Pengunjung Hingga Kini
Unique Visitors Hingga Kini
Kepakaran Pengasas kami, Puan Syahida bte Ramli di dalam bidang sulaman terbukti apabila, Jabatan Pembangunan Kemahiran melantik beliau sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia berkuatkuasa 29 Oktober 2008.
Bermula 2008, Pusat Latihan Sri Classic Collection telah dinaik taraf menjadi sebuah Akademi Sulaman Sri Classic yang menawar & menyediakan pelbagai jenis kursus pensijilan, bengkel latihan intensif dan mingguan untuk kemahiran di dalam seni sulaman seperti berikut:-


Di Akademi Sulaman Sri Classic, anda juga berpeluang untuk menjadikan bidang seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan dan kerjaya anda di masa hadapan. Setiap bengkel yang dikendalikan akan menjurus kepada konsep keusahawanan praktikal yang memberikan fokus kepada bentuk-bentuk latihan secara praktikal dan market value.

Dalam erti kata lain, anda pasti boleh menjadikan bidang sulaman ini sebagai kerjaya keusahawanan anda sejurus selepas anda mengikuti mana-mana bengkel yang dianjurkan kami. Hingga kini, kami sudah melahirkan sehingga 796 orang penyulam manik dan 157 orang penyulam kerawang sejak bermulanya pusat latihan kami pada pertengahan 2007 dahulu. Rata-rata ramai yang sudah menjadikan seni sulaman ini sebagai bidang keusahawanan mereka walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengenal jarum, manik apatah lagi untuk menjahit.
Atas permintaan ramai, khususnya daripada beberapa agensi yang pernah berurusan dengan kami, kini Akademi Sulaman Sri Classic turut menawar & menyediakan bengkel latihan intensif kemahiran di dalam seni jahitan eksklusif seperti berikut:-


Kesemua bengkel jahitan eksklusif ini membolehkan para peserta menambah nilai produk-produk dan kemahiran jahitan yang mereka miliki. Ini kerana dalam arus permodenan dan globalisasi ini, setiap daripada usahawan perlu mencari konsep dan kelainan dalam produk dan perkhidmatan mereka sekiranya ingin kekal bersaing bersama dengan pesaing-pesaing lain dalam industri mereka.

Malahan, ramai di kalangan wanita hari merupakan wanita professional yang berkarier. Pastinya, setiap daripada mereka inginkan kelainan dan sanggup berbelanja untuk kelihatan anggun dan bergaya. Justeru, bengkel jahitan eksklusif ini diperkenalkan oleh Akademi Sulaman Sri Classic untuk memberikan kemahiran baru kepada anda.
Falsafah Akademi Sulaman Sri Classic cukup mudah iaitu 'Belajar Sampai Pandai!'. Ia merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut:-

  • Peserta akan mempelajari setiap modul / teknik / gerak kerja yang diberikan di dalam semua latihan, kursus & bengkel hingga memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.

  • Tiada had masa untuk pulang bagi setiap sesi. Ia bergantung kepada pemahaman mahupun kepuasan para pelajar itu sendiri. Anda berhak menghabis & mempelajari segala modul yang diajar di dalam sesi tersebut walaupun terpaksa belajar sampai pandai hingga ke larut malam.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan mencuba sedaya upaya untuk mengajar anda sehingga anda faham, tahu dan mampu mengaplikasikannya selepas tamat sesi.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic ingin melahirkan setiap peserta bengkel & kursus kami sebagai seorang usahawan yang praktikal & berani untuk memulakan perniagaan sejurus selepas tamat sesi.

  • Pihak Akademi Sulaman Sri Classic akan memantau setiap peserta kami secara face to face, seorang demi seorang, untuk memastikan bahawa tiada ruang alasan untuk anda mengetahui segala ilmu yang diberikan walaupun anda tidak mempunyai asas jahitan sebelum ini.

Ketahuilah keberkesanan pakej pengajaran kami dengan merujuk kepada video-video testimoni para peserta kami terdahulu. Dengar, lihat & nilaikan sendiri!
Soalan : Bolehkah saya mengikuti kursus sulaman di Akademi Sulaman Sri Classic Collection biarpun tiada asas dalam bidang jahitan?
Boleh! Asalkan anda mempunyai minat.

Soalan : Bagaimana saya dapat memastikan bahawa pelaburan yang ditanam untuk mengikuti kursus sulaman di Akademi Sri Classic Collection berbaloi?
Pertama; Konsep kursus dan latihan Akademi Sulaman Sri Classic, cukup mudah iaitu anda akan mempelajari kemahiran sulaman "Belajar Hingga Pandai" tidak kira sama ada anda menghadiri kursus intensif mahupun kursus-kursus sijil & diploma kami.

Kedua; Segala proses modul dan latihan di Akademi Sulaman Sri Classic mengikut standard piawaian yang ditentukan dan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah skim SLDN.

Ketiga; Anda akan diajar oleh professional dan guru-guru sulaman yang berpengalaman lebih daripada belasan tahun di dalam bidang tersebut. Manakala di dalam Kursus mahupun Bengkel Intensif, hanya Pengasas Sri Classic Collection sahaja yang bertanggungjawab mengajar anda.

Keempat; Anda akan belajar dalam suasana "stress free" atau stress sifar di mana setiap modul dan teknik yang diajarkan adalah mesra, tidak terlalu cepat dan pantas, tidak mendesak, pantauan seorang demi seorang, dan juga dalam kelompok yang kecil.

Kelima; Makan & minum anda ketika berlangsungnya bengkel tersebut akan terjaga dan diberikan. Ini bagi memastikan bahawa anda akan lebih fokus dengan pembelajaran anda tanpa perlu memikirkan lagi tentang lapar dan dahaga. Kami mahukan anda datang dan belajar sepenuhnya secara fokus.

Soalan : Berapakah jumlah maksimum peserta yang diambil dalam setiap sesi?
10 orang peserta dalam setiap sesi. Pun begitu, sekiranya ramai pelajar yang hadir, ramailah guru-guru akan hadir mengajar.

Soalan : Benarkah seperti yang dinyatakan bahawa Akademi Sulaman Sri Classic akan menolong dan memberi khidmat kepada para peserta yang benar-benar ingin membuka perniagaan butik sendiri?
YA! Dari bermula pembuatan kertas kerja hingga kepada kelulusan pinjaman perniagaan dengan agensi-agensi berkanun tertentu asalkan ciri-ciri serta pra-syarat yang dikehendaki agensi tersebut dipenuhi.

Soalan : Bolehkah saya mengikuti mana-mana kursus yang diberikan Akademi Sulaman Sri Classic secara temujanji secara perseorangan sahaja?
BOLEH! Cuma buat panggilan kepada pengurus kami sendiri dan lakukan temujanji anda. Cuma kursus jahitan eksklusif hanya untuk pengajaran dalam kelompok atau kumpulan seperti persatuan mahupun agensi.

Soalan : Bolehkah saya menjemput pihak Akademi Sulaman Sri Classic untuk mengajar mana-mana persatuan atau jemputan anjuran saya?
BOLEH! Asalkan pembayarannya adalah setimpal, setelah mengambik kira kos bahan dan peralatan serta konsultasi dan perbatuan.
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan Sepanjang MEI 2009

Atas permintaan ramai, Bengkel Sulaman diteruskan kembali untuk sesi jelajah Malaysia 2009 di lokasi anda sepanjang bulan  MEI 2009.

Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut. Atau dapatkan majalah Harmoni setiap keluaran untuk maklumat lanjut bengkel.


Tahniah kepada Sri Classic Collection

Kini bermula April 2009, Sri Classic Collection merupakan Panel Perunding MARA yang telah dilantik oleh MARA secara rasmi. Satu lagi pencapaian Sri Classic yang membolehkan para peserta bengkel mengorak langkah sebagai usahawan.

Usahawan boleh mendapat khidmat perundingan perniagaan dari kami dari segi perundingan pemasaran, perundingan kewangan, perundingan pengurusan perniagaan dan lain-lain perundingan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.
Bengkel jahitan telekung bersulam di Johor pada 9-10 April 2009.
Bengkel jahitan manik asas bersama golongan asnaf Negeri Melaka di bawah Kerajaan Negeri Melaka pada 7 - 8 Mac 2009.
Demo sulaman kerawang ayak di Danga Mall Johor pada 8 April 2009 bersempena Program Wanita dan Kecantikan 2009. Turut sama ialah YB Adam Sumiru, Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjun Puteri, Puan Rosmawati Mohamad, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Anis Abdul Fatah, Penolong Pengarah Ehwal Ekonomi MARA Negeri Johor.
Ibu Pejabat MARA juga telah melantik Sri Classic Collection sebagai Pakar Perunding MARA yang berdaftar dalam bidang skop Perundingan Sulaman dan Reka Cipta Aksesori Wanita berkuatkuasa 1 April 2009.