Pelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik bersama Akademi Sulam Sri Classic Collection hari ini, sama ada secara temujanji atau berkumpulan. Bersama kami, anda akan mempelajari pelbagai jenis teknik jahitan manik dan bukannya corak. Ini kerana dengan mempelajari teknik jahitan manik, anda boleh mengaplikasikannya untuk menghasilkan pelbagai jenis corak manik.
Tak Kenal, Maka Tak Cinta
Jadi, kepada anda yang ingin mempelajari seni jahitan manik ini, pastikan anda memilih dan bertanya terlebih dahulu kepada guru yang mengajar anda dan pastikan anda benar-benar akan diajar teknik menjahit manik dan bukannya membuat corak semata-mata.
Untuk makluman anda, setiap bengkel manik yang dikendalikan oleh kami, menggunakan modul dan kaedah yang dicipta, dirangka dan dibentuk sendiri oleh pengasas Sri Classic Collection iaitu Puan Syahida bte Ramli yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sulaman selama lebih 21 tahun.
Malahan setiap bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Segala modul dan manual yang diberikan merupakan hasil ciptaan Akademi kami sendiri.
Kerana itulah, hasil jahitan manik peserta kami akan lebih eksklusif, tiada jahitan benang yang berserabut di belakang fabrik, hasil jahitan manik kami boleh dimasukkan di dalam mesin basuh tanpa perlu risau akan tertanggal, dan pelbagai jenis lagi rahsia dan keunikan jahitan manik Sri Classic akan diberi tunjuk ajar secara praktikal kepada anda.
Ini kerana matlamat akhir bengkel kami ialah, kami mahu anda menjadi usahawan dan bukannya sekadar hobi semata-mata.

Keunikan Kami...
Uniknya bengkel sulaman manik dan labuci kami ini, ialah:-
Anda tidak perlu mempunyai asas jahitan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran manik ini.
- Cukup memadai sekiranya anda mempunyai minat.
- Sedikit kreativiti diperlukan.
- Anda boleh terus menyulam manik di atas fabrik pakaian anda selepas mengikuti bengkel kami. Malahan anda juga boleh terus menerima tempahan sulaman manik secara kecil-kecilan dari rumah atau bekerja bersama mana-mana butik di persekitaran anda.
- Pelbagai jenis teknik sulaman manik akan diajar kepada anda.
- Anda juga akan diajar untuk membaca corak-corak manik dan mengetahui teknik apa yang digunakan.
- Anda akan diajar sendiri oleh Puan Syahida bte Ramli dan bukannya staf ataupun pelatih di bawahnya.
- Bengkel dikendalikan dalam bentuk praktikal. Bukannya dalam kaedah demo atau class based concept.
- Belajar sampai pandai.
- Sesi akan dikendalikan dalam suasana santai di antara pengajar dan pelajar.
- Jumlah peserta dalam sesuatu waktu adalah kecil dan terhad. Bukan dalam kelompok yang ramai seperti kelas-kelas bengkel biasa.
- Sesi dijalankan dalam kaedah 2 hala komunikasi. Di mana para peserta akan mempraktikkannya terus sambil diperbetulkan oleh pengajar. Secara Face to Face.
- Kami mengajar TEKNIK bukannya CORAK jahitan manik.
- Yuran termasuk semua peralatan jahitan. Tiada Yuran Tambahan Selepas anda mendaftar bersama kami!
- Sijil Penyertaan yang diiktiraf disediakan selepas tamat kursus dan bengkel.
- Anda juga boleh mengikuti Bengkel kami secara temujanji. Bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri bengkel-bengkel Formal anjuran kami dengan modul dan yuran yang sama.
- Makan minum peserta disediakan.
- Sekiranya terdapat kemusykilan selepas bengkel mengenai kemahiran manik yang dipelajari anda, Anda boleh menghubungi kami untuk rundingan secara PERCUMA selama-lamanya 24/7.
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Kami di Akademi Sulaman Sri Classic menggunakan kaedah ini, untuk membolehkan anda terus yakin dan mampu menggunakan kemahiran sulaman manik dan labuci yang telah dipelajari untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda.

Kaedah Pengajaran Kami...
Jika anda merupakan pelajar kami, maka anda akan mengikuti pengalaman berkursus yang paling mudah dan tiada stres berdasarkan kepada perkara di bawah:-
- Pengajaran tiada tekanan seperti pengajaran yang terlalu cepat untuk mengejar masa. (95% bersetuju).
- Dipantau seorang demi seorang. Kerana itulah minimum peserta kami dalam sesuatu masa adalah 1 orang dan maksimumnya adalah 10 orang sahaja. (100% bersetuju)
- Seorang peserta akan menggunakan sebuah mesin. Tiada perkongsian mesin sulam. (100% bersetuju)
- Diajar secara santai dan praktikal.(100% bersetuju)
- Diajar dalam kelas dan premis berhawa dingin yang kondusif. (98% bersetuju)
- Interaksi 2 hala yang berterusan daripada peserta dengan pengajar sulam kami. (100% bersetuju)
- Sesuai untuk semua tahap dan level anda dalam bidang jahitan, sama ada anda tiada asas langsung dalam bidang jahitan mahupun anda sudah mempunyai asas dalam bidang jahitan. (100% bersetuju)
- Diajar oleh pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu, Puan Syahida bte Ramli, guru sulaman kerawang yang mempunyai pengalaman lebih 19 tahun di dalam bidang sulaman. (100% bersetuju)
*** Perkara di atas merupakan hasil kajian yang kami lakukan terhadap 300 orang responden daripada bengkel sulaman kami. Kajian dilakukan di bawah pemantauan E Skills Training and Consultancy.

Apakah Perbezaan Belajar Teknik & Belajar Corak Manik...
| Belajar TEKNIK Sulaman Manik | Belajar CORAK Sulaman Manik |
|---|---|
| Mengajar menggunakan Pelbagai Teknik Jahitan seperti jahitan asas, tali air, bulatan mutiara, jelujur asas dan lain-lain yang boleh dikembangkan menjadi pelbagai corak mengikut kreativiti individu. | Corak yang biasa digunakan adalah corak dengan menggunakan teknik beriring, teknik bertindih dan teknik asas sahaja. |
| Berubah-rubah mengikut kreativiti peserta. Setiap corak yang dihasilkan adalah unik dan berbeza. | Statik dan hanya berubah mengikut warna manik sahaja yang menambahkan kelainan pada cara mengajar. |
| Belajar Teknik bermaksud Belajar Teknik Jahitan berbeza untuk membuat corak. | Belajar Corak bermakna Belajar Teknik Jahitan yang sama untuk membuat corak. |
| Menggunakan modul khas untuk memperjelaskan kepada peserta secara terperinci tentang perbezaan manik, kristal, mutiara dan labuci, agar setiap yang belajar dapat mengaplikasikannya di dalam perniagaan mereka. | Tidak memberi info yang tepat tentang perbezaan manik yang berkualiti, mutiara, labuci dan kristal yang digunakan. |
| Lebih singkat masa yang digunakan kerana mempelbagaikan teknik jahitan agar lebih cepat dan dapat dihasilkan dengan lebih cantik dan berkualiti. | Penguasaan corak jahitan yang terhad menyebabkan penggunaan masa yang panjang dalam menyiapkan sesuatu jahitan baju khususnya pembentukan corak V pada lengan baju. |















Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran. Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.