSESORI WANITA, MARA MALAYSIA : Ibu Pejabat MARA juga telah melantik Sri Classic Collection sebagai Pakar Perunding MARA yang berdaftar dalam bidang skop Perundingan Sulaman dan Reka Cipta Aksesori Wanita berkuatkuasa 1 April 2009.
Klien Akademi Sulaman Sri Classic 2009
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan OGOS 2009.

4 jenis bengkel sulaman yang berbeza akan diadakan di Kota Bharu, Shah Alam dan Johor Bahru pada bulan Ogos 2009 ini. Peralatan, Modul, Makan Minum dan Sijil Penyertaan yang diiktiraf akan diberikan kepada setiap peserta. Bengkel sulaman diajar secara intensif oen to one basis bersama pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.





Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!

Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.

Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!







Akademi Sulaman Sri Classic
Akademi Sulaman Sri Classic
Berikut dipaparkan beberapa gambar kenangan bengkel-bengkel sulaman 2009 yang telah dikendalikan oleh Sri Classic Collection bersama pihak-pihak agensi swasta mahupun kerajaan dan NGOs.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh takkan dikata.

Dan pertama kalinya, pihak Akademi Sulaman Sri Classic Collection memberikan BONUS untuk anda memuat turun gambar-gambar program bersama kami secara PERCUMA. Semua gambar yang dihasilkan telah dihimpunkan dalam bentuk interactive presentation untuk anda nikmati di komputer anda, emelkan kepada kenalan anda atau abadikan di dalam simpanan anda.

Untuk Bengkel-bengkel bersama agensi pada tahun 2009 ini, kaedah penyampaian modul bengkel kami turut dipertingkatkan dengan kaedah pembelajaran secara pertandingan. Dalam erti kata lain, setiap peserta akan mempelajari kemahiran yang diikuti secara praktikal dan dalam waktu yang sama, masing-masing bersaing dan berentap antara satu dengan yang lain.

Walaupun setiap peserta bersaing antara satu sama lain, kaedah pembelajaran seperti ini diakui lebih santai dan bersahaja daripada kaedah bengkel-bengkel biasa. Tidak kurang juga terdapat di kalangan peserta begitu teruja untuk lebih memperlihatkan bakat mereka biarpun pada asalnya ketika mendaftar, mereka tidak mempunyai apa-apa asas jahitan. Hasilnya, kaedah ini membolehkan kesemua peserta menguasai 100% teknik kemahiran yang diajar dan menyiapkan seni mereka hampir 95%.

Jika anda merupakan agensi yang inginkan satu bentuk kaedah pembelajaran yang unik daripada kami, jangan lupa untuk menghubungi kami sekarang juga!
Ini merupakan barisan peserta bengkel manik dari Parlimen Temerloh, Pahang. Bengkel ini dianjurkan selama 2 hari bertempat di Dewan Persidangan Wisma Persekutuan Temerloh. Anda boleh memuat turun galeri gambar program berikut dengan mengklik butang di bawah.

Kongsilah pengalaman mengikuti bengkel manik anda bersama kenalan anda melalui emel.
Akademi Sulaman Sri Classic
Gambar menunjukkan aksi-aksi para peserta bengkel manik Parlimen Kuala Krau, Pahang. Bengkel sulaman tangan dan manik  ini dijalankan selama 2 hari bertempat di Balai Raya Kerdau, Kula Krau. Muat turun pengalaman para peserta di dalam bengkel ini untuk diabadikan di dalam koleksi anda.
Akademi Sulaman Sri Classic
Bengkel manik PUSPANITA Muar Johor ini telah diadakan selama sehari yang menghimpunkan seramai 35 orang peserta. Ikuti pengalaman para peserta bersama Sri Classic yang diabadikan di dalam cebisan album interaktif. Kemudiannya, anda boleh berkongsi pengalaman mereka ini bersama kenalan anda melalui emel.
Parimen Temerloh
Parimen Kuala Krau
Puspanita Muar
PUSPANITA Kluang Johor juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti bengkel sulaman manik bersama Sri Classic. Kehadiran 30 orang peserta sudah cukup memberikan suasana yang santai kepada mereka. Bengkel manik ini diadakan di Bilik Seminar Pejabat Tanah Kluang, Johor.
Akademi Sulaman Sri Classic
Puspanita Kluang
Akademi Sulaman Sri Classic
Puspanita Batu Pahat
Ketekunan dan kesungguhan PUSPANITA Batu Pahat Johor di dalam seni sulaman manik ini terbukti apabila ramai di kalangan peserta bengkel termasuk Pengerusi PUSPANITA Batu Pahat sendiri bersungguh -sungguh menyiapkan setiap teknik sulaman manik yang diajarkan. Untuk melihat gelagat dan aksi mereka, ikutilah pengalaman mereka yang dimuatkan di dalam fail di bawah.
GALERI 01      |      GALERI 02     |     GALERI 03    |     GALERI 04
GALERI 01      |      GALERI 02     |     GALERI 03    |     GALERI 04

GALERI 2008
Fail in telah dimuat turun sebanyak kali.
Fail in telah dimuat turun sebanyak kali.
Fail in telah dimuat turun sebanyak kali.
Fail in telah dimuat turun sebanyak kali.
Fail in telah dimuat turun sebanyak kali.
You need to upgrade your Flash Player or to allow javascript to enable Website menu.
Get Flash Player
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2010.