Pengiktirafan Kepakaran
Dalam Kemahiran Seni Sulaman
  • PANEL NOSS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA : Kepakaran Pengasas kami, Puan Syahida bte Ramli di dalam bidang sulaman terbukti apabila, Jabatan Pembangunan Kemahiran melantik beliau sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dalm bidang jahitan dan sulaman yang berdaftar berkuatkuasa 29 Oktober 2008.

  • PANEL PAKAR RUNDING KEMAHIRAN SULAMAN DAN AKSESORI WANITA, MARA MALAYSIA : Ibu Pejabat MARA juga telah melantik Sri Classic Collection sebagai Pakar Perunding MARA yang berdaftar dalam bidang skop Perundingan Sulaman dan Reka Cipta Aksesori Wanita berkuatkuasa 1 April 2009.
Bengkel Jahitan Eksklusif Pakaian Wanita
Kini, seperti yang dijanjikan kami, tahun 2009 membolehkan anda menghadiri bengkel jahitan eksklusif bersama Akademi Sulaman Sri Classic Collection. Bengkel jahitan eksklusif  ini membolehkan anda mengorak langkah lebih jauh dalam bidang tekstil dan apparel yang lebih memberikan nilai tambah dan harga di dalam produk yang dihasilkan.

Kerana itulah bengkel jahitan eskklusif ini diperkenalkan kepada anda dan pengunjung laman web kami yang sentiasa bertanya dan mengimpikan bengkel-bengkel jahitan daripada kami.

Bahkan bagi menjamin keberkesanan modul dan bengkel yang dikendalikan oleh Akademi Sulam Sri Classic Collection, setiap bengkel yang dikendalikan akan diajar, diselia dan dipantau oleh Puan Syahida sendiri. Kerana itulah setiap bengkel akan dikendalikan dalam kelompok yang kecil untuk memberikan impak program yang besar.
Bengkel Jahitan SUT / KOT EKSKLUSIF Berfesyen
Bengkel Jahitan JUBAH EKSKLUSIF Berfesyen
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan OGOS 2009.

4 jenis bengkel sulaman yang berbeza akan diadakan di Kota Bharu, Shah Alam dan Johor Bahru pada bulan Ogos 2009 ini. Peralatan, Modul, Makan Minum dan Sijil Penyertaan yang diiktiraf akan diberikan kepada setiap peserta. Bengkel sulaman diajar secara intensif oen to one basis bersama pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.





Buku Koleksi Sulaman Manik terbitan bersama Alaf21!

Alaf21 baru sahaja menerbitkan buku KOLEKSI SULAMAN MANIK hasil karya Puan Syahida Ramli dan kini boleh didapati di pasaran.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari.

Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!







Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Kota Tinggi, Johor
Bengkel Sulaman Tangan dan Manik Parlimen Kuala Krau, Pahang
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSMA, Melaka
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Batu Pahat, Johor
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Pontian, Johor
Bengkel Jahitan Manik dan Labuci PUSPANITA Pej Kesihatan Johor Bahru
Bengkel Sulaman Tangan Parlimen Temerloh, Pahang
Bengkel Jahitan TELEKUNG EKSKLUSIF Berfesyen
Anda Tanya, Kami Jawab
Tentang Bengkel Jahitan Eksklusif Kami
Akademi Sulaman Sri Classic
Akademi Sulaman Sri Classic
Akademi Sulaman Sri Classic
Akademi Sulaman Sri Classic
Akademi Sulaman Sri Classic
Dalam bengkel jahitan sut / kot eksklusif:-

  • Bengkel akan mengajar anda secara komprehensif untuk menjahit sut wanita mahupun lelaki (mengikut pilihan anda).

  • Pilihan belajar menjahit sut labuh, berseluar dan sebagainya. (turut menyediakan modul jahitan mengikut kehendak penganjur).

  • Pelajari kaedah jahitan sut yang lebih mudah serta professional yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

  • Kaedah pembelajaran secara hands-on dan praktikal, di mana setiap peserta akan menyiapkan sut mereka selengkapnya dalam masa bengkel berlangsung.

  • Pemantaun seorang demi seorang daripada melakar dan melukis pola sehingga kepada sesi menjahit.

*** Bengkel ini hanya untuk peserta berkumpulan dan bukan secara individu. Agensi dan persatuan yang berminat sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat selengkapnya.


Dalam bengkel jahitan jubah eksklusif ini:-

  • Pilihan modul belajar jubah berseluar, jubah berkain, atau jubah labuh. (turut menyediakan modul mengikut kehendak penganjur)

  • Pelajari teknik jahitan jubah untuk butik-butik busana eksklusif.

  • Pelajari kaedah jahitan jubah berfesyen yang lebih mudah serta professional yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

  • Kaedah pembelajaran secara hands-on dan praktikal, di mana setiap peserta akan menyiapkan jubah mereka (mengikut modul) selengkapnya dalam masa bengkel berlangsung sehingga tamat.

  • Pemantaun seorang demi seorang daripada melakar dan melukis pola sehingga kepada sesi menjahit serta memperkemas jahitan.

*** Bengkel ini hanya untuk peserta berkumpulan dan bukan secara individu. Agensi dan persatuan yang berminat sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat selengkapnya.
Dalam bengkel jahitan telekung muslimah eksklusif:-

  • Bengkel akan mengajar anda secara komprehensif untuk menjahit telekung eksklusif wanita.

  • Pelajari kaedah jahitan telekung berfesyen yang lebih mudah serta professional yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

  • Kaedah pembelajaran secara hands-on dan praktikal, di mana setiap peserta akan menyiapkan telekung mereka (mengikut modul) selengkapnya sepanjang bengkel.

  • Pemantaun seorang demi seorang daripada melakar dan melukis pola sehingga kepada sesi menjahit serta memperkemas jahitan.

  • Beberapa corak flora sulaman tangan akan diajar sekali untuk memeriahkan hasil jahitan telekung supaya lebih eksklusif.

*** Bengkel ini hanya untuk peserta berkumpulan dan bukan secara individu. Agensi dan persatuan yang berminat sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat selengkapnya.
Soalan : Bolehkah saya mengikuti bengkel jahitan ini di Akademi Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan dalam masa 3 hari?
Boleh! Asalkan anda mempunyai minat. Sila rujuk video testimonial peserta kami untuk lebih yakin.

Soalan : Bolehkah saya menerima tempahan sejurus selepas mengikuti bengkel sulaman jahitan ini?
Boleh! Dan ramai bekas peserta kami sudahpun berjaya membuka butik-butik sendiri. Cuma anda hanya perlu keberanian sahaja. Sekiranya anda masih kurang yakin, lakukan praktis di rumah anda setiap hari untuk memahirkan lagi jahitan anda. Pastikan polanya betul dan cara guntingnya kemas.

Cuma jika anda ingin menerima tempahan, pastikan mesin jahit industri high speed atau mesin jahita manual yang digunakan. Ini kerana kedua-dua mesin ini sememangnya tahan untuk diguna secara "heavy duty".

Soalan : Mengapa perlu praktis?
Ini kerana jahitan merupakan skil dan kemahiran yang menggunakan kudrat dan kerajinan tangan anda. Kami telah mengajar anda teknik, dan jika anda menggunakan teknik yang diajar dan dipraktiskan di rumah anda, InsyaAllah dalam tempoh 3 minggu sahaja anda akan lihat kemahiran jahitan anda semakin cantik dan kemas. Malahan berbeza dengan jahitan anda sebelum ini sekiranya anda merupakan seorang tukang jahit.

Soalan : Adakah yuran bengkel 3 hari ini termasuk penginapan?
Tidak. Namun jika anda mahukan penginapan, caj kadar bayaran sewa hotel akan diberikan kepada anda. Pun begitu, pengangkutan dari Pusat Latihan ke tempat penginapan hotel adalah tanggungan peserta sendiri.

Soalan : Bolehkah saya datang secara individu untuk mengikuti bengkel jahitan di Akademi Sulaman Sri Classic?
MAAF, Tidak boleh! Berbeza dengan bengkel sulaman, bengkel jahitan hanya akan dibuat dalam bentuk kelompok 10 -20 orang. Ini bermakna sekiranya anda ingin belajar secara individu, pihak Akademi kami terpaksa menolaknya. Sebaliknya sekiranya anda ingin belajar secara berkumpulan seperti persatuan atau agensi, pihak kami akan menerimanya.

Soalan :  Boleh saya tahu, siapa tenaga pengajar bengkel jahitan eksklusif ini?
Puan Syahida bte Ramli, Pengasas dan Guru Jahitan Sri Classic sendiri dan Puan Surya bte Lamsah, juga merupakan Guru Jahitan Sri Classic.
Tunggu!!
Muat Turun "Soal Jawab Eksklusif : Menjadi Usahawan Jahitan" 
- SECARA PERCUMA!!
Di dalamnya, anda akan mengetahui:-

  • Kaedah praktikal untuk anda mengorak langkah mencebukan diri dalam bidang keusahawanan jahitan.

  • Meningkatkan nilai komersial perkhidmatan jahitan anda!

  • Langkah untuk memahirkan diri dalam kemahiran sulaman!

  • Mengatasi kesukaran menghasilkan design dan corak sulaman yang indah!

  • Mengapa anda perlu beralih dari tukang jahit di rumah kepada usahawan jahitan di butik!

Dan banyak lagi yang akan anda ketahui...

Dapatkannya secara PERCUMA dengan mengisi ruangan di bawah dan pihak kami akan menghantar repot di atas ke dalam emel anda dengan segera!
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.
You need to upgrade your Flash Player or to allow javascript to enable Website menu.
Get Flash Player
Untuk tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi terus pihak kami di alamat yang tertera 24/7.

Sri Classic Collection,
Suite 23A, Jalan BBP1,
Taman Batu Berendam Putra,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

06-3374851 / 013-9854461
Jangka Masa & Yuran Pendaftaran
Bengkel Jahitan Esklusif
Akademi Sulaman Sri Classic
BENGKEL : Telekung Eksklusif
MASA : 2 HARI
JAM : 9 - 5PTG
YURAN : RM5,000 untuk 10 orang

===============================================

BENGKEL : Jubah Eksklusif
MASA : 2 HARI
JAM : 9 - 5PTG
YURAN : RM5,000 untuk 10 orang

===============================================

BENGKEL : Kot Esklusif
MASA : 2 HARI
JAM : 9 - 5PTG
YURAN : RM5,000 untuk 10 orang