Mari belajar sulaman manik dan labuci bersama Akademi Sulaman Sri Classic. pelajari secara indvidu ataupun orang perseorangan, secara berkumpulan mahupun jemputan persatuan dan Agensi.
Kuasai kemahiran menyulam riben bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Tidak kira apa latar belakang anda, namun hanya berbekalkan minat dan sedikit kreativiti, anda pasti mampu mempelajarinya.
Kami mengalu-alukan kerjasama daripada Agensi luar yang berminat untuk menggunakan kepakaran dan khidmat rundingan kami dalam membentuk usahawan-usahawan sulaman dan jahitan di bawah kumpulan sasar pilihan agensi.
Pelajari kemahiran sulaman tangan bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Sama ada secara indvidu ataupun melalui persatuan dan Agensi, kami sedia menyediakan modul mengikut keperluan dan matlamat anda.
Pelajari kemahiran menjahit langsir dengan pelbagai jenis motif sama ada motif klasik, english dan sebagainya bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Anda akan diajar satu persatu mengikut tahap kemahiran anda. Yang pastinya, anda mampu menghasilkan pelbagai jenis rekaan langsir dan dekorasi dalaman untuk menjana pendapatan anda.

Akademi Sulaman Sri Classic, memberikan anda peluang untuk menceburkan diri dan menjadikan bidang seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan dan kerjaya anda di masa hadapan. Setiap bengkel yang dikendalikan akan menjurus kepada konsep keusahawanan praktikal yang memberikan fokus kepada bentuk-bentuk latihan yang mempunyai nilai pasaran yang baik dan cerah di masa hadapan.
Dalam erti kata lain, anda pasti boleh menjadikan bidang sulaman ini sebagai kerjaya keusahawanan anda sejurus selepas anda mengikuti mana-mana bengkel yang dianjurkan kami. Hingga Jun 2009, pihak Akademi Sulaman kami sudah melahirkan sehingga 796 orang penyulam manik dan 157 orang penyulam kerawang sejak bermulanya pusat latihan kami pada pertengahan 2007 dahulu.
Angka ini tidak termasuk, para peserta bersama agensi dan penganjur-penganjur lain. Rata-rata ramai di antara mereka yang sudah menjadikan seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan mereka walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengenal jarum, manik apatah lagi untuk menjahit.
Falsafah Akademi Sulaman Sri Classic cukup mudah iaitu 'Belajar, Kuasai, & Mahir Sulam!'. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:-
Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Saya mempunyai 5 buah mesin sulam. Kerana apabila saya ingin belajar sulam, pengajar mintak saya membeli mesin cadangannya. Dan lepas kursus saya langsung tak tahu nak gunanya. Tapi... masa call Sri Classic, saya diberitahu yg saya boleh guna apa-apa sajer mesin. Dan Alhamdulillah... berkat ilmu yg cikgu Syida bagi, saya dahpun tahu menyulam menggunakan kesemua mesin saya. Dah terima tempahan pun.. .Puan Rogayyah – Alor Setar, Kedah
Saya nak sangat belajar sulam dengan Sri Classic. Tapi kerana lokasinya yang jauh, saya cuba belajar secara online. Ambil kursus sulaman kerawang. Dan... tak sangka segala teknik yg ditunjukkan dalam online sulaman cukup jelas dan mudah dipelajari.. biarpun saya nie dah hampir umur 50. Syabas!Kak Jan – Kuantan, Pahang

Akademi Sulaman Sri Classic yang menawar & menyediakan pelbagai jenis kursus persijilan, bengkel latihan secara bersepadu dan intensif, bengkel secara inkubator keusahawanan dan bengkel-bengkel secara mingguan untuk kemahiran di dalam seni sulaman yang merangkumi:-
Malah, atas permintaan ramai, khususnya daripada beberapa agensi yang pernah berurusan dengan kami, kini Akademi Sulaman Sri Classic turut menawar & menyediakan bengkel latihan intensif kemahiran di dalam seni jahitan eksklusif seperti berikut:-
Akademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan program inkubator kemahiran sulaman kepada mana-mana agensi dan badan berkanun yang ingin melatih dan memberikan kemahiran berasaskan sulaman kepada golongan sasar di bawah tajaan mereka. Program Inkubator Usahawan Sulaman ini dijalankan secara kelompok tidak melebihi 20 orang dalam sesuatu masa dan kumpulan mengikut tahap dan jangka masa modul yang diingini.
Dalam Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini, setiap peserta akan dipantau, diselia dan ditunjuk ajar secara praktikal berserta dengan modul latih tubi untuk setiap kemahiran sulaman yang diikuti. Malahan, setiap peserta akan diajar teknik-teknik keusahawanan bermula dari merangka, mengurus dan menyelia tadbir perniagaan dan akaun mereka.
Tidak cukup dengan itu, setiap peserta akan didedahkan dengan dunia perniagaan yang sebenar. Teknik-teknik pemasaran praktikal juga akan didedahkan kepada para peserta bermula dari merangka konsep bisnes hingga kepada membina branding bisnes sulaman sendiri. Pembiayaan pinjaman perniagaan turut disediakan kepada mana-mana peserta di akhir program inkubator ini.
Akademi Sulaman Sri Classic menjemput agensi dan badan berkanun yang berminat dengan khidmat konsultasi kami untuk Program Inkubator Kemahiran Sulaman ini untuk terus menghubungi pihak kami.
Akademi Sulaman Sri Classic juga menyediakan perkhidmatan pembelajaran atas talian atau secara online dengan 100% menggunakan kaedah video streaming untuk setiap sesi modul, contoh aplikasi, tips dan rahsia memperkemas setiap teknik. Juga disediakan platform untuk berdiskusi, mempamer produk dan perkhidmatan peserta, bonus, konsultasi secara live video dan sebagainya.