Pengunjung Hingga Kini
Unique Visitors Hingga Kini
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Web Concept & Design by Sri Classic Collection . All Rights Reserved 2009.
Bengkel Sulaman Manik Asas & Lanjutan, Sulaman Kerawang, Sulam Tangan JULAI 2009.

4 jenis bengkel sulaman yang berbeza akan diadakan di Shah Alam dan Johor Bahru pada bulan Julai 2009 ini. Sila rujuk jadual bengkel bulanan untuk maklumat lanjut.





ATAS : Gambar bersama Puan Rosmawati Binti Hj Mohamad, Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor dan barisan para peserta bengkel jahitan manik dan labuci.
BAWAH : gambar bersama peserta bengkel sulaman di Parlimen-Parlimen Johor dan NGO's.
Gambar barisan para peserta bengkel jahitan manik dan labuci yang terdiri daripada golongan OKU, ibu-ibu tunggal dan warga miskin Melaka di bawah Program Keusahawanan Sulaman Pejabat Ketua Menteri.

Jika anda merupakan individu yang ingin mempelajari kemahiran seni sulaman ini secara praktikal dan mudah difahami...

Jika anda merupakan peminat sulam yang langsung tiada asas jahitan...

Jika anda benar-benar ingin mempelajari kemahiran ini untuk dijadikan sumber pendapatan anda secara sambilan mahupun secara serius...

Jika anda inginkan kaedah pembelajaran yang "tiada tekanan" dan "santai"...

Jika anda ingin belajar di tempat yang kondusif dan selesa...

Jika anda ingin belajar di bengkel yang tiada mengenakan caj tambahan...

Jika anda ingin belajar di bengkel yang menjanjikan pelaburan anda adalah berbaloi...

Jika anda ingin belajar bersama guru sulaman yang berpengalaman dan bukannya staf atau kakitangannya...
Kepakaran Pengasas kami, Puan Syahida bte Ramli di dalam bidang sulaman terbukti apabila, Jabatan Pembangunan Kemahiran melantik beliau sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia yang berdaftar berkuatkuasa 29 Oktober 2008.
Di sinilah kami menjanjikan yang terbaik untuk anda. Setiap sen pelaburan yang anda tanam, akan kami pastikan ia merupakan satu bentuk pelaburan yang berbaloi. Malahan pihak kami tidak mengenakan apa-apa caj tambahan ketika anda datang belajar bersama kami. Yuran yang dikenakan adalah termasuk peralatan, modul, sijil serta makan minum anda ketika bengkel.

Justeru, Akademi Sulaman Sri Classic Collection mengalu-alukan pendaftaran anda di dalam mana-mana bengkel sulaman anjuran kami. Anda akan diajar sendiri oleh pengasas Akademi Sulaman kami sendiri iaitu Puan Syahida bte Ramli.
Di Butik Sulaman Sri Classic Collection ini, segala tempahan yang diberikan adalah mengikut sentuhan kreativiti rekacipta penyulam dan penjahit kami. Bahkan, setiap motif sulaman yang dihasilkan dijamin berbeza dan eksklusif hanya untuk  pelanggan tersebut sahaja.

Kami memberikan anda 2 cara untuk menempah bersama kami iaitu menempah jahit baju pelbagai fesyen berserta sulaman ataupun menempah sulam untuk baju-baju yang telah dijahit. Dalam erti kata lain, Butik Sulaman Sri Classic Collection memberikan segala perkhidmatan berasaskan jahitan dan apparel untuk anda.

Jika anda inginkan sesuatu yang kelainan, vogue mahupun menyerlah untuk mana-mana aksesori tambahan di pakaian anda seperti sulaman kerawang, sulaman manik, mahupun sulaman tangan, Butik Sri Classic adalah pilihan yang tepat.
Malah, anda tidak perlu risau tentang pengiktirafan sijil yang dikeluarkan pihak Akademi Sulaman Sri Classic Collection. Sijil-sijil yang dikeluarkan mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia dan juga MARA Malaysia. Kesinambungan kemahiran yang dipelajari anda, kini boleh dijadikan sebagai satu langkah untuk anda membina karier sebagai usahawan kecil dan sederhana Bumiputera dan Top Entrepreneur.

Kami di Akademi Sulaman Sri Classic Collection sedaya upaya mendukung hasrat dan harapan negara untuk melahirkan lebih ramai warga Malaysia yang berkemahiran, berdaya saing dan bercita-cita tinggi menjadikan bidang keusahawanan sebagai karier.
Ibu Pejabat MARA juga telah melantik Sri Classic Collection sebagai Pakar Perunding MARA yang berdaftar dalam bidang skop Perundingan Sulaman dan Reka Cipta Aksesori Wanita berkuatkuasa 1 April 2009.
Kini, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic Collection telah menjadi perunding untuk beberapa agensi kerajaan, swasta mahupun institusi-institusi pengajian tinggi untuk bengkel-bengkel jahitan berasaskan sulaman selama hampir 5 tahun sejak ditubuhkan secara rasminya pada 2003.

Malahan, sehingga kini, Akademi Sulaman Sri Classic Collection telah mengendalikan bengkel lebih daripada 300 bengkel dan sesi ceramah mahupun forum meliputi golongan usahawan, korporat, orang perseorangan dan belia. Maka ini membuktikan bahawa bidang kemahiran sulaman ini, mempunyai nilaii komersial dan keusahawanan yang cerah lagi berpotensi.

Juga impian, Puan Syahida Bte Ramli yang merupakan pengasas dan guru dan penyulam Akademi Sri Classic Collection yang mempunyai pengalaman dalam industri ini sejak dari bangku sekolah lagi, telah membuktikan bahawa kemahiran warisan keluarga beliau turun temurun mampu untuk dikembang dan di komersilkan.
Gambar barisan para peserta bengkel jahitan manik dan labuci fabrik blaus yang terdiri daripada warga Sri Menanti, Muar di Pusat Komuniti DUN Sungai Balang di bawah YB Dr. Robia Binti Dato' Hj. Kosai
Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic Collection menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan berasaskan sulaman, manik dan seni kemahiran tangan yang merangkumi khidmat runding cara dan khidmat tempahan jahitan.

Untuk perkhidmatan runding cara, di bawah Akademi Sulaman Sri Classic, pelbagai jenis bengkel dan modul-modul kemahiran disediakan yang meliputi bengkel jahitan manik & labuci, bengkel sulaman kerawang, bengkel sulam tangan, bengkel ikatan tudung, dan bengkel keusahawanan. Malahan pada 2009 ini, anda boleh mempelajari kemahiran jahitan eksklusif bersama kami untuk jahitan sut dan kot, jubah mahupun telekung eksklusif.

Bagi perkhidmatan tempahan jahitan pula, di bawah Butik Sulaman Sri Classic, kami menerima tempahan jahitan dan sulaman pelbagai fesyen yang eksklusif untuk wanita. Ia meliputi tempahan jahitan manik, tempahan sulaman kerawang & tempahan sulam tangan.

Di samping itu, Sri Classic Collection menerusi eShopFesyen juga menjual beberapa jenis produk lain berasaskan jahitan sulaman seperti rujukan tutorial dan terbitan ilmiah berasaskan sulaman yang meliputi video, terbitan buku dan juga terbitan interaktif. Serta menjual alatan jahitan untuk sulaman manik, sulaman tangan manhupun sulaman kerawang.